Novel Songket Bebenang Emas
Bab 5: Kata Setajam Pedang
Cerita
bermula dengan Dahlia menaiki bas JMBC yang sesak. Kekecohan berlakud dalam bas
kerana konduktor bas yang meminta penumpang masuk ke dalam kerana ada penumpang
yang naik, terdapat penumpang yang tidak berpuas hati kerana dianggap sebagai sardine.
Dahlia tidak mempedulikan keadaan ini kerana jam di tangan tinggal 10 minit
waktu persekolahan akan bermula, destinasinya 17 km lagi. Kelewatan sampai ke
asrama ialah satu kesalahan. Kelewatannya disebabkan Anggerik yang menangis,
bapanya mendukung Anggerik tetapi tangisannya makin menjadi-jadi. Dahlia tidak
sampai hati meninggalkan adiknya tetapi bapanya meminta Dahlia ke sekolah dan
jangan hampakan harapan bapanya. Lamunan Dahlia terhenti apabila suara seorang
lelaki memintanya berundur ke belakang, Dahlia memandang ke luar bas, kelihatan
kilang Sharp, menandakan perjalanan masih jauh. Dahlia teringat kata-kata Siti
Wangi supaya mencari isi untuk tujuan perbincangan. Dahlia tidak berbuat
apa-apa. Ketika itu, dia teringat juga kata-kata Azhari yang sudi menghulurkan
bantuan jika Lia menghadapi masalah, tetapi Lia tidak mahu menjaja keburukan
ibunya kepada orang lain.
Bas
memasuki kawasan Bandar Penggaram, hospital hanya beberapa meter di hadapan, di
Wad 6, Dahlia tertanya-tanya khabar ibunya. 2 minggu lalu, sewaktu Dahlia
pulang, ibunya seperti biasa. Cuma sebulan lalu, emaknya suka termenung,
kadang-kadang menangis tanpa sebab. Bas berhenti di bahu jalan apabila Lia
memicit loceng. 5 minit lagi, jam 8, dia sudah terlalu lewat. Langkahnya pantas
menuju SMK Temenggung Ibrahim, pagar sudah terkunci, terlihat warden asramanya Cikgu
Salwani sedang menuju ke bilik guru. Lia memanggil Cikgu Salwani, apabila
ditanya sebab lewat, Lia hanya beritahu cikgu bahawa dia ada masalah keluarga
lalu diminta oleh Cikgu Salwani berjumpa dengannya petang nanti. Sepanjang
hari, Dahlia tidak dapat menumpukan perhatian pada pelajaran, hanya memikirkan
ibunya, Anggerik dan bapanya.
Cikgu
Hisyam yang mengajarkan Pengajian Am selalu disambut dengan perdebatan tetapi
tidak kali ini, mata Lia memandang ke depan tetapi perasaannya jauh menjalar di
kampung halamannya. Lia menunduk, sikunya dikuis oleh Kavita kerana Cikgu
Hisyam sedang memerhatikan Lia dan Kavita juga memberitahu bahawa Najib
mengajak mereka berbincang di Perpustakaan Awam. Hingga waktu persekolahan
berakhir, Lia melangkah lambat balik ke asrama. Langkahnya terhenti apabila
dipanggil oleh Siti Wangi. Siti Wangi mengingatkan Dahlia janji mereka untuk
berbincang pada petang itu tentang kertas kerja yang akan dibentang pada hari
Khamis malah Siti Wangi sudah memberitahu rakan-rakan lain untuk berjumpa pada
2pm. Lia meminta maaf kerana tidak membuat persediaan kerna ingin melawat
ibunya yang sakit di hospital malah meminta Siti Wang memberitahu Cikgu
Salwani. Apabila ditanya penyakit yang dihidapi oleh ibunya, Lia hanya kata
sakit biasa. Lia tidak ke dewan makan, banyak terteleku di katil memikirkan apa
yang difikirkan oleh Siti Wangi tentang dirinya, lalu memikirkan ibunya dan
adiknya Melati yang memintanya pulang. Tanpa berfikir panjang, dia memasukkan
sedikit nota ke dalam beg plastic dan bergegas turun.
Walaupun
hospital berada kurang 1km tetapi Lia tidak bermaya untuk berjalan di bawah
matahari yang terik. Apabila bas melalui Jalan Kluang, Lia segera turun apabila
tiba di destinasinya. Lia masuk ke perkarangan hospital mencari Wad 6. Tiba-tibanya
namanya dipanggil, Lia menoleh, rupa-rupanya Haji Sulaiman. Lia terus berjalan
mendapatkan Haji Sulaiman di pondok telefon tetapi diajak pulang dengan menaiki
kereta Haji Sulaiman. Haji Sulaiman memberitahu bahawa ibu Dahlia telah dibawa
ke hospital di Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik. Apabila
ditanya sama ada Hospital Sultanah Aminah, Haji Sulaiman menjawab bukan, tetapi
Hospital Permai. Lia hampir rebah apabila mendengar kata-kata itu.
No comments:
Post a Comment