Bab 7 Berbudi
Berbalas Nista
Cerita
bermula dengan Embong kehairanan melihat anaknya Dahlia yang tidak menjawab
pertanyaan dan matanya merah dan sarat dengan esakan setelah balik dari rumah
Aton menziarahi mayat Said yang dibawa pulang dari hospital. Sekarang giliran
bapanya. Setelah meminta Lia menjaga Anggerik yang tidur Embong menyorong
basikalnya lalu dikayuh.
Said
sekelas dengan Melati di Sekolah Kebangsaan Jelutong di kampung sebelah. Embong
mengenang nasib Said yang masih kecil walaupun nakal tetapi mengapa mesti mati
di depan rumahnya dalam keadaan begitu tragis? Dirinya berpisah dengan isteri
tetapi masih ada harapan untuk gembira seperti dulu, tetapi Aton hanya
mempunyai Said seorang anak. Rumah Aton terletak 150m sahaja dari rumahnya. Di halaman
rumah sudah dibanjiri orang kampung, yang perempuan berpakaian puthi manakala
lelaki pula memakai baju biasa dengan bersongkok. Ada Melayu, apabila bertemu
perlu bersalaman. Adat Melayu juga, kesedihan seperti ini, ramai yang membisu. Mahu
bercakap pun jika ada perkara yang perlu sahaja. Embong naik ke rumah melihat
jenazah Said. Orang begitu ramai, jika ditunda takut jenazah akan dibawa ke
tanah perkuburan. Jadi, Embong masuk ke rumah papan tanpa cat, beratap rumbia,
Embong terdengar namanya disebut, hatinya menjadi resah, dia masuk ke ruang
dalam dan menanyakan Aton sebabnya. Aton memandang Embong dengan matanya
seakan-akan mahu terjojol keluar lalu menjerit bahawa anak Embong yang telah
membunuh anaknya Said. Kaum keluarga Aton memujuknya agar bersabar. Aton
meronta hendak membunuh Embong katanya, ada seorang lelaki menepuk bahu Embong
menyuruh Embong turun ke bawah rumah. Pada hemat Embong, lelaki itu abang Aton.
Embong menyedari kedatangannya tidak disenangi lalu bergerak turun. Embong masuk
dalam kelompok orang ramai di halaman di bawah pokok-pokok getah. Embong
tercegat di situ walaupun dia tidak sedap hatinya. Embong amat menyesal dirinya
dituduh merancang kematian Said.
Embong
memasang telinga ketika orang ramai bersembang tentang kematian Said. Mereka
mempersoalkan sebab Said mandi di depan rumah Embong dan Embong tidak berbuat
apa-apa. Ada yang kata pada masa itu Embong tiada di rumah, ada pula mengatakan
ada, ada pula yang mengatakan Lia yang menyelamatkan Said, ada yang menuduh Lia
lambat menyelamatkan Said, tercegat lama di tebing baru hendak menyelamatkan
Said seperti merancang kematian Said. Embong mahu menutup telinga setelah
mendengar kata-kata yang melampau itu.
Sejak
isterinya tidak betul, Embong turut ikut sama, terdengar gelak tawa. Ada suara
menyatakan Embong memang orang yang
lemah, apa yang dikatakan orang diterimanya, suara itu memintanya berkeras
sedikit, barulah orang tahu siapa dirinya. Kalau tidak, orang-orang itu akan
semakin berani. Embong menahan getar, dia tidak mahu kemunculannya disedari,
oleh sebab tidak mahu menimbulkan pergaduhan, dia segera meninggalkan tempat
itu.
Dalam
perjalanan pulang, dia bertembung dengan Tauke Lim yang bermotosikal Honda Cub
70cc menuju ke arahnya. Tauke Lim memberitahu bahawa rumah Embong tiada orang.
Embong memberitahu bahawa Dahlia ada di rumah, Tauke Lim memberitahu tiada
orang yang menjawab ketika dia memanggil. Tauke Lim juga memberitahu bahawa dia
mendengar khabar Dahlia yang menyelamatkan Said tetapi sudah nasib Said mahu
mati. Tauke Lim memuji Lia seorang yang berani kerana arus sungai deras. Tauke Lim
menerangkannya dengan bahasa Melayu yang petah kemudian mereka berpisah.
Embong
berfikir dalam hati, Dahlia tidak mendengar panggilan Tauke Lim mungkin
disebabkan dia masih menangis, kemungkinan Aton dan orang ramai mengata yang
bukan-bukan terhadap anaknya. Embong berpendapat bahawa tentu hati Lia
tersinggung kerana puas berkorban nyawa tiba-tiba dituduh menggadai nyawa orang
lain. Ketika sampai di rumah, basikalnya disandarkan pada tiang, baru pukul
10.25 pagi, kebetulan Dahlia ada di rumah, Embong berasa elok dia memetik buah
kelapa sawit, lalu menukar pakaian, meneguk air kopi pagi, lalu keluar semula.
Embong memberitahu Dahlia bahawa dia akan memetik buah kelapa sawit di Parit
Haji Kadir yang terletak 2km dari rumahnya. Mengikut rancangannya, sepagian
dihabiskan di rumah Aton, tetapi keadaan mengubah perancangannya. Sewaktu isterinya ada, dia akan menoreh di
sekitar rumah, sebelah petang baru memetik buah kelapa sawit. Kini, musim
hujan, yang boleh dibuat hanyalah bekerja di tempat orang. Kalau dia dapat
memetik sepikul buah kelapa sawit, separuh kepunyaan tuannya dan sebahagiannya
lagi kepunyaan pemetik dan upah lori yang mengangkut. Kerja ini dilakukakannya
2 minggu sekali, upahnya hampir RM 50 sekali petik tetapi dalam sebulan hanya 2
kali, tidak cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga. Oleh sebab itu Embong
mencari peluang bekerja di kebun-kebun lain.
Ingatan
embong bertumpu kepada Dahlia ketika mengayuh basikal di jalan tanah merah yang
berair. Petang semalam, sekembalinya daripada memetik buah, anaknya sedang memasak
dalam keadaan yang lemah. Hendak ditanya
tetapi Melati terlebih dahulu menceritakan Said sudah meninggal, Embong
terjelepok di lantai rumah, kemudian memandang Lia yang sedang sibuk di dapur. Pada
saat itu, hatinya berkata-kata bahawa
Lia sepatutnya menghabiskan masa dengan buku-buku pelajaran bukan kerja-kerja
dapur. Embong menguatkan semangat untuk bekerja keras agar anaknya tidak
kelaparan kerana orang hanya tahu bercakap, mencari kesalahan orang lain, hanya
tahu menambah-nambah cerita daripada seinci menjadi sedepa.
Basikalnya
diletakkan di bawah pokok kelapa sawit, penyodok diletakkan di bahu. Luas kebun
2 ekar. Dengan kurangkan rehat, Embong berharap dia dapat siapkan kerja pada
sebelah petang. Embong lebih suka mula bekerja dari sebelah belakang, kemudian
ke depan. Tiba-tiba dia terhenti sendiri, degup jantungnya bergerak kencang,
hidung terhidu sesuatu, cuping telingannya seakan-akan mendengar gemersik yang
aneh. Dia menoleh ke kiri, ke kanan dan ke belakang, rupa-rupanya ular sawa.
Ular sawa sebesar pahanya melingkari pokok kelapa sawit. Bukan kali pertama dia
berdepan dengan ular sawa, sewaktu masih muda, selalu benar dia membunuh ular
sawa tetapi tidak sebesar ini. Meskipun ular melilit saat itu tubuhnya masih
kuat. Embong membaca selawat ke atas
Nabi meminta kekuatan, lalu melangkah ke kiri perlahan-lahan mencari buluh
dengan memanjangkan leher. Yang ternampak hanya pelepah kelapa sawit. Jika buluh,
mudah membunuh, pelepah, belum pasti memberi kesan. Embong bergerak ke kebun
getah di sebelah, ada rumah di situ tetapi rumah itu sepi. Ada sebatang buluh
panjang dibuat ampaian, ingin meminta keizinan, tiada orang, dia mengambil
buluh kering itu menuju ke tempat ular itu melingkar. Sampai ke tempat yang
dituju, ular itu sudah tiada. Tanpa diduga, ular itu sudah bergantung pada
pokok lain, menjuntaikan kepala ke arahnya. Dia terjatuh, ular itu terus
menjatuhkan tubuh lalu menuju ke arah Embong, Embong panik.
No comments:
Post a Comment