Bab 12: Air Mata Menitis di Hospital Permai
Cerita bermula
dengan Dahlia tiba di Hospital Permai pada pukul 3.15pm.Sesampai di kaunter
pertanyaan, 2 orang perempuan sedang berurusan dengan tetamu.Dahlia duduk
menunggu gilirannya sambil memikirkan reaksi ibunya. Khayalannya terputus
apabila seorang wanita dalam anggarannya berusia 30-an bertanyakan orang yang
hendak dijumpai Dahlia. Setelah memberikan nama penuh ibunya Saleha binti
Dahlan, wanita itu meminta Dahlia berjumpa dengan doktor dulu untuk berbincang
lalu Dahlia mengikut wanita itu. Setelah masuk dan duduk, doktor yang
dimaksudkan itu mengambil fail dan dibuka lalu membacanya sekilas lalu. Doktor
Ridhuan berwajah bulat, berkumis tebal memberitahu bahawa sakit ibu Dahlia
sudah ke tahap bahaya.Dr Ridhuan menerangkan bahawa sebagai doktor, dia suka
berterus terang agar apa-apa yang berlaku kelak tidak disalahtafsirkan.Dia
ingin mengetahui hal-hal yang menyebabkan ibu Dahlia berkeadaan begitu kerana
mereka sedang mengkaji punca yang tepat menyebabkan ibu Dahlia tidak sihat.Dr.
Ridhuan menerangkan bahawa kebiasaanya penyakit seperti itu berpunca daripada
masalah tekanan. Dahlia ingin tahu sama ada ibunya gila? Dr. Ridhuan menyatakan
bahawa mereka tidak pernah menggunakan perkataan “gila”, cuma dikatakan tidak
sihat dan ingin tahu sudah berapa lama ibu Dahlia berkeadaan begitu.
Dahlia menerangkan bahawa tidak
lama, pada mula ibunya suka bercakap seorang diri, kadang-kadang merayau-rayau
tetapi mereka menganggap itu perkara biasa kerana selepas itu ibunya seperti
sedia kala. Dr. Ridhuan mencadangan Dahlia berjumpa dengan ibunya dulu, selepas
itu , mereka akan berbincang lagi. Mereka keluar, Dr. Ridhuan memanjangkan
kepala mencari seseorang, seorang pekerja lelaki lalu di situ, lelaki itu
dikenali Dahlia, Azhari.Azhari juga terkejut mengapa Dahlia berada di situ.Dr.
Ridhuan meminta Azhari membawa Dahlia ke bilik 16.Selepas itu kembali ke
biliknya.Azhari menyedari rakan-rakannya memandang ke arahnya lalu cepat-cepat
membawa Dahlia keluar.Masing-masing menanyakan sebab mereka berada di tempat
itu.Azhari menerangkan bahawa baru 2 minggu dia bekerja di situ, kerja
sementara.Dahlia memberitahu bahawa dia datang untuk berjumpa dengan
ibunya.Kemudian masing-masing kehilangan kata lalu melangkah menuju bilik
16.Azhari berasa berdosa tidak mengambil tahu sejak awal sedangkan emak Dahlia
pernah ditemui sebelum ini.Dahlia bersedia untuk ditinggalkan oleh Azhari jika
Azhari mengambil keputusan memutuskan hubungan mereka.
Dahlia terkejut apabila seorang
lelaki menjerit di kaki lima bangunan sebelah. Lelaki yang berseluar pendek itu
mengejeknya. Azhari menerangkan bahawa perangai orang di situ memang macam itu,
pada hari pertama dia bekerja di situ,
dia berasa menyesal tetapi sekarang dia sudah berani. Mereka tiba di
bilik 16, Azhari meminta Dahlia masuk ke bilik 16 sendiri.Dahlia mengatakan
bahawa memang keadaan ibunya buruk.Azhari menjadi serba salah, lalu melangkah
masuk bersama-sama Dahlia.Bilik ibunya hanya 3X5 meter dipagarkan dengan jaring
sebesar ibu jaring, ketika menghampiri bilik kusam itu, dia terlihat di
dalamnya seorang wanita yang mencangkung.ibunya berpakaian compang-camping,
rambut berserabut, muka penuh dengan daki, dia berasa pilu, kehilangan
kata-kata. Azhari meminta Lia bersabar.Apa yang dibayangkan Dahlia tidak sama
seperti yang dilihatnya.’
Dahlia memanggil ibunya tetapi
Saleha memusingkan kepada ke sebelah kiri, memandang siling, kemudian
simen.Dahlia memanggil ibunya sekali lagi. Saleha bangun melangkah mendekati
Dahlia menanyakan Dahlia sama ada dia datang untuk mengutip hutang, mendengar
kata ibunya, Dahlia bagai hendak pecah dada. Azhari memegang bahunya semacam
memintanya kuat untuk menghadapi kenyataan. Saleha menghalau Dahlia dari situ,
kalau tidak dia akan menelefon polis untuk menangkap Dahlia. Azhari memberitahu
Saleha bahawa itu anaknya Dahlia apabila melihat Dahlia kehilangan kata-kata.
Saleha meminta Dahlia keluar, kalau tidak dia akan tetak kepala mereka berdua.
Seluruh urat sendi Dahlia menjadi kendur, nafasnya naik, kepalanya terasa melayang,
dan ………….
No comments:
Post a Comment