Bab 15: Ingin Mempersunting Bunga di Taman
Cerita bermula dengan Embong
menukar pakaian sebagai tanda menghormati tetamu lalu duduk di kerusi. Semua
yang datang tidak dikenalinya kecuali Azhari.
Embong menanyakan sebab
Azhari menghantar Dahlia sampai ke rumah ketika bersarapan ubi rebus pagi tadi.
Dalia memberitahu bahawa dia sudah menghalang azhari berbuat begitu tetapi
Azhari berdegil tidak kisah walaupun jalan becak. Dahlia menerangkan bahawa
kebetulan dia berjumpa dengan Azhari di Johor Bahru dan Azhari bekerja
sementara di tempat emaknya dirawat. Embong musykil, kalau-kalau mereka yang
datang sudah tahu keadaan ibu Dahlia, kalau sudah tahu, apa pula tujuan
kedatangan mereka?
Emak Azhari
memperkenalkan diri dan rombongannya dan mengatakan bahawa suaminya orang
politik telah ke Kuala Lumpur, tidak dapat datang. Emak Azhari memberitahu
bahawa dia mengajar dan selalu mengikut suaminya ke kampung ini tetapi tidak
menyangka anaknya Azhari berkenan dengan Dahlia. Azhari tertunduk malu,
menyedari dirinya tidak manis berada di situ lalu ke dapur. Di dapur, Dahlia
sedang menjerang air, Dahlia meminta Azhari ke depan. Azhari duduk di lantai
dan memberitahu di depan tidak cukup kerusi. Tiba-tiba gelak ketawa terdengar
di depan, Dahlia cuba memasang telinga, gelak ketawa sudah tidak ada, hanya
kata-kata yang tersusun rapi. Embong memberitahu bahawa Dahlia mengambil STPM
tahun ini dan ingin masuk universiti. Ibu Azhari tidak menghalang niat Dahlia
malah menyatakan bahawa kalau kedua-dua lulusan universiti lebih baik. Tujuan
mereka bukan menentukan hari tetapi ingin tahu sama ada bunga di taman sudah
disunting orang. Kegelisahan Azhari menggunung, takut hasratnya ditolak. Embong
memberitahu bahawa Dahlia anak sulungnya, dia mahu Dahlia bekerja dulu untuk
membantu keluarga kerana mereka bukan orang kaya. Dahlia dan Mawar membawa minuman dan kuih lapis. Hati Dahlia
berdenyut kencang kerna tahu dirinya menjadi perhatian. Apabila Mawar dan
Dahlia sampai di ruang tamu, semua tetamu memerhatikannya. Setelah ibu Azhari
melihat Dahlia, baru dia tahu sebab anaknya suka akan Dahlia. Lia bergegas ke
dapur, tanpa diduga, dia berlanggar dengan Azhari yang hendak keluar. Dulang
terjatuh.
Azhari duduk di kerusi
panjang di anjung, memasang telinga,
mungkin dapat mendengar perkara yang dibincangkan. Azhari terkejut apabila
abang iparnya mengajak untuk balik. Dia segera masuk ke dalam untuk berjabat
salam. Sewaktu bersalam dengan Embong, jejarinya terasa begitu sejuk tetapi
sinaran mata Embong seakan-akan memberikan harapan. Setelah tetamu pergi,
Embong bertanya kepada Lia sama ada mereka tahu keadaan ibunya, Lia memberitahu
Azhari mungkin tidak menceritakannya. Embong mempersoalkan jika mereka tahu,
Lia hanya menggeleng. Embong menanyakan pendapat Lia. Lia memberitahu bahawa
dia tidak tahu, semua terpulang kepada bapanya. Embong memberitahu bahawa kalau
Lia suka, ambil cincin yang ada di atas meja. Embong tidak tahu apa-apa yang
harus dibuat, dia juga tidak tahu sama ada perasaan gembira atau duka, anaknya
disunting orang, tidak pernah dia terfikir untuk menerima menantu sebegitu
cepat. Embong teringat akan isterinya, kalau isterinya ada, peristiwa tadi amat
bermakna.
Matahari kian meninggi,
jamnya sudah menunjukkan 11am, dia tidak boleh lewat. Tanpa berlengah, Embong
naik ke atas mengambil tuala, dia jarang-jarang lewat ke masjid. Selalunya dia
pergi awal untuk menyusun sejadah dan mengemas apa-apa yang perlu walaupun
masjid terletak di kampung seberang iaitu di
Parti Jelutong. Hubungannya dengan jemaah masjid begitu rapat. Setelah memakai
kain basahan dan mengambil tuala, Embong turun ke bawah semula. Dia ke bilik
mandi yan g dihadang dengan atap rumbia. Dia melangkah masuk, tanpa diduga
sesuatu sudah menunggu lalu mematuk pahanya. Dahlia mendengar jerita bapanya.
No comments:
Post a Comment