Memang zaman dah moden, negara dah maju. Dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, nampak sekumpulan pelajar rempit mempertunjukkan kehebatan atau kejahilan mereka menunggang motosikal di jalan raya.
Dulu, kenderaan tidak banyak. Kenderaan digunakan untuk memudahkan kerja kita, jadi kita cukup sayang dan jaga kenderaan yang kita ada kerana kenderaan ini penting dalam menyaji sesuap nasi di atas meja. Itu dulu.............dikatakan......masa itu, muda-mudi jarang ada peluang untuk menggunakan kenderaan ini. Anak-anak tahu juga kenderaan penting untuk keluarga dan perlu dijaga.
Kini, Sekarang, Pada Masa ini, kenderaan sudah banyak, murah pulak tu (mungkin tidak murah tapi mampu dimiliki oleh orang kebanyakan). Kenderaan ini sudah bertukar tugas dan fungsinya. Kini, kenderaan ini menjadi alat permainan muda-muda, bukan ditunggang untuk memudahkan mereka ke sekolah sebab ibu bapa sibuk bekerja. Anak muda mengaggap kenderaan ini alat permainan mereka, oleh itu, ditanggalkannya, dipasang peralatan baru supaya nampak "cool". Ditunggang dengan pelbagai aksi dan gaya, kalahkan superman, ultraman, batman, .......
Apakah betul dunia dah moden, negara dah maju?
No comments:
Post a Comment