Tuesday, December 8, 2015

Novel Songket Bebenang Emas : Bab 4 : Dibuai Kenangan Indah

Bab 4: Dibuai Kenangan Indah
                Cerita bermula dengan Dahlia mengenang masa silam. Setelah menyelimutkan tuala ke tubuh Anggerik, dia cepat menyelesaikan sedikit kerja rumah, beberapa kerja sekolah yang tertangguh dan membantu Melati menyelesaikan latihan Matematik. Anggerik mula menangis, Dahlia terpaksa merebahkan tubuhnya di sisi adiknya. Apabila adiknya tidur nyenyak, bolehlah dia menyelesaikan kerja yang tertangguh.
            Esok, hari Ahad, dia terpaksa ke sekolah, siapa yang akan menjaga Anggerik? Tiba-tiba Dahlia teringat pantun yang diungkapkan Azhari ketika menghantarnya pulang Khamis lalu. Dahlia tidak mengerti pantun yang diungkapkan oleh Azhari. Apa yang dinyatakan oleh Azhari bukan gurauan. Dahlia meminta Azhari memberikannya sedikit masa untuk membaiki diri sendiri dan keluarganya dulu. Lia meminta Azhari menurunkannya di tepi jalan, biarpun dia terpaksa berjalan lagi 3 kilometer setengah agar tidak menimbulkan pelbagai cerita. Azhari pula memutarkan stereng ke kanan lalu memasuki Kampung Parit Haji Rais, Lia menjerit meminta kereta diberhentikan.
            Dahlia terdengar namanya dilaung, matanya dibuka, rupa-rupanya dia bermimpi, yang memanggilnya ialah abahnya Embong. Embong menyuruh Lia balik ke sekolah, hal Anggerik akan diuruskannya. Embong tidak menjawab apabila Lia menanyakan bagaimana abahnya hendak bekerja jika menjaga Anggerik? Lia memberitahu bahawa dia akan meminta izin untuk keluar asrama sekejap untuk melihat ibunya di hospital.
            Embong duduk di tangan sambil merokok, sambil memikirkan nasibnya. 30 meter di depan rumah mentuanya (hidup bersendirian). Saleha ingin tahu apa yang difikirkan oleh suaminya. Embong mengeluh kerana emak Saleha masih tidak suka akan mereka. Saleha menyuruh Embong bersabar kerana mereka hidup susah, tidak seperti anaknya yang lain berkereta besar, selalu membawa Nek Kiah makan angin, memberikannya wang. Saleha berharap anak mereka akan berjaya mungkin sifat ibunya akan berubah. Embong memang berkecil hati terhadap ibu Saleha tetapi disebabkan Nek Kiah orang tua, dia tidak kisah cuma berasa kasihan terhadap anak-anaknya yang tidak dianggap sebagai cucu oleh Nek Kiah. Embong dan Saleha berharap Dahlia dapat masuk universiti, Bakar lebih suka bermain daripada belajar, Mawar ada harapan. Saleha memberitahu Embong bahawa dia terasa ada bayang-bayang mengejarnya, telinganya mendengar suara yagn pelik-pelik, bukan suara orang. Embong menerangkan bahawa mungkin perasaan sahaja atau disebabkan Saleha letih menorah. Saleha mengatakan bahawa pokok getah dihadapnya sejak kecil hingga sekarang, dia tidak berasa letih menorah.
            Dahlia tiba-tiba ada di belakang Embong dan menanyakan Embong tentang keadaan ibunya. Embong memberitahu bahawa doktor tidak tahu apa penyakit ibunya cuma mengatakan fikiran Saleha runsing. Dahlia ingin tahu sama ada doktor ada menyatakan bahawa ibu mereka dibuat orang. Embong menyuruh Dahlia jangan berfikir benda yang tidak baik lagipun doktor tidak percaya perkara seperti itu. Embong tidak menceritakan keadaan sebenar isterinya yang menjerit, meraung dan menunduk di bilik kurungan agar Dahlia tidak bertambah risau dan dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran.
            Dahlia ingin tahu sama ada bapanya akan memetik kelapa sawit , Embong memberitahu bahawa Haji Sulaiman ada meminta Embong memetik kelapa sawit di kebunnya di kampung sebelah, tetapi agak sukar memandangkan dia perlu menjaga Anggerik. Dahlia mencadangkan Anggerik dihantar ke rumah Nek Kiah tetapi Embong menggeleng, cadangan itu juga disuarakan oleh Haji Sulaiman dan Tauke Lim . Embong tahu apa reaksi mak mentuannya tambahan pula Embong tidak mahu anak-anaknya semakin membenci nenek mereka. Embong mengatakan bahawa jika Nek Kiah tahu akan masalah mereka, tidak perlu cakap tentu Nek Kiah akan datang. Oleh itu, Embong memberitahu bahawa dia akan uruskan segalanya.
            Ketika itu juga terlihat susuk badan manusia yang semakin mendekati rumah, Embong segera membetulkan kain sarungnya yang terlondeh dan bersedia untuk menghadapi kemungkinan. Rupa-rupanya adik Dahlia, Bakar. Bakar segera mencedok air di tempayan untuk mencuci kaki. Embong menegur Bakar sudah 3 hari tidak balik ke rumah, Bakar selamba sahaja sehingga Embong menempelak, Abu Bakar terkejut, Dahlia menyepi, tidak mahu menyampuk. Embong memarahi Bakar yang sudah melampau, mendapat pangkat 3 dalam SPM, tidak berhajat untuk mengulang SPM tetapi rela menjadi gelandangan. Sebelum Embong sampai ke bawah, Abu Bakar sudah bergegas membawa diri, berlari ke arah yang becak.

            

Monday, December 7, 2015

Songket Bebenang Emas: Sinopsis Bab 3: Jangan tinggalkan Kami

Novel Songket Bebenang Emas
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami           
                Cerita bermula dengan ibu Dahlia bermantera manakala Dahlia sedang bersolat isyak. Keadaan ibunya mengganggu perasaan Dahlia dan menimbulkan pertanyaan sama ada ibunya dibuat orang tetapi Dahlia tidak dapat membayangkan siapa-siapa yang dengki atau sakit hati terhadap ibunya. Dahlia memohon kepada Tuhan agar menguatkan imannya untuk menghadapi dugaan dengan tabah.
            Doa Dahlia terputus apabila terdengar teriakan Nek Kiah( ibu kepada emaknya). Setelah masuk ke rumah, Nek Kiah terus ke ruang tengah rumah, Dahlia bersalam dengan Nek Kiah lalu ke dapur menyediakan minuman. Ibunya Saleha duduk di pojok rumah dengan kaki dan tangannya terikat tertawa. Nek Kiah mula membebel setelah melihat Saleha dilayan begitu. Kiambang dan Melati yang sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tengah mendengar segalanya dan berasa bimbang kerana tanda-tanda perang mulut akan bermula. Nek Kiah menganggap keluarga Saleha sahaja yang tidak baik dan anak-anaknya tidak pandai. Nek Kiah menuduh Embong menyeksa Saleha sejak mereka kahwin hingga beranak 6. Anaknya Saleha “tidak betul” adalah disebabkan oleh Embong dan menuduh Embong seorang yang pemalas. Embong hanya mendiamkan diri. Kalau balas sepatah akan dibalas dengan puluhan kata-kata yang menyakitkan telinga. Dahlia menuangkan kopi untuk Nek Kiah tetapi dikritik kopi yang dibuat oleh Dahlia pahit macam hendak bunuh orang.
            Pada saat itu ada orang memberi salam, Embong dengan cepat bangun lalu membuka pintu kerana tidak mahu mendengar kata-kata mak mentuanya. Rupa-rupanya Haji Sulaiman ( ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Parit Hj Rais membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Senja tadi, Embong meminta bantu Haji Sulaiman dan orang-orang kampung menangkap isterinya untuk dibawa pulang, tidak meminta apa-apa pertolongan lain tetapi mengapa ada orang dari hospital? Haji Sulaiman mengatakan bahawa adalah menjadi sebahagian tugasnya membantu Embong. Embong menolak kerana menganggap masalah Saleha masalah keluarganya. Nek Kiah pula menempelak kerana menganggap penyakit anaknya tidak merebak, mengapa perlu dibawa ke hospital.

            Haji Sulaiman bangkit dan duduk di sisi Embong lalu meminta Embong jangan beranggapan buruk. Dahlia tidak bersetuju ibunya di bawa ke hospital pada masa yang sama Anggerik menangis lalu Dahlia bergegas ke buaian , dirasai dahi Anggerik, panas walaupun udara di luar sejuk. Dahlia dan adik-adiknya memasang telinga terhadap perbualan bapa mereka dengan Haji Sulaiman. Haji Sulaiman menerangkan bahawa niatnya baik untuk membantu Embong. Dahlia membantah kerana penyakit ibunya bukan selalu terjadi, sesekali sahaja lagipun kalau ibunya tiada siapa yang akan menjaga Anggerik? Tetapi kata-kata itu tidak diujarkannya takut dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua. Kiambang dan Melati menjerit agar bapa mereka tidak membenarkan ibu mereka dibawa pergi. Nek Kiah memaki Embong tidak ada perasaan, lelaki tidak berguna. Embong Cuma menggeleng, menegah samalah tidak berusaha mengubati penyakit isteirnya, membiarkan boleh juga dianggap sudah hilang perasaan kasihan, perasaan kasih sayang  yang sudah terikat lebih 20 dekad. 4 orang lelaki membawa Saleha, Embong menyuruh Dahlia menjaga adik-adiknya kerana ingin ikut sama. 

Sunday, December 6, 2015

Songket Bebenang Emas: Bab 2: Detik-detik Hati Tersentuh

Novel T5: Songket Bebenang Emas
Bab 2: Detik-Detik Hati Tersentuh
            Cerita bermula dengan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, Dahlia bertembung dengan Aton (balu beranak satu) Kata-kata Aton menyentuh hati Dahlia kerana Aton mengatakan bahawa ibu Dahlia “ tidak betul”dan Aton nampak Azhari menghantar Dahlia pulang dengan kereta lalu mengatakan bahawa tidak lama lagi Saleha(ibu Dahlia) akan mendapat menantu.
            Apabila sampai di rumah, Dahlia mendengar adiknya Anggerik sedang menangis. Melati (11 tahun) menyambut kepulangan kakaknya Dahlia di tangga. Dahlia segera membersihkan kakinya yang penuh dengan lumpur lalu menuju ke dapur. Adik bongsunya, Anggerik berguling-guling di lantai. Susu yang dibancuh tidak diminum kerana cair. Dahlia memanggil Kiambang (gadis sunti Tingkatan 1) yang masih berpakaian sekolah untuk menjaga Anggerik kerana dia perlu memasak untuk makan malam.
            Dahlia meminta Melati membeli susu, Melati meminta duit, Dahlia menyuruh Melati berhutang dengan Tauke Lim, Melati berasa malu kerana selalu berhutang. Ketika keluar melalui pintu belakang, Melati kembali memberitahu Dahlia bahawa ibu mereka berada di kebun. Dahlia segera mendapatkan ibunya, Dahlia berpesan kepada Melati untuk membeli sekilo gula pasir.

            Dahlia menyarung kasut getah menuju ke arah ibunya, Dahlia memerhatikan tingkah laku ibunya yang bercakap sendirian dan berseloka “ Emak Si Randang”. Emaknya tidak pernah belajar puisi, tetapi tiba-tiba boleh berseloka. Dahlia memanggil ibunya yang berusia 39 tahun itu tetapi Saleha (ibu Dahlia) tidak mengenali anaknya sendiri. Dahlia memeluk ibunya dengan kuat tetapi ibunya meronta-ronta lalu menolak Dahlia sehingga jatuh ke tanah yang becak. Pada ketika itu Embong (bapa Dahlia) muncu untuk mendapatkan anak gadisnya dan menanyakan sebab anaknya berada di situ. Dahlia menuding ke arah ibunya. Embong terkejut melihat keadaan isterinya yang berkelakuan ganjil sejak akhir-akhir ini. Apabila Embong menghampiri Saleha, Saleha berlari semakin jauh, meredah paku-pakis. Dahlia dan Embong cuba membawa Saleha balik tetapi tidak berjaya. 

Novel T5 : Songket Bebenang Emas: Bab 1 Kalaulah Engkau Mengerti

NOVEL: SONGKET BEBENANG EMAS
Sinopsis Bab 1 : Kalaulah Engkau Mengerti
            Cerita bermula dengan Dahlia yang berlatih bola jaring bersama rakan-rakannya di padang keletihan dan duduk di kerusi panjang untuk berehat. Rakannya Siti Wangi duduk di sebelahnya. Dahlia memberitahu Siti Wangi tentang keinginannya untuk balik ke kampung, Siti Wangi mengatakan bahawa pasti disebabkan ada orang menunggu Dahlia di kampung, pertanyaan tersebut menyebabkan Dahlia teringat akan keadaan ibunya yang bercakap sendirian di bawah pokok getah dan merayau tidak tentu arah apabila senja menjelang.
            Kemudian, mereka berbincang tentang kertas kerja yang disuruh oleh Cikgu Hisyam tentang remaja yang meninggalkan bangku sekolah untuk bekerja. Perbualan mereka terputus apabila Kavita muncul dan memberitahu bahawa ada seorang lelaki berkumis (bermisai)nipis, tinggi dan kacak ingin berjumpa dengan Dahlia di kantin.
            Di kantin, Dahlia berjumpa dengan Azhari (lelaki yang sudah lama tidak bertemu). Mereka berbual tentang pelajaran. Dahlia pelajar STPM manakala Azhari akan mendapat ijazahnya pada bulan Ogos. Selepas itu, Azhari menyampaikan hasratnya untuk menghantar rombongan ke rumah Dahlia untuk merisik, bertunang dan berkahwin dengan Dahlia. Azhari dikenali Dahlia ketika mereka sama-sama menuntut di SMK Tun Ismail (5km dari kampung Dahlia). Pada masa itu, Dahlia (T1) manakala Azhari (T5). Dahlia menyampaikan hasratnya yang masih mahu meneruskan pelajarannya kerana Dahlia merupakan anak sulung, malah dia telah mengatakan keinginannya untuk melihat adik-adiknya berjaya dalam pelajaran kepada ibu bapanya. Azhari memberitahu bahawa dia tidak menghalang Dahlia untuk meneruskan pelajarannya malah menggalakkan Dahlia menuntut pelajaran hingga peringkat yang tinggi Cuma pertunangan mereka akan dapat menjamin masa depan mereka.

            Ketika mereka berbincang, Dahlia melihat jam tangan di tangan kanannya sudah 4. 25 petang, pada kebiasaannya waktu seperti ini dia sudah menunggu bas untuk pulang. Azhari ingin menghantar Dahlia tetapi Dahlia berasa keberatan kerana bimbang akan pandangan orang kampung terhadapnya.

Monday, October 26, 2015

Thursday, September 18, 2014

Markah BM 5S2

Kepada pelajar 5Sc2,

Cikgu minta maaf kerana masih tidak dapat mengepos markah anda kerana masih ada 10 buah karangan rakan anda yang masih dalam semakan. Cikgu akan poskan markah pada malam ini.

67 47 48 D
83 60 60 C+
101 68 70 B+
77 60 57 C
98 65 68 B
95 64 66 B
72 58 54 C
81 65 61 C+
78 65 60 C+
61 46 45 D
57 64 50 C
79 64 60 C+
79 65 60 C+
74 55 54 C
88 55 60 C+
87 61 62 C+
86 59 60 C+
84 62 61 C+
90 57 61 C+
81 55 57 C
87 57 60 C+
80 56 57 C
69 58 53 C
82 66 62 C+
85 62 61 C+
58 46 43 E
74 65 58 C
66 48 48 D
73 56 54 C
65 65 54 C
71 57 53 C
77 57 56 C
62 51 47 D
69 53 51 C
64 61 52 C
63 64 53 C
70 49 50 C
78 55 55 C
55 47 43 E
62 61 51 C
81 58 58 C
83 60 60 C+

Thursday, July 31, 2014

Fokus Aspek KOMSAS BM SPM 2014

Drama/ Cerpen


T4
T5
Cerpen
Ibu dan Ceper
Pahlawan Buntung

Pemain Catur
Idola

Mellisa
Penanggungan

Biarkan Samudera
Tanggar Amanat
Drama
Gelanggang Tuk Wali
Tiang Cengal Dinding Sayung

Forum Remaja 2020
1400

Prosa Tradisional


T4
T5
Cerpen
Pelayaran Penuh Perisitiwa
Hikayat Opu Menambun

Sajak/ Puisi Tradisional



T4
T5
Sajak
Harga Remaja
Arkitek Kota

Di Perpustakaan
Di Bawah Langit Yang Sama

Mahsuri
Pasar Perasaan

Mengintai Ruang Insaf
Kecek

Tiba Waktunya

Drama
Pantun Budi
Pantun Lapan Kerat

Pantun Jenaka
Syair Makna Riak

Syair Siti Sianah
Syair Pemberontakan Pattani

Gurindam 12 Fasal yang ke-6
Gurindam Tonggak 12

Seloka Emak Si Randang
Seloka Si Luncai

Tuesday, March 18, 2014

Thursday, February 6, 2014

Pendahuluan Karangan Kemalangan Jalan Raya

Pendahuluan Karangan : tajuk Kemalangan Jalan Raya.
                    Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat setiap hari. Kemalangan jalan raya kerap dipapar di surat khabar. Kes-kes kemalangan rayajuga menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan. Kemalangan berlaku setiap hari , di mana-mana dan pada bila-bila sahaja, bak kata malang tidak berbau. Berlaku kemalangan jalan mendatangkan pelbagai kesan yang serius seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan sebagainya. Pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.

setelah dibaiki
                    Kadar kemalangan jalan raya di Malaysia meningkat setiap hari. Peningkatan ini dapat kita ketahui melalui laporan yang dipaparkan dalam surat khabar (Kemalangan jalan raya kerap dipapar di surat khabar.) Malahan, isu ini juga menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam kalangan masyarakat (Kes-kes kemalangan rayajuga menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan.) Kita sedia maklum bahawa kemalangan berlaku setiap hari di mana-mana dan pada bila-bila sahaja kerana malang tidak berbau ( Kemalangan berlaku setiap hari , di mana-mana dan pada bila-bila sahaja, bak kata malang tidak berbau.) Kita juga mengetahui bahawa kemalangan mendatangkan kesan yang serius seperti kecederaan, kematian dan kehilangan harta benda. ( Berlaku kemalangan jalan mendatangkan pelbagai kesan yang serius seperti kecederaan, kematian, kehilangan harta benda dan sebagainya.) Memandangkan masalah kemalangan jalan raya kian meruncing di negara kita, Pelbagai langkah telah diperkenalkan untuk mengurangkan bilangan kemalangan jalan raya.

Tuesday, November 5, 2013

Selamat Menjawab Soalan BM SPM 2013

Kepada semua calon SPM,

Selamat menjawab kertas pertama iaitu Bahasa Melayu 1103/1 dan 1103/2. Semoga dapat menjawab dengan tenang.