Bab
18: Budi Tanpa Mengira Warna Kulit
Cerita bermula dengan Dahlia membawa
Anggerik ke hospital untuk berjumpa dengan bapanya. Dalam perjalanan, Dahlia
memikirkan nasib keluarganya yang dipaksa berpindah. Dahlia melihat keadaan
kampungnya, tempat dia dilahirkan dan menyimpan hajat untuk mengubah keadaan
kampungnya, tetapi jika dia meninggalkan sekolah, adakah impiannya akan
tercapai? Dahlia memikirkan penyakit emaknya yang tidak diketahui bila akan
sembuh, bapanya yang belum dapat keluar dari hospital, kalau keluar daripada
hospital pun tidak dapat terus bekerja, siapa yang akan membiayai makan minum
serta perbelanjaan harian? Malahan bagaimana hendak menyediakan wang sebanyak
RM 15,000 yang diinginkan oleh neneknya.
Dahlia tidak sampai melihat adiknya
yang jalan terkial-kial lalu didukungnya. Dahlia tidak tahu sama ada hendak
berhenti atau bersekolah. Dahlia mahu bersekolah, mahu meraih kejayaan, mahu
membuktikan anak kampung juga boleh berjaya ke menara gading. Sebagai anak
sulung, wajar dia menjadi contoh, jika dia tidak memulakannya, siapa lagi?
Dahlia juga memikirkan jika berhenti sekolah, tidak bolehkah dia belajar? Apa
yang penting keinginan, jika semangat kuat dengan keadaan serba kekurangan pun
boleh meraih kejayaan. Dahlia mengeluh, dia amat sayang akan alam persekolahan.
Kalau dia berhenti, kemudian bekerja dan belajar sendiri tentu akan
memeranjatkan kawan-kawannya.
Di pondok bas, Dahlia duduk di
kerusi panjang mengharapkan bas cepat sampai, boleh cepat menemui bapanya dan
meredakan kerinduan adiknya. Dahlia memerlukan wang, wang perlu untuk hidup, di
manakah dia boleh mendapatkan longgokan wang jika tidak berusaha dari sekarang?
Bangunan kilang di depan matanya seakan-akan menunggu kedatangannya. Politeknik
Batu Pahat tetap di situ. Dahlia dapat merasakan pembangunan semakin pesat,
tetapi nasibnya terus begitu.
Kereta bertali arus di jalan raya,
satu suara bertanya kepada Dahlia apa yang dilakukannya. Dahlia menoleh, Tauke
Lim bertanya sama ada Dahlia pergi melawat bapanya, Dahlia mengangguk. Tauke
Lim yang kedai runcitnya di depan, melangkah ke pondok dan menyatakan Nek Kiah
ada datang ke rumah Dahlia. Dahlia terdiam, itu hal keluarga,mengapa orang lain
perlu tahu. Persoalan timbul dalam fikiran Dahlia bagaimana Tauke Lim tahu
tentang hal itu padahal semasa kedatangan neneknya semalam, tiada sesiapa yang
tahu. Tauke Lim menanyakan Dahlia tempat
yang akan didiaminya nanti dan mengatakan bahawa berpindah-randah bukan
perkara baik, Tauke Lim menerangkan bahawa dia suka berpindah tetapi berpindah
untuk mencari peluang perniagaan. Dahlia tidak faham maksud Tauke Lim. Tauke
Lim memberitahu bahawa bukankah Dahlia sudah bersetuju untuk menjual tanah?
Dahlia memberitahu Tauke Lim perkara itu karut. Pada masa itu bas menuju ke
Bandar Penggaran tiba, disebabkan asyik
bersembang, Dahlia pula untuk menahan bas itu. Tauke Lim menerangkan bahawa
bapa Dahlia kawan baiknya seperti adik-beradik, kalau Dahlia menghadapi masalah
tidak perlu berahsia, hidup mereka perlu bagai aur dengan tebing. Tauke Lim
memberitahu bahawa bapa Dahlia ke kampung ini bersama-sama Tauke Lim dari
Melaka, dia berniaga, Embong pula bekerja di estet. Estet itu sudah didirikan
kilang. Tauke Lim dan Embong bagai saudara, susah senang tanggung bersama, jadi
Dahlia tidak perlu berahsia dengannya. Dahlia bersetuju dengan kata-kata Tauke
Lim yang fasih berbahasa Melayu. Dahlia berpendapat orang memang suka mendengar
cerita, mengetawakan lebih banyak, tetapi yang sudah menolong, tiada. Ada suara
memberitahunya mungkin ada orang yang sudi menolong seperti Tauke Lim. Dahlia
memberitahu bahawa Tauke Lim tidak tahu nasib keluarganya. Tauke Lim pula
mengatakan bahawa silapnya Dahlia bersetuju untuk berpindah.Dahlia
menafikannya, lalu mengatakan Nek Kiah mendesak, tetapi dia diam sahaja. Tauke
Lim berkata rupa-rupanya Seman yang membuat hal dari dulu sampai sekarang, tak
habis-habis. Tauke Lim memberitahu Dahlia bahawa Seman datang berjumpa dengan
semalam. Tauke Lim memberitahu Dahlia bahawa Seman ingin menjual tanah, Tauke
Lim berasa hairan kerana keluarga Dahlia tinggal di situ, Seman memberitahu
bahawa Lia sanggup berpindah. Seman ingin jual tanah itu dengan harga yang
cukup murah iaitu RM 10,000. Dahlia berasa hairan kerana neneknya memberitahu
dia hendak menjual tanah itu dengan harga RM 15,000. Tauke Lim berasa hairan
dan pelik kerana Seman sekeluarga dengan Dahlia tetapi bermusuhan. Sepatutnya adik-beradik yang membantu, Seman
pula tidak membuat malah mengambil kesempatan. Tauke Lim mengeluh orang seperti
Seman itu wujud dan memberitahu bahawa Seman banyak berhutang. Tauke Lim
memberitahu bahawa dia tidak tahu melihat orang dianiaya, Nek Kiah bukan tidak
cukup duit, semasa membeli barang di kedai Tauke Lim, Nek Kiah membayar dengan
duit RM 100, pasti telah dihasut oleh Seman.
Tauke Lim menanyakan Dahlia apa yang
akan dilakukannya sekarang. Lia memberitahu bahawa dia tidak tahu tetapi
berfikir dengan bekerja di kilang untuk mencari duit. Tauke Lim mempersoalkan
duit yang akan diperoleh Dahlia dengan bekerja di kilang, bagaimana pula dengan
persekolahannya? Dahlia sepi lalu menyatakan bahawa dia mahu banyak meminta
daripada orang lain, tidak mahu menyusahkan sesiapa. Tauke Lim menyuruh tidak
perlu fikir tentang duit yang diminta oleh neneknya, dia akan berbincang dengan
Embong, dia akan cuba menolong, tetapi Dahlia perlu menolongnya. Dahlia
tersentak, budi yang ditabur masakan meminta balasan. Dia berharap Tauke Lim
jangan meminta lebih daripada sepatutnya. Tauke Lim mengatakan bahawa anaknya
Ann, akan mengambil peperiksaan, tetapi karangan bahasa Melayunya tidak begitu
baik masih ada gaya orang Cina bercakap, Tauke Lim mahu karangan anaknya ada
peribahasa, mutiara kata, atau kata-kata hikmat, barulah karangan itu sedap
dibaca. Dahlia tersenyum. Tauke Lim menyambung pula bahawa dia yang tidak bersekolah
tinggi boleh menulis lebih baik daripada anaknya. Pada pendapat
Tauke Lim mungkin di sekolah Ann bercampur dengan orang Cina sahaja, tidak mahu
bercampur dengan kaum lain dan ingin tahu sama ada Dahlia bersetuju untuk
mengajar Ann.Dahlia memberitahu tidak menjadi masalah, dia akan berbincang
dengan Ann. Tauke Lim mengangguk kegirangan. Baginya duit boleh dicari tetapi
peluang untuk anaknya merebut kecemerlangan dalam peperiksaan tidak mudah
diperoleh. Orang Cina yang sudah menjadi rakyat Malaysia, patut mendapat A
dalam Bahasa Melayu, bukan sekadar cukup makan, itu cara Tauke Lim berfikir.
Sebuah motosikal masuk ke kampung.
Penunggangnya membawa motosikal dengan gaya menunduk, dia memulas tali minyak
kerana mahu motosikal bergerak selaju mungkin. Debu berterbangan. Tauke Lim
bertanya kepada Dahlia penunggangnya Bakar? Dahlia mengagguk. Kata Tauke Lim,
Bakar contoh anak tak guna, dia malu hendak tengok muka Bakar. Walaupun
keluarganya susah, dia buat bodoh sahaja. Belajar sekerat jalan, tidak mahu
bekerja. Dahlia memberitahu Tauke Lim bahawa dia sudah puas menasihati adiknya.
Tauke Lim memberitahu Dahlia bahawa dia juga sudah puas menasihati Bakar, kalau
Bakar mahu mencari duit, tolong jaga kedai Tauke Lim, nanti dia membayar gaji.
Sebuah kereta Honda Civic tiba-tiba berhenti, seorang penumpang menoleh ke arah
Dahlia, Cikgu Hisyam yang datang.
No comments:
Post a Comment