Novel Songket Bebenang Emas
Bab 3: Jangan Tinggalkan Kami
Cerita bermula dengan ibu Dahlia bermantera manakala
Dahlia sedang bersolat isyak. Keadaan ibunya mengganggu perasaan Dahlia dan
menimbulkan pertanyaan sama ada ibunya dibuat orang tetapi Dahlia tidak dapat
membayangkan siapa-siapa yang dengki atau sakit hati terhadap ibunya. Dahlia
memohon kepada Tuhan agar menguatkan imannya untuk menghadapi dugaan dengan
tabah.
Doa
Dahlia terputus apabila terdengar teriakan Nek Kiah( ibu kepada emaknya).
Setelah masuk ke rumah, Nek Kiah terus ke ruang tengah rumah, Dahlia bersalam
dengan Nek Kiah lalu ke dapur menyediakan minuman. Ibunya Saleha duduk di pojok
rumah dengan kaki dan tangannya terikat tertawa. Nek Kiah mula membebel setelah
melihat Saleha dilayan begitu. Kiambang dan Melati yang sedang menyiapkan kerja
sekolah di ruang tengah mendengar segalanya dan berasa bimbang kerana
tanda-tanda perang mulut akan bermula. Nek Kiah menganggap keluarga Saleha
sahaja yang tidak baik dan anak-anaknya tidak pandai. Nek Kiah menuduh Embong
menyeksa Saleha sejak mereka kahwin hingga beranak 6. Anaknya Saleha “tidak
betul” adalah disebabkan oleh Embong dan menuduh Embong seorang yang pemalas.
Embong hanya mendiamkan diri. Kalau balas sepatah akan dibalas dengan puluhan
kata-kata yang menyakitkan telinga. Dahlia menuangkan kopi untuk Nek Kiah
tetapi dikritik kopi yang dibuat oleh Dahlia pahit macam hendak bunuh orang.
Pada saat
itu ada orang memberi salam, Embong dengan cepat bangun lalu membuka pintu
kerana tidak mahu mendengar kata-kata mak mentuanya. Rupa-rupanya Haji Sulaiman
( ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) Parit Hj Rais membawa orang dari Hospital Batu Pahat. Senja tadi, Embong
meminta bantu Haji Sulaiman dan orang-orang kampung menangkap isterinya untuk
dibawa pulang, tidak meminta apa-apa pertolongan lain tetapi mengapa ada orang
dari hospital? Haji Sulaiman mengatakan bahawa adalah menjadi sebahagian
tugasnya membantu Embong. Embong menolak kerana menganggap masalah Saleha
masalah keluarganya. Nek Kiah pula menempelak kerana menganggap penyakit
anaknya tidak merebak, mengapa perlu dibawa ke hospital.
Haji
Sulaiman bangkit dan duduk di sisi Embong lalu meminta Embong jangan
beranggapan buruk. Dahlia tidak bersetuju ibunya di bawa ke hospital pada masa
yang sama Anggerik menangis lalu Dahlia bergegas ke buaian , dirasai dahi
Anggerik, panas walaupun udara di luar sejuk. Dahlia dan adik-adiknya memasang
telinga terhadap perbualan bapa mereka dengan Haji Sulaiman. Haji Sulaiman
menerangkan bahawa niatnya baik untuk membantu Embong. Dahlia membantah kerana
penyakit ibunya bukan selalu terjadi, sesekali sahaja lagipun kalau ibunya
tiada siapa yang akan menjaga Anggerik? Tetapi kata-kata itu tidak diujarkannya
takut dianggap kurang ajar atau tidak mengetahui tatasusila budaya. Budaya Melayu
melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua. Kiambang dan Melati
menjerit agar bapa mereka tidak membenarkan ibu mereka dibawa pergi. Nek Kiah
memaki Embong tidak ada perasaan, lelaki tidak berguna. Embong Cuma menggeleng,
menegah samalah tidak berusaha mengubati penyakit isteirnya, membiarkan boleh
juga dianggap sudah hilang perasaan kasihan, perasaan kasih sayang yang sudah terikat lebih 20 dekad. 4 orang
lelaki membawa Saleha, Embong menyuruh Dahlia menjaga adik-adiknya kerana ingin
ikut sama.
No comments:
Post a Comment