Thursday, May 5, 2011

Binaa Plot Novel Merdeka! Merdeka!

Binaan plot Novel Merdeka Merdeka

Novel yang saya kaji ialah novel Merdeka, Merdeka. Plot novel ini disusun secara kronologi. Plot bermula dengan pengarang memperkenalkan watak utama iaitu Kudin dan Kampung Teras Jernang yang sering diserang oleh pengganas,
Cerita berkembang apabila Kudin terpilih untuk mewakili angkatan muda ke Majlis Perhimpunan Agung di Kuala Lumpur. Dia diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis tersebut
Perumitan cerita berlaku apabila ayah Kudin, Pak Awang diugut supaya meninggalkan persatuannya dan kejadian Bustam yang diculik oleh pengganas.
Plot mencapai klimaks apabila Malayan Union dibubarkan. Dato Onn berjaya memujuk raja-raja Melayu supaya menentang Malayan Union dalam perhimpunan agung. Kudin turut menyaksikan kegagalan upacara perasmian Malayan Union.
Plot berakhir apabila Dato Onn mengingatkan orang-orang Melayu bahawa perjuangan mereka belum selesai. Beliau menyeru supaya semua orang bersatu padu untuk menentang penjajah British

No comments:

Post a Comment