Bab
19: Apabila Dua Jejaka Bertemu
Cerita bermula dengan Dahlia
teringat kata-kata Cikgu Hisyam semalam, kedatangan Cikgu Hisyam yang ingin
meminta Dahlia mengubah fikirannya. Cikgu Hisyam berasa sayang akan kepintaran
Dahlia, cuma tinggal empat lima bulan lagi peperiksaan STPM akan bermula.
Ketika kata-kata diluahkan oleh Cikgu Hisyam, Dahlia hanya mendiamkan diri.
Cikgu Hisyam menerangkan bahawa petang
itu dia ada taklimat peperiksaan di Jabatan Pendidikan, pengetua meminta Cikgu
Hisyam ke rumah Dahlia juga, Cikgu Hisyam mengajak Kavita kerana pernah ke
rumah Dahlia. Kavita memberitahu bahawa mereka sudah terasa kehilangan Dahlia
dan meminta Dahlia ke sekolah. Dahlia juga merindui sekolah tetapi keadaan
adik-adiknya tidak mengizinkannya ke sekolah. Kavita meminta Dahlia ke sekolah
jika bapanya sudah sihat. Namun pada pandangan Dahlia, walaupun memang menjadi
tanggungjawab orang tuanya memastikan kejayaan anak-anak, tetapi bagaimana pula
dengan tugas anak. Dahlia memberitahu kalau kawan-kawannya memberikan nota,
tentu dapat memudahkannya. Cikgu Hisyam meminta Dahlia berfikir semula
keputusannya. Lamunan Dahlia terputus apabila Najib bertanya sama ada keputusan
Lia sudah muktamad. Dahlia sendiri faham pelajaran itu penting malah meradang
apabila anak-anak muda kampung meninggalkan sekolah untuk bekerja di kilang
untuk gaji yang tidak seberapa. Jika keluarga mereka daripada golongan susah
lain pula cerita tetapi semuanya bolehlah dikatakan keluarga berada. Beberapa
orang anak muda kampung berpendapat bahawa walaupun masuk universiti belum
tentu dapat kerja. Dahlia memberitahu
Njaib bahawa dia tidak ada pilihan lain. Najib melangkah ke tingkap, dia
melihat dua orang lelaki sedang menjalankan kerja ukur-mengukur. Najib bertanya
kepada siapa orang-orang itu, Dahlia pula mengatakan tapak tanah yang
didiaminya akan dijual. Dahlia tidak memberikan orang yang hendak menjual tanah
itu apabila ditanya oleh Najib. Lia tidak sanggup membuka pekung di dada. Najib
menanyakan harga tanah tetapi Lia tidak menjawab. Najib ingin tahu siapa
perempuan tua yang berada di situ, Dahlia memberitahu bahwa orang itu neneknya.
Najib ingn tahu pula sebab nenek Lia berada di situ, Dahlia memberitahu dia
tidak tahu. Najib meminta Dahlia memberitahu harganya, dia akan uruskannya.
Dahlia menggeleng, Najib seperti dirinya belum bekerja, tidak ada wang sebanyak
itu, kalau ada pun mesti pemberian ibu bapa Najib. Najib menanyakan sebab Lia
tidak mahu menerima pertolongan adakah takut Najib akan meminta balasan?
Sebuah kereta tiba-tiba menuju ke
halaman, Dahlia cuba mengecam tetamu yang datang, tiba-tiba jantungnya berdegup
kencang. Dahlia bingkas menuju ke anjung, Azhari sudah keluar dari kereta.
Azhari berasa hairan melihat kereta biru yang terletak bersebelahan keretanya
dan mengagak orang yang datang ke rumah Dahlia. Tujuannya datang untuk
berbicara dengan Dahlia sahaja nampaknya tidak kesampaian. Dahlia menjemput
Azhari naik ke rumah, Azhari bertanya tentang tetamu yang datang, Dahlia
memberitahu kawannya. Dahlia memperkenalkan Najib kepada Azhari. Azhari
musykil, sebab sekolah Lia sekolah perempuan, mengapa ada kawan lelaki. Azhari
berjabat tangan dengan Najib. Azhari bertanya beberapa soalan kepada Najib.
Najib memberitahu bahawa dia dari
Sekolah Tinggi Batu Pahat, kawan baik Lia, datang ke rumah Dahlia kerana Dahlia
sudah lama tidak ke sekolah. Dahlia berasa bimbang, dia berharap agar Najib
tidak berkata yang bukan-bukan sebab Azhari mudah prasangka. Najib pula
bertanya tentang Azhari. Azhari memberitahu bahawa dia dari Johor Bahru, rumahnya
di Parit Haji Sirat, hampir dengan Air Hitam.
Apabila Najib bertanya tentang hubungan Azhari dengan Dahlia. Azhari
bertanya semula, apakah hubungannya dengan Dahlia seraya memandang ke arah
Dahlia yang keberatan untuk duduk. Azhari bertanya kepada Lia apa yang harus
dikatakannya kepada Najib. Dahlia meminta diri untuk ke dapur,
segala-galanya semacam tak kena. Dia
memikirkan perkara yang dibincangkan oleh Azhari dan Najib. Di hati Lia, cuma
ada satu nama, tetapi sikapnya yang tidak berterus terang tentu boleh
mengeruhkan keadaan.
Nenek Lia memanggil Dahlia
seakan-akan tahu Lia berada di dapur. Nenek Lia mengatakan bahawa Lia hendak
menjadi orang yang tidak baik, lepas seorang lelaki, datang seorang lagi, kali
ini kedua-dua lelaki sekali ke rumahnya. Nenk Lia mengatakan bahawa itu memang
rancangan Dahlia menunggu orang tuanya tidak berada di rumah, mudahlah untuk
Lia berkelakuan seperti itu. Dahlia tidak sanggup memandang wajah neneknya.
Nenek Kiah terus mengatakan bahawa tidak semua cucunya baik, ada yang
menyedapkan hati, ada yang menyusahkan. Nek Kiah meminta Lia melihat
betul-betul 2 orang lelaki yang mengukur tanah. Nampaknya mereka sudah
bersetuju dengan harga yang ditawarkan, malah dikatakan murah. Nek Kiah
mengingatkan Dahlia bersiap awal. Pesan Nek Kiah kepada Dahlia agar ingat
kata-katanya dengan keras lalu beredar. Dahlia berasa tindakan neneknya sudah
keterlaluan, mereka darah daging Nek Kiah. Kalau bapanya ada, tentu mulut Nek
Kiah tidak selancang itu.
Tiba-tiba terdengar enjin kereta
berbunyi, Dahlia dapat mengecam itu kereta Azhari. Dahlia berasa hairan kerana
Azhari baru sampai sudah mahu balik, dia
cepat-cepat ke depan tetapi kereta Azhari sudah berlalu. Dahlia bertanya kepada
Najib perkara yang berlaku, sama ada mereka bergaduh? Najib menggeleng. Najib
memberitahu Azhari memberitahunya bahawa Dahlia bakal isterinya. Najib
berpendapat Azhari tidak boleh berkata begitu lalu memberitahu Azhari bahawa
dia sudah lama berkawan dengan Dahlia.
No comments:
Post a Comment