Sunday, December 20, 2015

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Bab 24: Runtuhnya Tembok Kesombongan

Cerita bermula dengan Dahlia menjaga neneknya yang sakit. Dahlia mengangkat badan neneknya supaya neneknya dapat duduk dan makan. Nek Kiah meminta Lia menghantarnya balik kalau dia sudah sihat. Dahlia memujuk Nek Kiah agar tinggal di rumahnya kerana kalau dia tiada, bapanya ada, emaknya ada, kalau emak sibuk, Melati dan Kiambang ada, Abu Bakar pun boleh menjaga nenek. Kata-kata cukup memukul hatinya, di mana cucu-cucu yang disayanginya, mengapa cucu-cucu yang ini lebih mendekatinya? Nek berasa kesal, dia hendak meluahkan rasa terima kasih tetapi terasa berat. Dahlia meminta Nek Kiah terus tinggal bersama mereka walaupun sudah sihat. Dua hari tinggal di hospital, Nek Kiah hanya ditemani oleh cucu-cucunya, anak Saleha. Hal ini cukup menyedarkan Nek Kiah, Seman tidak kelihatan .
Hujan sejak semalam tidak berhenti-henti mencurah, tidak pernah hujan selebat itu. Embong mengatakan bahawa nampaknya banjir akan berlaku. Halaman rumahnya sudah dinaiki air setinggi 0.5 meter. Saleha bangun berjalan lambat menuju emaknya, disuruhnya Dahlia membaca buku, dia akan menyuap Nek Kiah. Dahlia ke dapur, buat apa-apa yang patut. Saleha meminta ibunya makan, Nek Kiah berkata bahawa dia malu dengan anak-anak Saleha, mereka baik terhadapnya, dia pula…Nek Kiah berasa malu. Saleha meminta ibunya jangan berfikir tentang hal itu, anak-anaknya juga darah daging Nek Kiah. Nek Kiah meminta Saleha jangan mengungkit kisah lama, sekarang dia sudah tahu yang mana intan, yang mana permata.
Angin menderu memasuki tingkap yang terbuka, Melati cepat-cepat menutupnya. Embong mundar-mandir melindungi keresahannya, kalau banjir, ke mana mereka hendak tinggal kerana kawasan rumahnya yang tinggi pun ditenggelami air. Abu Bakar yang disuruh ke kedai membeli beras pulang dalam keadaa basah kuyup, ditanya Embong mana berasnya, Abu Bakar memberitahu bahawa dia tidak dapat ke kedai kerana jambatan dihanyut dan memberitahu banyak orang mengangkat barang ke balai raya. Ada yang berkumpul di surau dan mereka mesti berpindah. Abu Bakar meminta ahli keluargnya tidak membuang masa, mengemas apa-apa barang yang penting. Segala dilakukan dengan cepat, barang-barang penting dibungkus. Abu Bakar mengatakan bot sedang mengangkut orang lain nanti akan ke rumah mereka. Anggerik menangis kehairanan melihat keadaan ribut seperti it. Tiba-tiba bunyi “Krapp”, tiang dapur patah, secara perlahan-lahan dapur yang beratap rumbia rebah. Embong memastikan semuanya, Dahlia, Abu Bakar, Mawar dan Anggerik ada, Di kiri Saleha, dan Nek Kiah ada, di mana Kiambang? Embong dan Bakar segera menolak kayu dapur yang sudah rebah dan menguis apat untuk mencari Kiambang. Tiada. Saleha menjerit memanggil Kiambang. Abu Bakar memegang kayu beluti dan menarik kayu itu, timbul kehairanan di hatiya kerana kayu itu lembut, tanpa berlengah , kayu yang menindih tubuh adiknya diangkat. Embong turut membantu, Kiambang dibawa ke atas, badannya lemah, mukanya lebam. Embong memberitahu Saleha Kiambang selamat . Air semakin tinggi, bot yang ditunggu tidak muncul. Kalau diikutkan hati, mereka mahu meredah air tetapi dalam keadaan air memenuhi bumi, mereka tidak tahu yang mana jalan, yang mana sungai, yang mana lubang , semuanya kelihatan sama sahaja. Melati memberitahu bahawa air semakin banyak, semua gelisah, bimbang, adakah mereka perlu memanjat bumbung? Mereka mampu tetapi Nek Kiah macam mana? Embong yang tidak senang duduk, berdiri juga tidak senang bertanya sekali lagi kepada Abu Bakar betulkah bot akan datang. Abu Bakar menerangkan bahawa orang kampung yang memberitahunya tetapi tidak ingat siapa orangnya. Embong menggeleng, pada saat itu bersoal jawab panjang tidak mendatangkan faedah.
Tiba-tiba terdengar deruan yang begitu kuat, Melati menjerit bot! bot!. Embong berteriak meminta menaikkan Nek Kiah dulu. Dua pusat pemindahan disediakan, iaitu balai raya dan surau. Penduduk kawasan depan ditempatkan di balai raya manakala penduduk sebelah dalam ditempatkan di surau. Balai raya Cuma 50X20meter bukan besar untuk menampung penduduk hampir 150 orang. Untuk pertama kalinya mereka menghadapi hari-hari tanpa bekalan elektrik, tanpa peti televisyen, tiada tilam yang empuk, dan makanan bersaji. Ramai yang merungut tetapi ada yang berserah kepada ketentuan Tuhan. Pernah berlaku banjir pada 1972 di kampung itu tetapi tidak sedahsyat banjir kali ini. Dahlia kesal mendengar rungutan, keluhan penduduk. Mereka sudah berusia, pernah menghadapi zaman pendudukan Jepun, sepatutnya dugaan seperti ini menjadikan manusia lebih dekat kepada-Nya dan lebih insaf.
Dahlia membantu orang kampung memasak, ibunya juga, kalau di rumah, Dahlia tidak mahu ibunya bekerja kerana badannya masih lemah tetapi di balai raya ini, ramai yang berat tulang, lebih suka bercakap. Tiba-tiba Haji Sulaiman mengatakan bahwa bagusnya banjir yang berlaku. Dahlia kehairanan. Hj Sulaiman memberitahu bahawa biar air cuci segala kekotoran kampung itu. Dahlia tidak faham maksud Hj Sulaiman. Haji Sulaiman tersengih, memerhatikan orang kampung yang bersama-sama memasak, orang lain akan membantu jika orang yang bekerja memulakan sesuatu kerja, seperti sudah berpakat pula, kerja yang tidak seberapa diagih-agihkan. Haji Sulaiman memberitahu bahawa selepas air surut, Dahlia akan tahu, Haji Sulaiman mahu orang kampung menjadi orang Melayu semula. Dahlia semakin tidak faham, apakah mereka bukan orang Melayu?

No comments:

Post a Comment