Bab
23: Sinar Kebahagiaan
Cerita bermula dengan Lia kembali ke
sekolah dan disambut oleh kawan-kawannya yang agak terkejut pada mulanya. Dalia
bertanyakan keadaan Siti Wangi, Kavita pula memberitahu bahawa sebenarnya
mereka bercadang hendak ke rumah Lia petang itu, memandang Lia sudah datang,
mereka akan makan besar. Kavita menarik Dahlia ke tepi tetapi ditegur oleh Siti
Wangi mengatakan bahawa mereka berdua mengumpat, Kavita memberitahu Lia bahawa
Najib berkata the best man win, dua, tiga hari ini Najib akan ke rumah Lia
bersama-sama keluarganya kerana dia tidak mahu terlewat. Lia berasa marah
kerana tidak suka cara Najib yang mementingkan perasaan sendiri sedangkan
peperiksaan kian dekat. Kavita pula mengatakan bahawa Najib tidak dapat belajar
selagi tidak mendapat kepastian. Dahlia terbayang wajah Azhari, menanya dirinya
sebab lelaki tidak dapat menahan sabar, apakah semua lelaki sama seperti itu,
mengapa kedua-dua lelaki itu bersikap keanak-anakan. Dahlia meminta Kavita
memberi penjelasan kepada Najib supaya menghormati erti persahabatan,
persahabatan tidak menuntut apa-apa setelah Kavita mengatakan bahawa jika Lia
menolak risikan Najib, pelajarannya akan terganggu.
Loceng waktu rehat berbunyi, Kavita
terdiam, Dahlia masuk ke kelas, semasa melangkah, Dahlia bertanya kepada
dirinya sama ada benar dia sudah bertunang dengan Az. Kalau Az merajuk dan
memutuskan perhubungan. Lia lebih takut tidak menunaikan harapan ibu bapanya
daripada harapan perasaan yang belum tentu menjanjikan apa-apa. Semangat Lia untuk belajar begitu meluap-luap
di dada. Hal yang membanggakan ialah teman-temannya setuju meminjamkan nota
pelajaran yang tertinggal. Semuanya mahu dia berjaya. Semasa di kelas, Cikgu Hisyam berkata bahawa
apabila Lia ada, dia percaya pelajar kelas itu lebih bersemangat untuk belajar.
Tamat persekolahan hari itu, Lia
ingin seperti teman-temannya berbincang atau menelaah di perpustakaan, tetapi
dirasakan masih belum boleh lagi. Dia tidak boleh menyerahkan tanggungjawab
menguruskan dapur kepada bapanya apatah lagi Abu Bakar. Apabila keadaan
terbiasa, bolehlah dia nongkrong di perpustakaan. Sesampai di kampung, Lia
berasa tidak tenang, sejak hari Jumaat dia tidak berkunjung lagi ke rumah
neneknya, dia berharap Pak Cik Seman akan datang tetapi bayang bapa saudaranya
pun tak nampak. Langkah Lia semakin pantas, waktu ini Melati sudah ke sekolah
agama, dia tidak dapat mengagak apa yang dimakan oleh Melati, mungkin bapanya
memasak atau Abu Bakar. Dahlia berjalan dengan cepat seakan-akan ada sesuatu di
rumah, kakinya memijam jambatan, lalu terus melangkah, di depan adalah
rumahnya. Dia nampak sebuah van putih di halaman. Dahlia tidak tahu siapa yang
datang, Dia mahu mengetahui kedudukan sebenar, bermacam-macam peristiwa bermain
dalam fikirannya, adakah Az datang, mungkin bapanya dipatuk ular lagi. Embong
kelihatan riang sahaja apabila nampak Lia balik. Dahlia terus melangkah,
debaran hatinya semakin memuncak, kalau tidak ada apa-apa, mengapa ada ambulans
di situ. Dari bawah, dia terdengar suara-suara di atas rumah, salah satu suara
itu suara Hj Sulaiman. Bapanya berkata syukur apabila nampak Lia lalu meminta
Lia membuka kasut dan naik ke rumah. Embong memberitahu Lia bahawa emaknya
berada di dalam bilik. Mata Lia terbeliak besar, segera masuk menunduk hormat
kerana orang di kiri dan di kanan. Dia mahu peluk ibunya puas-puas tetapi
emaknya terbaring, matanya terpejam. Embong menyuruh Lia membiarkan ibunya
tidur kerana asyik bercakap tadi. Dahlia mengangguk lalu membetulkan selimut
yang melondeh, mata Saleha terbuka mendengar bisikan Dahlia. Dahlia terus
memeluk ibunya tetapi belum sempat bermesra dengan ibunya, Embong memanggil Lia
kerana Az mahu berjumpa dengan Lia. Lia baru sedar, sewaktu di masuk ke bilik,
tetamu di kiri dan di kanan, seorang daripadanya ialah Azhari.
Dahlia memakai semula tudung yang
telah dibuka kemudian ke bawah menerusi tangga tengah tetapi Az tiada di situ.
Melati memberitahu bahawa Az berada di jalan menghadap deru sungai. Dahlia
memanggil Az lalu mempercepat langkah menghampiri Az. Azhari berkata bahawa ibu
Dahlia sudah balik . Dahlia mengangguk dan mengatakan bahawa selagi STPM belum
lepas, masalah tetap ada. Ditanya kepada Dahlia tentang hubungan mereka,
tentang Najib. Dahlia melangkah melalui titi yang rapuh, di sebelah kiri ialah
rumah neneknya, tiba-tiba dia teringat neneknya, apa khabar neneknya? Az ingin
tahu kedudukan hati Lia tetapi Lia pula menjawab bahawa kalau Az hendak tahu
hatinya, tanya dulu hati Azhari sendiri. Azhari tidak faham, dia mengekori
langkah Dahlia menuju ke halaman sebuah rumah. Dahlia memberitahu itu rumah
neneknya. Dahlia berpesan kepada adik-adiknya agar melihat neneknya tetapi
tiada sesiapa yang sudi. Lia memanggil beberapa kali neneknya, tiada jawapan.
Azhari dan Lia berpandangan. Lia menolak pintu kuat-kuat tetapi pintu tidak
juga terbuka. Azhari pula menolak dengan tubuhnya yang sasa, pintu terbuka.
Dahlia segera menerpa ke arah tubuh yang terbaring, digoyang tubuh neneknya,
tiada jawapan, dirasa dada neneknya, mata nenek tetap terpejam.
No comments:
Post a Comment