Bab 17: KuPertahankan Tanah Sekangkang Kerag
Cerita bermula dengan Dahlia
membaca nota sejarah tentang pembunuhan J.W.W. Birch oleh Seputum. Dahlia
mencuri masa untuk membaca sewaktu Anggerik masih lena pada waktu pagi. Setiap
pagi, ada saja kerja, siap solat, menyediakan sarapan, membasuh pakaian,
memandikan Anggerik dan mengemas rumah. Semua perkara yang dilakukan
mengingatkannya kepada rangkaian duka dengan kisah yang tidak berkesudahan.
Neneknya yang sudah 2 kali pergi haji itu belum pasti mahu menolong mereka.
Kesempitan wang yang berlaku sekarang tidak menambah rasa simpati neneknya
Gegaran
enjin motosikal menyebabkan Dahlia bingkas, belum sempat meramalkan orang yang
datang, Abu Bakar masuk ke bilik. Dahlia mahu menerangkan keadaan keluarga
mereka kepada Bakar tetapi merasakan perbuatannya hanya membuang masa namun
diterangkan juga kerana sudah menjadi tanggungjawabnya sebagai kakak. Bakar
pula menjawab bahawa dia bukan bomoh tidak tahu mengubat ibunya, bapanya yang
suka bunuh ular sebab itu dipatuk ular lalu beredar ke bawah dengan beg plastik
dibimbit bersama. Dahlia naik marah mendengar kata-kata Bakar. Dalam hatinya,
dia merasakan dia membuang masa sahaja melayan Bakar, lebih baik Bakar pergi,
jangan balik lagi. Setelah Bakar pergi jauh, Dahlia segera masuk ke bilik untuk
memastikan barang-barang yang dibawa oleh adiknya. Dalam bilik, pakaian yang
berlipat di rak bertaburan, ditariknya sehelai baju yang terjuntai, yang lain
ikut jatuh dan Dahlia nampak sebuah dompet yang diketahui milik siapa. Baju
diletakkan di rak, dompet kepunyaan adiknya dibelek, dikira helaian kertas
warna merah, sejumlah RM 120.00. Dahlia tidak tahu di mana Bakar mendapat duit
itu kerana Bakar tidak bekerja. Dompet diletakkan di bawah tilam. Jika adiknya
balik, dia akan bertanya kepada Bakar sebelum memulangkan dompetnya.
Tiba-tiba
terdengar deruan kereta, diingat Bakar dengan kawan-kawannya. Rupa-rupanya
Azhari. Azhari hanya bercakap di keretanya kerana ada kawan di dalam kereta.
Azhari memberitahu Dahlia bahawa dia kena ambil barang di Hospital Batu Pahat
dan bertanya di mana bapa Dahlia. Dahlia terkejut apabila Azhari memanggil bapa
Dahlia sebagai “abah”. Azhari memberitahu Dahlia bahawa bapanya bakal bapanya
juga. Azhari terkejut apabila Dahlia memberitahu bahawa bapanya dimasukkan ke
hospital 4 hari lalu selepas rombongan Azhari balik. Dahlia pula bertanyakan
keadaan emaknya, Azhari memberitahu bahwa emak Dahlia masih seperti dulu,
Azhari datang kerana hendak meminta pakaian ibu Dahlia supaya ibunya boleh
bertukar pakaian. Dahlia segera ke bilik memilih pakaian yang sesuai sebanyak 4
pasang untuk dibawa ke hospital. Azhari segera menuju ke kereta setelah
menanyakan wad bapa Dahlia ditempatkan. Dahlia ingin bertanya kepada Azhari
tetapi tidak sempat lelaki itu sudah pergi.
Dahlia
menoleh ke kiri apabila Nek Kiah memanggilnya. Nek Kiah menanyakan orang yang
datang. Dahlia memberitahu bahawa kawannya yang datang minta baju untuk
dihantar kepada ibunya. Nek Kiah pula memberitahu Dahlia kalau hendak buat
jahat, jangan di kampung ini, kawan lelakinya datang semasa ibu bapanya tidak
ada di rumah lalu Nek Kiah duduk di anak tangga anjung. Nek Kiah menanyakan hal
semalam yang diberitahu kepada Dahlia. Dahlia terjelepok di lantai, buat-buat
tak faham perkara yang dikatakan oleh neneknya. Nek Kiah mengingatkan Dahlia
hal tentang tanah, Nek Kiah nak jual, kalau Dahlia mahu, Nek Kiah suruh beli
dengan harga 15 ribu. Dahlia memberitahu bahawa dia tidak ada duit, tunggulah
sehingga bapanya sihat. Nek Kiah teringat kata-kata anaknya Seman yang
menyuruhnya jangan menunggu lagi kerana harga sekarang mahal. Seman menerangkan
bahawa orang yang hendak membeli tanah hendak membuat rumah sewa kerana di
depan kampung ada kilang dan politeknik. Dahlia menerangkan bahawa kalau mereka
setuju pun, bukan senang hendak berpindah-randah. Rumah ini hendak dirobohkan,
kemudian membina rumah baharu. Nek Kiah memberitahu bawah itu niatnya supaya
hantu-hantu tidak ada lagi. Dalam
hatinya, Dahlia menyatakan bahawa soal sakit atau sihat, hidup atau mati, sudah
ditentukan. Bukan disebabkan hantu jembalang.
Nek Kiah ingin tahu sama ada Dahlia setuju? Dahlia memberitahu bahawa
dia tidak ada kuasa untuk mengatakan setuju. Nek Kiah bingkas, matanya
seakan-akan mahu menelan wajah Dahlia dan berkata bahawa sama ada setuju atau
tidak, esok atau lusa ada orang akan datang, pandai-pandailah Dahlia memberikan
jawapan.
No comments:
Post a Comment