Bab 10: Selamat Tinggal, Asrama Puteri!
Cerita bermula dengan
perbualan antara Dahlia dengan Cikgu Salwani berkenaan dengan masalah Dahlia
yang tinggal di asrama tetapi selalu balik ke rumah. Cikgu Salwani mengingatkan
Dahlia semasa dia memohon untuk tinggal di asrama, pelbagai alasan diberikan
antara tidak sanggup datang lewat kerana tinggal dan suasana pembelajaran di
asrama lebih selesa. Dahlia membiarkan Cikgu Salwani terus bercakap, dia tidak
mahu meluahkan masalah dirinya kerana dianggap membuka pekung di dada. Cikgu
Salwani terus bercakap dengan nada yang keras bahawa guru disiplin
mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh Cikgu Salwani dan mengatakan Cikgu
Salwani tidak pandai menjaga anak buahnya. Dahlia terkejut apabila Cikgu
Salwani memanggil namanya, guru perempuan yang menjangkau usia 30-an itu dulu
selalu mudah tersenyum tetapi kini bagai singa yang mahu menerkam. Pada saat itu, rakan-rakannya berada di dewan
makan, Dahlia terasa rakan-rakannya sungguh bahagia, saat kemesraan dengan rakan
semakin menjauh. Deringan loceng elektrik bergema, rakan-rakannya akan
meneruskan pelajaran, Dahlia juga ingin belajar, pelajaran yang tertinggal mahu
disambung semula.
Cikgu Salwani meminta
Dahlia jangan membuang masanya kerana dia ada kelas, meminta Dahlia
menceritakan masalahnya. Dahlia memberitahu Cikgu Salwani bahawa dia ada
masalah tetapi Cikgu Salwani pula mengatakan bahawa setiap orang mempunyai
masalah termasuk dirinya. Dahlia mengatakan bahawa masalah keluarganya berat,
ditanya berapa kilogram oleh Cikgu Salwani. Dahlia memberitahu bahawa ibunya
sakit, tiada orang menjaga adiknya. Sekali lagi dibalas oleh Cikgu Salwani
bahawa dengan mengetepikan pelajaran, Dahlia mahu sakit seperti ibunya.
Kata-kata Cikgu Salwani menimbulkan bibit-bibit kebencian di dada Dahlia. Cikgu
Salwani berasa sukar untuk menyelesaikan masalah Dahlia yang tidak mahu
meluahkan masalahnya. Cikgu Salwani meminta Dahlia berfikir sama sama hendak
tinggal di asrama atau tidak. Dahlia meminta untuk keluar dari asrama. Cikgu
Salwani terkejut, walaupun masalahnya akan selesai tetapi masalah Dahlia belum
tentu tamat. Baru Cikgu Salwani sedar kata-katanya terlalu mendesak, banyak
melukakan hati orang. Ilmu psikologi yang dipelajarinya semasa di universiti
tidak diaplikasi lalu meminta untuk berkongsi ceritanya. Dahlia menggeleng, dia
bangun memandang wajah Cikgu Salwani lalu berkata mulai hari itu dia tidak
tinggal di asrama lagi. Cikgu Salwani meminta Dahlia berfikir baik-baik kerana
STPM dalam masa 4 bulan sahaja. Dahlia menggeleng lalu membuka pintu dan
keluar. Hatinya ditabahkan agar air mata tidak bercucuran. Keputusan ini telah
lama difikirkannya, selain dapat menjaga Anggerik, dia dapat membantu
pembelajaran Melati dan Kiambang. Sebagai kakak, dia tidak boleh mementingkan
diri sendiri.
Setelah keluar dari
bilik Cikgu Salwani, Dahlia tidak tahu ke mana hendak ditujuinya, dia ingin
menenangkan fikirannya lalu melangkah ke perpustakaan. Masuk ke sahaja ke bilik
itu, dia menuju ke meja hujung, sesampai ke meja yang kosong, dia duduk untuk
mencari kedamaian. Pada masa itu, wajah emaknya terbayang, semalam Dahlia
mengeluarkan duit biasiswa, angan-angan mahu ke Johor Bahru petang ini.
Tiba-tiba Dahlia teringat akan surah al-Baqarah ayat 155-157. Dia tidak akan
menyerah segala-galanya kepada takdir, dia perlu berusaha, baru nasib akan
berubah. Kata-kata Bernard Shaw : pemimpin yang lemah akan membiarkan dirinya
dipengaruhi oleh keadaan, tetapi pemimpin yang berjiwa besar akan berusaha
mengubah keadaan. Dahlia juga terkenang beberapa orang pemimpin berjiwa besar
seperti Mahatma Ghandi, Nehru, Nasser, Tito dan Park Chung Hee.
Dahlia disergah oleh
Kavita dan memberitahu Dahlia bahawa Cikgu Hisyam hendak berjumpa dengan Dahlia
sekarang juga. Setelah menanyakan tempat, Dahlia ingin tahu tujuan Cikgu Hisyam
hendak berjumpa dengannya, adakah Cikgu Hisyam akan mengeluarkan kata-kata
seperti yang diluahkan oleh Cikgu Salwani? Dahlia sudah berdiri di depan pintu,
dia memberi salam lalu mengetuk pintu. Setelah salamnya disambut, Lia masuk,
Cikgu Hisyam sedang duduk di kerusi. Cikgu Hisyam meminta Lia jika tidak mahu
menganggap cikgu Hisyam sebagai guru kelas, menganggapnya sebagai abang, pak cik atau saudara sendiri. Cikgu
Hisyam memberitahu Kavita memberitahunya dia pernah ke rumah Dahlia, dia memuji
Kavita dan satu hari nanti dia akan berkunjung ke rumah Dahlia kerana mereka
bersaudara. Cikgu Hisyam faham masalah yang dihadapi oleh Dahlia berat tetapi
dia beranggapan Dahlia pelajar yang berpotensi mendapat kejayaan cemerlang
dalam STPM. Dahlia menahan air mata, Selasa-dia tidak datang ke sekolah kerana
adiknya sakit ditambah dirinya lemah merdah arus sungai untuk menyelamatkan
Said, semalam pula dia menghantar Anggerik ke klinik untuk kali kedua kerana
masa sudah ditetapkan oleh doktor. Cikgu Hisyam menerangkan bahawa masalah jika
dipendamkan akan menjadi nanah lalu menyeksa diri sendiri. Dahlia hanya
menggeleng. Cikgu Hisyam mengerti masalah yang dihadapi oleh Dahlia amat berat
dan mungkin terlalu peribadi untuk diceritakan. Cikgu Hisyam mahu Dahlia berjanji
bahawa masalah yang dihadapinya tidak akan mengganggu pelajarannya. Dahlia
mengangguk, adakah masalah yang dihadapinya boleh diselesaikannya, bolehkah dia
menumpukan semula perhatiannya pada pelajaran?
No comments:
Post a Comment