Thursday, June 10, 2010

PTK JUN 2010

Kali terakhir menghafal soalan PTK ini, tahun depan tak layak nak ambil lagi. So, kepada yang mengambil PTK selamat berjaya. Berikut antara soalan yang masih diingati:

1. Seorang guru menjalankan tugasnya dalam tempoh masa yang ditetapkan, apakah nilai dalam Tonggak Dua Belas yang diamalakan oleh guru tersebut? Menghargai Masa
2. Dalam satu majlis, 4 orang tetamu khas diundang, anda dikehendaki menyusun kerusi di atas pentas, berapa buah kerusi yang patut disediakan di atas pentas?
3. Tindakan tatatertib yang tidak melibatkan buang kerja atau gantung kerja dipengerusikan oleh siapa?
4. Seorang penjawat awam disahkan mendapat penyakit kronik, mendapat rawatan dan dinasihatkan berehat selama 6 bulan, apakah cuti yang boleh dipohon?
5. Elaun gantian tetap boleh dipohon jika menggunakan kereta sendiri jika perjalanan sejauh lebih 240km dengan ada penerbangan terus.
6. Matlamat KPI dilaksanakan dalam sektor awam bertujuan untuk? mengurangkan birokrasi / membanteras rasuah, salah guna kuasa?
7. Cuti rehat khas atau cuti rehat yang boleh dikumpulkan untuk golden handshake? 120 hari
8. Pegawai DG44 menggunakan kenderaan sendiri ke mesyuarat 50km dari pejabat, bertolak pada jam 8pagi dan balik ke pejabat pada hari yang sama jam 5pm, apakah elaun yang boleh dituntut? elaun hari dan elaun perjalanan
9. En. Edward berkhidmat selama 5 bulan memohon cuti tanpa gaji 30 hari, Ketua Jabatan boleh luluskan berapa hari cuti tanpa gaji? 5 hari/ 10hari/15 hari/tak layak
10. Semasa mesyuarat PIBG, setiausaha tiba-tiba jatuh sakit, dan penolong setiausaha tidak hadir, siapa yang akan menggantikan tugas setiausaha? Bendahari PIBG/ Timbalan YDP / Salah seorang AJK Guru / Salah seorang AJK Ibu bapa

No comments:

Post a Comment