Friday, September 9, 2011

Koleksi Soalan Novel PMR 2011

Pelajar 3U, anda hanya perlu salin tajuk dan jawapan:

Soalan Percubaan BM PMR 2011 Negeri Kedah

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 atau Tingkatan 3.
(i) Tragedi Empat Disember karya Dzul Karnain Ithnin
(ii) Pahlawan Pasir Salak karya Mohd Ismail Sarbini
(iii) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin
(iv) Kapten Hassan Wira Bangsa karya Harun Johari
(v) Panas Salju karya Talib Samad
(vi) Merdeka! Merdeka! Karya A.Rahman Hanafiah
(vii) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh
(viii) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznah Nordin

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan tiga pengajaran dan contoh peristiwa yang terdapat dalam novel tersebut.



Contoh Jawapan:


Bahagian D
Novel Kapten Hassan Wira Bangsa
Pengajaran :   Kita hendaklah sentiasa tenang dan berwaspada terhadap musuh
Contoh       :  Walaupun Hassan mencurigai tingkah laku Ah Moi, tetapi beliau mengambil sikap tenang.
Pengajaran : Kita hendaklah mempunyai sikap kasih sayang terhadap keluarga.
Contoh       : Kapten Hassan merupakan seorang suami yang baik, setia, penyayang dan menjaga kerukunan serta keharmonian rumah tangga.
Pengajaran   : Kita hendaklah taat akan perintah agama
Contoh :        Kapten Hassan merupakan anggota tentera yang taat melakukan amal ibadat.

Novel Merdeka! Merdeka !
Pengajaran :Rakyat hendaklah mementingkan tanah air sendiri daripada kesenangan peribadi.
Contoh       : Pak Awang meletakkan jawatan sebagai kerani rendah kerana tidak mahu bersubahat dan menjada tali barut pihak Inggeris
Pengajaran   :Kita hendaklah memiliki semangat bantu-membantu sesama sendiri.
Contoh         :Penduduk Kampung Teras Jernang bertindak menghulurkan bantuan untuk Persatuan Pahlawan Kemerdekaan bagi membolehkan wakil mereka ke Kuala Lumpur.
Pengajaran:Kita hendaklah sabar dalam menghadapi sebarang dugaan yang menimpa.
Contoh  :Kudin sabar menerima kematian ayahnya, Pak Awang yang mati dibunuh pengganas komunis dan tetap meneruskan ucapannya.

Terima mana-mana isi lain yang sesuai atau logik.

3 comments:

  1. panas Salju?Atau Panas Salji?

    ReplyDelete
  2. Panas Salju atau panas Salji??

    ReplyDelete
  3. mengapa tanya tentang panas salju atau panas salji?Panas Salju

    ReplyDelete