Monday, August 3, 2009

Proposal kajian versi 2 Ogos 2009

Rupa-rupanya, saya juga melakukan kesilapan yang biasa pelajar saya lakukan semasa menulis karangan. Proposal kajian saya ini telah banyak kali diubah suai, dibaiki. Draf demi draf dihasilkan namun masih terdapat banyak kesilapan dari segi kohesif and koheren, kesilapan menaip juga tidak terkecuali. Ini versi yang terakhir saya ubahsuai. Lepas ni, nak beri tumpuan kepada Peperiksaan PTK DG44 yang akan diadakan hujung bulan ini.

Bab 1 Pengenalan

1.1 PENDAHULUAN

Penulisan merupakan satu-satunya kaedah komunikasi yang digunakan sebelum perkembangan teknologi dan alat komunikasi seperti telefon pada 1875 dan radio pada 1901 apatah lagi komputer dan internet pada masa kini. Walaupun kita mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di dunia ini melalui sidang video yang membolehkan kita nampak pendengar kita, penulisan masih merupakan medium komunikasi yang penting. Sesuatu urusan atau urus niaga yang telah dipersetujui melalui perbualan telefon atau melalui sidang video masih perlu disahkan melalui penulisan tentang apa yang telah dipersetujui untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham. Sama ada kita menulis dengan pen dan kertas atau menggunakan papan kekunci komputer, mesin taip atau media elektronik yang lain, penulisan adalah sebagai rekod, bukti dan pengesahan tentang apa yang telah diucapkan, ditulis dan dipersetujui. Oleh itu, seseorang itu perlu menguasai kemahiran menulis agar dapat berkomunikasi dalam bentuk teks dengan tepat, jelas dan berkesan

Perkembangan teknologi Web 2.0 menyediakan platform yang pelbagai untuk sesiapa sahaja berkomunikasi dalam bentuk penulisan dengan menggunakan aplikasi Web 2.0. Oleh sebab itu, kita perlu memiliki pelbagai literasi iaitu pelbagai kemahiran dalam menggunakan teknologi ini dalam kehidupan seharian. Teknologi web 2.0 ini juga menpengaruhi dan mengubah cara penggunaan laman web oleh pengguna. Perkongsian dan komunikasi antara pengguna web menjadi mudah dan efisien. Seperti kata John Thompson “if Web 1.0 was a read-only medium, today’s Web 2.0 is read/write. Teknologi web 2.0 telah menyediakan dan meningkatkan perkongsian, kolaborasi dan komunikasi pengguna web. Perkembangan teknologi Web 2.0 juga memberi impak dan mempengaruhi dunia pendidikan seperti kata Bartlett (2005) bahawa “education may not be a location anymore – it will be an activity –discretely embedded in the lifestyles of our learners”.

Oleh sebab itu, para pendidik tidak boleh ketinggalan dalam mengaplikasikan dan mengintegrasikan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kim Estes, seorang pakar teknologi intruksional di Burleson, Texas mengatakan bahawa Web 2.0 mengalihkan fokus kerja bersendirian kepada usaha kolaborasi, daripada pembelajaran secara individu kepada pengetahuan kolektif, daripada penerimaan secara pasif kepada penciptaan secara kreatif. Dengan teknologi web 2.0, pengguna internet tidak lagi menjadi pengguna yang pasif seperti mendapatkan maklumat dan membaca berita di laman web. Pengguna internet boleh menjadi penyumbang dan berkolaborasi dengan komuniti dalam internet yang luas dan tanpa sempadan. .

Kathleen(2004) dalam artikel bertajuk Using Multiple Technologies to Teach Writing mengatakan bahawa :

Computer technologies can enhance student writing in ways beyond, or even unrelated to, a given product’s intended purpose—not least by drawing reluctant students into writing through the lure of a medium considered fun and ‘cool”.

Weblog atau singkatannya Blog merupakan suatu bentuk jurnal yang kerap dikemaskini oleh penulis blog dengan tujuan tertentu. Blog merupakan salah satu produk hasil daripada perkembangan teknologi Web 2.0. Blog semakin popular dan mendapat perhatian daripada pengguna internet. Terdapat pelbagai jenis blog yang ada dalam laman web antaranya blog peribadi, blog komersial, blog persoalan, vlog(blog video), linklog(blog pautan), photoblog(blog gambar), moblog(blogs mobile), blog politik, blog percutian, blog fesyen, dan banyak lagi. Masing-masing dengan cirinya yang tertentu. Apa yang menjadikan pembinaan blog begitu menarik adalah pengguna boleh membinanya tanpa perlu membuat bayaran jika menggunakan perkhidmatan perisian pembinaan blog yang percuma yang dihoskan oleh beberapa buah syarikat perisian blog di internet seperti Blogger.com, LiveJournal, MySpace, WordPress.com dan lain-lain lagi.

Snider (2007) menakrifkan blog atau weblog seperti berikut:

Weblogs are independent Web sites usually operated by a single person or by a small group of people. They serve as frequently updated forums to discuss whatever the blogger wants to discuss. Unmonitored, each blogger is author, editor and publisher, beholden solely to his or her own whims and desires.

Weblog atau blog merupakan laman jurnal peribadi atau laman yang mudah dibina dengan menggunakan antaramuka grafik pengguna atau GUI (Graphical User Interface) yang disediakan dalam perisian blog tanpa mempunyai sebarang pengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan dan kepakaran teknikal. Menurut Blood (2002b:12) Weblog paling tepat didefinisikan sebagai “satu laman web yang kerap dikemaskini, dengan bahan baharu diposkan pada bahagian atas laman. Theresa Ross Embrey (2002) dalam Teacher Librarian Disember 2002 mendefinisikan Weblog adalah penggabungan antara sebuah diari, laman web dan komuniti dalam talian. Weblog atau secara singkat blog bermula sebagai laman web yang menyenaraikan pautan pada nota kaki sesuatu laman web ke laman web yang lain yang mengandungi kandungan yang menarik, melucukan, menimbulkan rasa ingin tahu, dan atau secara umumnya kandungan yang menakjubkan oleh penerbit blogs (Lankshear & Knobel, 2003). Ciri umum sebuah laman blog adalah mengandungi “satu laman utama yang diakses oleh masyarakat dunia, disusun dalam bentuk kedudukan kronologi yang terbalik, mengandungi pautan ke blog atau laman web, dan ditulis oleh seorang penulis.” (Holtz, 2006). Secara teknikal, blog juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kandungan atau singkatannya CMS (Content Management Systems). Sebagai CMS, blog membenarkan penulis menerbitkan dan menguruskan kandungan pada laman tertentu tanpa keperluan untuk berdepan dengan kod program (Tan, 2008).

Teknologi Web 2.0 merupakan teknologi terkini dan penting untuk dikuasai oleh para pendidik agar dapat menggunakan teknologi ini dan memahami kesan teknologi ini terhadap masyarakat dan masa depan pelajar kita. Tinjauan yang dibuat pada tahun 2006 oleh PEW Internet & America Life Project mendapati makin banyak remaja membina blog berbanding dengan tinjauan yang dibuat pada 2004. 59% remaja yang melayari internet setiap hari membaca blog berbanding dengan hanya 39% remaja melayari intenet beberapa kali seminggu. 40% remaja berumur 12-14 membaca blog dan 58% remaja berumur 15-17 adalah pembaca blog. Memandangkan makin banyak remaja yang menggunakan blog, blog wajar diaplikasikan dan diintegrasikan proses pengajaran dan pembelajaran.

Penggunaan dan pengintegrasian blog dalam pendidikan di negara kita masih baharu dan kesan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dikaji secara mendalam. Salah satu potensi penggunaan blog dalam pendidikan adalah kelebihannya menjadi medium komunikasi antara guru dengan murid di dalam dan di luar bilik darjah. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang yakin apabila perlu berucap di khalayak ramai peluang menyuarakan pendapat tanpa rasa segan dalam blog melalui penulisan ataupun podcasts.

Menurut Clyde (2005) Weblogs have a number of applications in education, and particularly in the school context. There are a number of authoritative educational weblogs that can be used as sources of information and provide professional development material for teachers.

Pembangunan blog dengan menggunakan perkhidmatan percuma yang ditawarkan boleh dimanfaatkan oleh guru untuk mengasah dan melatih pelajar menulis untuk tujuan memenuhi keperluan sosial yang lebih luas daripada memfokuskan topik tertentu dan yang berkaitan untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata. Walaupun blog telah banyak digunakan untuk tujuan pendidikan di negara Barat, keberkesanannya untuk digunakan dalam sistem pendidikan di negara masih perlu diteroka dan diuji.

Jelaslah bahawa blog merupakan satu platform, satu alat, dan satu medium yang boleh diaplikasi dan diintegrasikan dalam dunia pendidikan. Sebagai platform, blog boleh digunakan oleh pendidik untuk membina satu ruang dalam laman web untuk pelajar-pelajarnya menghantar kerja rumah mereka, tugasan dan hasil penulisan mereka. Di samping itu, blog dapat memuatkan dan membina satu portfolio hasil penulisan pelajar. Hal ini membolehkan pelajar melihat dan menilai sendiri kemajuan dan pencapaian mereka setelah satu tempoh masa yang tertentu. Sebagai alat, blog boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Guru dapat membantu pelajar dengan menyediakan pautan laman-laman yang berguna dan yang dapat membantu pelajar dalam pembelajaran. Sebagai medium, blog digunakan untuk membolehkan interaksi, komunikasi dan kolaborasi antara guru dengan pelajar malah dengan pengguna internet di seluruh dunia.

Blog mempunyai beberapa aplikasi yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan dan khususnya dalam konteks sekolah (Clyde, 2005). Pendidik agak lambat mengintegrasikan blog dalam bidang pendidikan atas beberapa sebab. Namun, disebabkan semakin ramai pengguna internet membina blog, semakin ramailah guru dan sekolah mula mencuba teknologi ini untuk berkomunkasi dengan pelajar dan ibu bapa (Richardson, 2004).

Wiley dan Martindale (2005) mengatakan bahawa blog dalam instruksi akan memberi pelajar peluang yang tidak pernah wujud dahulu. Kemahiran khusus tidak diperlukan untuk membina laman web dalam blog, hal ini menggalakkan orang ramai di mana-mana sahaja untuk menghasilkan kandungan dalam talian seperti yang dinyatakan oleh Maloney (2007).

Read (2006) menjelaskan bahawa motivasi memupuk minat yang bertukar menjadikan pengalaman bertulis secara efektif. Dalam kajiannya, Read telah menganalisis 6 blog remaja dengan menggunakan Hierarki Keperluan Maslow. Beliau menyatakan bahawa dengan menganalisis 6 laman blog remaja, beliau mendapati bahawa proses penulisan dalam blog membantu pelajar menjadi penulis dan meningkatkan kemahiran teknologi mereka, terutama kepada mereka yang memang berasa keberatan untuk menulis.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Semua orang mempunyai keupayaan untuk menulis. Kemahiran menulis boleh diajar dan guru dapat membantu pelajar menjadi penulis yang lebih baik. Pada tahun 1987, Kementerian Pelajaran memperkenalkan KBSM. KBSM Bahasa Melayu memberi tumpuan pada empat kemahiran iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Kemahiran menulis ini merangkumi kemahiran dalam penulisan karangan. Penulisan karangan pula melibatkan ketepatan memberikan takrifan tajuk, persembahan isi atau buah fikiran, penggunaan bahasa yang tepat dan gramatis, pengolahan, penyampaian dan kemampuan membuat pemerengganan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).

Kamaruddin(1988) mengatakan bahawa mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu lisan, bacaan dan penulisan. Pengajaran lisan dan bacaan tidak begitu menimbulkan maslaah kerana bahan-bahan teks untuk pengajaran tersebut telah sedia ada dan murid-murid hanya perlu membuat rujukan sahaja. Sebaliknya, dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana murid-murid perlu menampilkan idea sendiri degnan bantuan guru dan murid tidak pula berusaha untuk menulis karangan dengan baik.

Banyak kajian telah dijalankan tentang masalah penulisan karangan oleh pelajar-pelajar bukan Melayu. Kebanyakan kajian mendapati bahawa pelajar-pelajar bukan Melayu menghadapi masalah pengaruh bahasa ibunda dalam pembelajaran Bahasa Melayu dan penulisan karangan ( Suthanthiradevi, 2002). Pelajar-pelajar bukan Melayu didapati tidak berminat dalam pembelajaran bahasa Melayu dan penulisan karangan (Chin, 2000; Zamri Mohamod & Mohamed Amin Embi, 2006; Habibah Elias, Abdul Rashid Jamian & Yahaya Othman, 2003). Pelajar-pelajar bukan Melayu juga didapati melakukan banyak kesalahan bahasa semasa menulis karangan (Tan, 2004; Luginy@Rosliah, 2001; Samsudin, 2004).

Begitu juga kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Rahimi Md Saad (2006) mengatakan bahawa kebanyakan kajian yang telaah dijalankan menjurus kepada penilaian aspek reka bentuk, persembahan, isi kandungan dan sebagainya terhadap abahan atau secara tepatnya laman web yang dihasilkan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Tidak banyak kajian berkaitan penghasilan bahan berasaskan sumber sedia ada di internet dilakukan walaupun skop kajian ini sebenarnya berkait rapat dengan aspek pedagogi, reka bentuk pengajaran sistematik serta teori-teori pembelajaran yang merupakan tunjang pengajaran dan pembelajaran yang tersedia degnan banyaknya di dalam talian(online) agar kita boleh mengoptimumkan internet untuk pendidikan terutama melibatkan pengajaran dan pembelajaran bidang atau mata pelajaran yang penting seperti pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing.

Yancey (2004) mengatakan bahawa membantu penulis mencapai kelancaran dan kemahiran dalam pelbagai teknologi adalah salah satu bahagian utama dalam pengajaran penulisan pada abad ini. Perkembangan Web 2.0 dan blog menyediakan pelbagai alat atau aplikasi yang boleh digunakan untuk tujuan penulisan karangan dan memenuhi tuntutan rekabentuk instruksional untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Richardson (2006) blogs are a constructivist tool for learning where participants construct knowledge, share ideas, and build upon each other’s work. Finally, blogs teach students 21st century skills that are necessary in global economy. Pelajar membina pengetahuan, berinteraksi sesama mereka untuk meninjau idea, mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasti baharu serta membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka merupakan proses pengajaran konstruktivis (Zol Azlan, 2000). Pendapat ini sama dengan pendapat yang dikemukakan oleh Ann Davis (2006) bahawa:

Students are creating meanings that make sense to them because they are constructing them, not having pieces delivered to them that they just repeat. Blogging has helped me view each of my students as constructors of knowledge who need frequent opportunities to be involved in the process of creating meaning

Selain itu, Ferdig dan Trammell (2004) mengatakan bahawa blogging enables users to exchange ideas and to share experiences, blogs can be an ideal forum for social constructivist learning. Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan pendidik untuk memulakan proses interaksi sosial berbentuk penulisan dalam talian, salah satunya ialah blog. Tan. et al (2005) mengatakan bahawa kebanyakan pedagogi penggunaan blog adalah berdasarkan teori Vygostky iaitu melalui interaksi sosial dengan penggunaan bahasa. Blog pendidikan pula menawarkan peluang untuk pelajar menyampaikan idea melalui interaksi sosial. Ferdig dan Trammell (2004) pula mengatakan bahawa penyelidikan terkini dalam pendidikan dan teori telah menunjukkan kepentingan interaksi sosial dalam pengajaran dan pembelajaran. Daripada teori pembelajaran Vygotsky (1978), pendidik mementingkan proses “pembinaan pengetahuan” pelajar dan mencadangkan “membina makna” diperoleh melalui penggunaan bahasa dalam proses sosial sepanjang masa. Penerbitan juga menawarkan peluang untuk maklum balas, yang membimbing pelajar dalam pencarian mereka untuk pembinaan pengetahuan.

Blog merupakan alat pengajaran dan pembelajaran yang berguna kerana menyediakan ruang untuk pelajar membuat refleksi dan menyatakan pemikiran dan pemahaman mereka. Di samping itu, interaksi sosial berlaku antara pelajar dengan guru, pelajar dengan rakan sebaya dan kemungkinan besar dengan penutur jati Bahasa Melayu serta sesiapa sahaja yang berminat dengan topik penulisan peajar melalui aplikasi komen dalam blog. Aplikasi komen yang memberi peluang kepada maklum balas dan berpotensi membimbing pelajar dalam pencarian idea baharu. Blog juga menyediakan pautan, yang membantu pelajar memahami perhubungan atau perkaitan dan konteks asas pengetahuan, pembinaan pengetahuan dan pembinaan makna.

Sebanyak 130 markah diperuntukkan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM iaitu penulisan karangan. Pelajar dikehendaki menulis 2 buah karangan, Bahagian A: Karangan Berpandu (30 markah) dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 250 patah perkataan dan Bahagian B: Karangan Biasa (100 markah) dengan panjang karangan tidak kurang daripada 350 patah perkataan.. Memandangkan penulisan karangan menyumbangkan markah yang banyak dalam peperiksaan Bahasa Melayu SPM, jadi adalah penting untuk pelajar menguasai kemahiran menulis.

1.3 PERNYATAAN MASALAH

Seseorang itu dikatakan buta huruf apabila tidak menguasai Kemahiran 3M iaitu Membaca, Mengira dan Menulis. Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua orang di dunia ini. Banyak kajian mendapati pelajar menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya penulisan karangan. Applebee, et.al.(1986) Laporan The National Assessment of Educational Progress (NAEP) Amerika menunjukkan tidak sampai satu perlima penulisan pelajar adalah memuaskan. Pada 2002, NAEP melaporkan bahawa hanya 21-34 peratus pelajar mencapai tahap kecekapan dalam penulisan. Laporan Kementerian Pelajaran New Zealand mendapati “the writing skills of many secondary school students are no better than that of many primary school students Hawthorne (2007). Laporan-laporan tersebut jelas menunjukkan bahawa pelajar menghadapi masalah dalam penulisan.

Antara masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa menulis karangan ialah pelajar dipengaruhi bahasa ibunda apabila menulis dalam bahasa yang tidak sama dengan bahasa ibunda. Qi (2007) mendapati masalah yang sama berlaku kepada pelajar Cina ketika belajar Bahasa Inggeris. Pelajar cenderung memikirkannya dalam bahasa Cina, kemudian mereka akan tulis apa yang difikirkan ke dalam bahasa Inggeris, kata demi kata, ayat demi ayat. Galina (2006) pula mengatakan bahawa umum mengetahui bahawa pelajar tidak suka membuat pembetulan. Pelajar-pelajar hanya berminat pada gred dan kebanyakan daripada mereka tidak mempedulikan komen yang diberikan guru.

Pelajar didapati menghadapi masalah untuk mempraktikkan kemahiran bahasa yang dipelajari di sekolah disebabkan tidak ada satu platform yang membolehkan mereka menggunakan kemahiran bahasa yang telah dipelajari. Menurut Campbell (2004) sebaik sahaja pelajar meninggalkan bilik darjah, mereka memasuki semula dunia yang penuh dengan penutur bahasa pertama mereka, menyebabkan peluang untuk menggunakan apa yang telah dipelajari oleh mereka terhad. Chui (2000) mendapati lebih daripada 70% pelajar Cina tidak berminat untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Tay (2003) mendapati 87% masalah pembelajaran Bahasa Melayu oleh pelajar ialah pengaruh bahasa ibunda/dialek dan 84.8% pelajar tidak berminat untuk belajar Bahasa Melayu.

Ishak (2003) mengatakan bahawa pencapaian pelajar yang lemah di sekolah jenis kebangsaan dalam lapangan akademik mungkin disebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik. Kanak-kanak menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan dua tuntutan yang berbeza iaitu tuntutan bahasa sekolah dan tuntutan bahasa pertama kerana bahasa sekolah sama sekali berbeza dengan bahasa luar sekolah. Masalah ini berterusan hingga kini kerana ramai penduduk Malaysia yang mempunyai ijazah dan diploma tidak boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik (Roselan, 2003)

Ishak (2003) mengatakan bahawa kanak-kanak cenderung menggunakan satu bahasa sahaja. Contohnya, kanak-kanak Cina lebih cenderung menggunakan bahasa Cina daripada Bahasa Melayu ketika berada di rumah dan berinteraksi dengan ahli keluarganya. Pilihan itu dibuat walaupun mereka dapat menggunakan dua bahasa tetapi hakikatnya keupayaan sebenar dalam menggunakan bahasa tambahan adalah terhad.

Hasil kajian mendapati kebanyakan masalah dalam penulisan terutamanya penulisan karangan dapat diatasi dengan menggunakan blog sebagai platform untuk penulisan karangan oleh pelajar. Martindale dan Wiley (2004) mengatakan bahawa pelajarnya telah dimotivasikan dan sudi selalu menulis dan menulis dengan kejelasan, kerana pelajar-pelajar sedar bahawa rakan mereka dan guru membaca blog mereka. Beliau juga mendapati bahawa hasil penulisan pelajar bertambah panjang malah pelajar menulis lebih daripada yang diminta oleh guru. Menurut Tan, et.al, (2005) Blog membenarkan pelajar melihat kembali penulisan-penulisan dan refleks tentang apa yang telah ditulis oleh mereka dan komen yang diberikan oleh rakan sebaya atau guru.

Banyak kajian telah dijalankan berhubung dengan penggunaan blog dalam pengajaran dan pembelajaran. Ferdig. et.al (2007) mengkaji penggunaan blog dalam memperkembangkan kemahiran menulis jenis eskpositori dalam kalangan pelajar gred 3 mendapati sikap pelajar terhadap penulisan bertambah baik, kualiti dan kuantiti penulisan juga bertambah. Galina (2006) pula mengkaji aplikasi blog terhadap perkembangan pelajar mendapati aplikasi blog dalam mata pelajaran bahasa Inggeris untuk kelas tertentu telah membuktikan kegunaannya dalam meningkatkan kesedaran pelajar tentang bahasa dan perkembangan diri pelajar. Pelajar berminat kerana diberikan pelbagai aktiviti pembelajaran dan menulis secara dalam talian dan penerbitan penulisan dalam blog untuk pembaca menyebabkan pelajar membuat refleksi tentang pencapaian mereka.

Wu (2005) mengkaji penggunaan blog dalam penulisan EFL (English as Foreign Language) pelajar kolej di Taiwan mendapati pelajar percaya bahawa menghantar artikel dalam blog mereka ialah idea yang baik. Tan et.al (2005) mengkaji pembinaan portfolio dalam pembelajaran bahasa Cina dengan menggunakan blog. Hasil kajiannya mendapati pelajar berasa lebih yakin dalam membaca laman berbahasa Cina, mendapati kepantasan mereka membaca input berbahasa Cina meningkat. Selainitu, pelajar berasa kecekapan mereka dalam Hanyu Pinyin telah meningkat dan bersetuju bahawa mereka mampu meningkatkan keupayaan mereka apabila dapat melihat apa yang ditulis oleh rakan lain.

Ellison dan Wu (2008) semasa meninjau sikap pelajar dan kesan terhadap kefahaman apabila menggunakan blog. Pelajar berpendapat membaca blog pelajar lain lebih membantu dalam kefahaman daripada menyiapkan tugasan menulis. Membaca blog pelajar lain lebih membantu daripada membaca komen pelajar lain dalam blog diri.

Song dan Chan (2008) mengkaji persepsi dan pengalaman penggunaan blog pelajar universiti di Malaysia. Pelajar mengatakan bahawa mereka berminat menggunakan blog kumpulan sebagai satu mod untuk belajar. Pelajar juga gemar belajar dan membaca blog dan bermotivasi untuk membuat kajian lanjut sebelum menulis blog. Di samping itu, pelajar bermotivasi untuk menganalisis komen yang ditulis oleh ahli kumpulan daripada menerimanya begitu sahaja dan bermotivasi untuk menyuarakan pendapat mereka dalam blog yang sebelum ini berasa tidak selesa untuk berbuat demikian dalam pertemuan bersemuka.

Kajian tentang penggunaan blog untuk pelajar yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) di Malaysia mendapati pelajar bersetuju bahawa menulis jurnal membantu mereka membaiki tahap bahasa Inggeris dan suka menulis jurnal dengan menggunakan blog. Hasil kajian juga mendapati pelajar akan memastikan struktur tatabahasa dan kosa kata diberi perhatian khusus apabila menulis jurnal. Apabila ditemu bual, pelajar didapati memilih untuk menulis jurnal dalam blog daripada buku latihan (Ezihaslinda, 2007)

Kebanyakan kajian yang telah dijalankan setakat ini merupakan tumpuan kepada persepsi dan pengalaman pelajar menggunakan blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Tidak ada kajian yang dibuat tentang kesesuaian dan kesan penggunaan blog dalam penulisan karangan dan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan blog untuk digunakan dalam dalam pembelajaran penulisan dalam Bahasa Melayu dan mengkaji kesan penggunaan blog tersebut dalam beberapa aspek seperti berikut:

i) Menguji pencapaian penulisan karangan pelajar apabila menggunakan blog

ii) Mengkaji sama ada terdapat peningkatan kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) dengan menggunakan blog

iii) Menggalakkan pelajar lebih kerap menulis dalam Bahasa Melayu

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan objektif yang dinyatakan, maka persoalan kajian adalah seperti berikut:

i) Apakah model yang sesuai digunakan semasa pembangunan blog

ii) Adakah blog berkesan terhadap beberapa aspek yang berikut:

a. Pencapaian pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu

b. Kemahiran menulis pelajar ( ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas)

c. Menggalakkan pelajar menulis dengan lebih kerap dalam Bahasa Melayu

1.6 HIPOTESIS KAJIAN

1. Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan blog dalam meningkatkan prestasi pencapaian penulisan karangan pelajar

2. Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan blog untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar-pelajar bukan Melayu

3. Terdapat perbezaan yang signifikan penggunaan blog untuk meningkatkan kekerapan pelajar-pelajar bukan Melayu menulis dalam Bahasa Melayu

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Penulisan dan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu amat penting kerana kelulusan dalam Bahasa Melayu menjamin pelajar akan mendapat Sijil SPM, jika tidak, pelajar-pelajar tidak layak mendapat Sijil SPM jika gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran menulis amat penting untuk menjawab soalan peperiksaan bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, malah hampir kesemua mata pelajaran sebelum pelaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) terutama ketika menjawab soalan jenis esei. Kemahiran menulis semakin penting pada peringkat pengajian tinggi. Seperti kata Donn Byrne (1921) Menulis, dipelajari melalui proses instruksi. Kita perlu mengawasi bentuk penulisan dalam bahasa dan belajar struktur tertentu yang kurang digunakan dalam pertuturan, atau mungkin tidak digunakan langsung, tetapi penting untuk komunikasi yang efektif dalam bentuk penulisan.

Penggunaan blogs jika berjaya meningkatkan kekerapan, pencapaian dan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar-pelajar, maka kaedah ini boleh disarankan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Platform baharu untuk pelajar-pelajar menulis dengan lebih kerap selain karangan yang diberikan oleh guru. Selain menyediakan pelajar untuk menghadapi corak penulisan akademik dan kemahiran menulis yang lebih rumit pada masa akan datang agar mereka dapat menyampaikan idea, pendapat dan berkomunikasi secara berkesan dengan penulisan. Zaini (2007). Seseorang ilmuan menjadi tersohor disebabkan sumbangan yang tersurat dalam bentuk penulisan yang dinilai rakan sepakaran kemudian diterbitkan. Kita mengenali Al-Ghazali, Ibnu Sina, Gelileo, da Vinci serta Einstein kerana sumbangan kesarjanaan mereka menerusi penulisan bermutu tinggi.

1.8 BATASAN KAJIAN

Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang mendapat gred A,B dan C ( iaitu 100 orang pelajar) dalam peperiksaan PMR 2008. Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar di SMK Yuk Kwan Batu Gajah, Perak. Pelajar-pelajar ini dipilih sebagai sampel kajian kerana penyelidik merupakan guru Bahasa Melayu di sekolah ini. Kajian ini hanya akan melihat keberkesanan blog dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan pelajar, kekerapan pelajar menulis dan kemahiran menulis seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

1.9 SKOP KAJIAN

Skop kajian meliputi dua bahagian. Bahagian pertama ialah pembangunan blog dengan menggunakan perkhidmatan platform yang ditawarkan secara percuma di internet. Pembangunan blog ini menggunakan model pembangunan ADDIE. Satu blog utama dibina sebagai platform untuk guru dan pelajar-pelajar berinteraksi, sementara itu, pelajar-pelajar akan diajar untuk membina blog sendiri tetapi tertakluk kepada penyeliaan dan kawalan guru.

Bahagian kedua merupakan kajian tentang keberkesanan penggunaan blog sebagai platform dalam penulisan karangan dari segi pencapaian, kemahiran menulis dan kekerapan menulis. Aspek ini diberi tumpuan dalam kajian kerana daripada tinjauan literatur didapati bahawa pencapaian pelajar didapati meningkat dengan penggunaan blog begitu juga dengan kemahiran menulis dan kekerapan. Seramai 100 orang pelajar Tingkatan 4 yang mendapat keputusan gred A, B dan C dalam peperiksaan PMR 2008 dipilih daripada jumlah 203 orang pelajar Tingkatan 4 . Pelajar yang mendapat gred A, B dan C dipilih untuk memastikan kajian dapat dilaksanakan tanpa ganggu masalah disiplin dan menjamin komunikasi dapat berlaku dengan baik kerana kebanyakan pelajar yang mendapat gred D dan E didapati tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Pelajar seramai 100 orang ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu satu kumpulan kawalan (menggunakan kaedah biasa) dan satu kumpulan rawatan (menggunakan blog dalam penulisan karangan). Markah ujian pra pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan akan dicatat, begitu juga dengan kemahiran menulis pelajar (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) dicatat. Kekerapan menulis pula akan diukur dengan menggunakan borang soal selidik. Borang soal selidik digunakan juga untuk mengetahui masalah dan pendapat pelajar tentang penulisan. Data yang diperoleh daripada borang soal selidik hanya dianalisis secara deskriptif dan untuk melihat perbezaan pendapat dan pandangan pelajar tentang penulisan selepas menggunakan blog sama ada mengukuhkann data yang diperoleh melalui kaedah eksperimental. Perisian SPSS 15.0 akan digunakan untuk membuat analisis data kajian. Data kajian dalam bentuk deskriptif dan inferens akan dipaparkan untuk melihat perbezaan dan keberkesanan penggunaan blog dalam penulisan. Jangka masa kajian adalah selama 8 minggu.

1.10 KERANGKA KONSEPTUAL

Blog berpotensi digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Blog menawarkan pelbagai aplikasi yang sesuai digunakan untuk tujuan pembelajaran. Blog boleh dijadikan tempat pengumpulan sumber pendidikan, satu ruang untuk mendapatkan informasi secara berkesan, satu ruang untuk guru memberikan maklumat secara dalam talian dan tugasan yang berkait dengan sumber yang berkenaan kepada pelajar dan satu platform untuk mempamerkan hasil kerja pelajar pendidikan. ( Coutinho, 2007; Ray, 2006 dalam Norton & Hathaway, 2008).

Sebagai alat komunikasi dan kolaborasi, blog boleh digunakan oleh guru untuk membuat pengumuman kepada ibu bapa, dan pelajar boleh meracang projek dan berkongsi refleksi dengan pelajar lain. (Ray, 2006 dalam Norton & Hathaway, 2008). Sebagai satu strategi pedagogi, blog boleh digunakan sebagai dairi digital dan portfolio, satu ruang untuk bertukar pendapat dan main peranan (Coutinho, 2007 dalam Norton & Hathaway, 2008) dan satu tempat untuk menyokong penerbitan penulisan kreatif untuk pembaca tertentu. Richardson (2006) menambah bahawa blog memudahkan “connective writing”, satu bentuk penulisan yang memaksa sesiapa yang menulisnya untuk membaca secara teliti dan kritikal, yang memerlukan kejelasan dan keyakinan dalam penulisannya, yang dilakukan untuk pembaca yang luas, dan yang dihubungkan dengan sumber idea tersebut dinyatakan. Tambahan pula, blog memanfaatkan pelajar dengan membenarkan mereka untuk terlibat sebagai pakar sesuatu mata pelajaran, bermotivasi sebagai pemilik kepada pembelajaran mereka sendiri, terlibat dalam community of practice, dan terdedah kepada pespektif yang luas.

Blog merupakan salah satu aplikasi web yang muncul selaras dengan perkembangan teknologi Web 2.0. Alexander (2006) mengatakan bahawa “Within this context the next generation technologies known under the “web 2.0” name are considered as an opportunity for innovation in teaching and learning”. Menurut Steve Kaufmann, belajar bahasa kedua atau bahasa asing, tanggungjawab untuk belajar bahasa itu terletak pada pelajar bukan guru. Guru hanya sebagai pembimbing, sumber dan tempat pelajar mendapatkan penerangan apabila mereka menghadapi masalah dalam pembelajaran bahasa. Hal ini selaras dengan teori pembelajaran konstruktivisme yang menekankan bahawa cara terbaik pelajar belajar adalah apabila mereka secara aktif membina ilmu pengetahuan sendiri. Pembelajaran bahasa kedua akan lebih berkesan jika pelajar akan menggunakan bahasa tersebut dalam konteks sosial yang sebenar, seperti yang dinyatakan oleh teori sosial konstruktivisme. A social constructivist view of learning considers that students learn best when they construct their interpretations on a subject and communicate their recently acquired knowledge to others (Gay et al., 2001).

Graves dalam bukunya Writing: Teacher and Children at Work (2003) menyokong bahawa pelajar perlu memilih kebanyakan topik penulisannya, mendapat maklum balas yang tetap daripada guru dan rakan sebaya, kerap menulis, “menerbitkan” hasil penulisan mereka dalam beberapa bentuk, pemikiran metacognitive guru semasa meniru cara untuk menulis dalam genre tertentu, mengumpulkan koleksi penulisan mereka untuk menghasilkan satu sejarah penulisan diri.

Kajian ini telah memilih perkhidmatan blog secara percuma oleh Blogger.com kerana langkah-langkah pendaftaran dan aplikasinya yang mesra pengguna dan disarankan oleh pendidik-pendidik yang telah menggunakan blog untuk tujuan pendidikan. ( Bachand, 2009; Huett, 2006; Bartlett-Bragg 2003; Ettenson, 2007; Champell, 2005).

Penggunaan pembangunan pembelajaran bahasa berbantukan komputer dalam pengajaran bahasa mempunyai asas yang kuat berdasarkan teori pembelajaran bahasa dan pemerolehan bahasa kedua seperti Teori Pemerolehan Bahasa Kedua Krashen Teori Krashen mengemukakan 5 hipotesis tentang pemerolehan bahasa kedua iaitu hipotesis pemerolehan dan pembelajaran, hipotesis turutan semulajadi, hipotesis monitor, hipotesis input dan hipotesis tapisan afektif. Di antara kelima-lima hipotesis tersebut, hipotesis monitor dan hipotesis tapisan afektif berkait rapat. Hipotesis monitor berfungsi sebagai penapis atau penyunting dalam percakapan atau penulisan yang cuba dilakukan oleh pelajar bahasa kedua. Hipotesis tapisan afektif pula mengatakan bahawa faktor afektif seperti sikap, motivasi dan personaliti banyak mempengaruhi pemprosesan input bahasa dalam diri. Dengan kata lain, setiap pelajar yang mempelajari bahasa mempunyai mekanisme monitor yang dipengaruhi oleh perasaan, sikap dan persepsinya sendiri. Pelajar yang runsing tidak mungkin dapat belajar dengan baik walaupun apa yang didengarnya atau dipelajarinya itu mudah difahami. Pelajar juga tidak dapat menghasilkan percakapan atau penulisan yang baik sekiranya mempunyai persepsi bahawa bahasanya lemah, menyangka dirinya akan diketawakan oleh orang lain (Nazri et.al). Sikap negatif dan penolakan berterusan akan mengukuhkan tapisan afektif iaitu penghalang psikologi dalam kalangan para pelajar dalam mempelajari bahasa kedua, sekaligus akan menggagalkan pembelajaran bahasa tersebut.

Berdasarkan teori ini, kewujudan suatu persekitaran yang kaya dengan input bahasa serta suasana yang tidak tertekan dianggap perlu bagi menjayakan proses pembelajaran dan pemerolehan bahasa ini. Perkara ini dapat dicapai dengan penggunaan blog sebagai medium, platform atau alat yang boleh membantu pembelajaran bahasa dalam suasana pelajar tidak berasa tertekan kerana mereka tidak perlu bersemuka dan melihat reaksi serta berasa malu untuk mengemukakan pandangan atau memberi komen. Pelajar dapat membaiki kesilapan dan belajar daripada rakan sebaya dan guru. Beberapa kajian telah mendapati pelajar lebih aktif dalam penulisan blog jika mereka menganggap blog yang dibina itu miliknya dan bukan hanya sebagai alat yang dibina untuk kelas (Bachand, 2009). Hal ini dikukuhkan oleh dapatan kajian yang dibuat oleh Lowe dan Williams (2004) bahawa pelajar mereka yang pendiam dan tidak terlibat dalam perbincangan bersemuka, melibatkan diri dalam perbincangan dalam blog.

Persekitaran yang kaya dengan input bahasa penting bagi memastikan pelajar yang mempelajari Bahasa Melayu berinteraksi dalam bahasa tersebut, penggunaan blog membolehkan pelajar mengumpulkan pautan yang berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Melayu seperti Portal Pendidikan Utasan iaitu tutur.com.my, khazanahmelayu.mmu.net.my, karyanet, DBP yang kaya dengan input bahasa. Pelajar juga berpeluang berinteraksi dengan penutur jati Bahasa Melayu.

1.11 DEFINISI OPERASIONAL

i. Weblog atau blog –satu laman web (percuma dan berbayar) dalam internet yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan hasil penulisan tanpa mempunyai ilmu pengaturcaraan.

ii. Bahasa Melayu- Mata Pelajaran Bahasa Melayu mengikut sukatan pelajaran Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia

iii. Kemahiran menulis - keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.

iv. Karangan- karangan bahan rangsangan dan karangan biasa dengan panjang 350 patah perkataan

v. Kekerapan – bilangan hasil penulisan tanpa mengira had jumlah perkataan minimum atau maksimum

vi. Ejaan –kaedah dan cara menulis perkataan dengan huruf mengikut Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu

vii. Pelajar – pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan A,B dan C dalam peperiksaan PMR

Bab 2 Tinjauan Literatur

2.1 PENDAHULUAN

Menulis merupakan kemahiran yang amat penting kerana kemahiran ini melibatkan penggunaan simbol-simbol bahasa untuk berkomunikasi. Blog pula merupakan satu platform dalam dunia internet yang membolehkan sesiapa sahaja menyampaikan pandangan, pendapat dan idea sama ada secara bertulis atau melalui penggunaan audio dan video serta grafik. Peluang dan kebebasan untuk menulis ini harus dimanfaatkan. Lebih-lebih lagi jika menulis dengan bahasa kedua yang dipelajari.

2.2 LITERATUR BERKAITAN

Menulis karangan ialah satu proses pemilihan, mencantum, menyusun atur dan mengembangkan buah fikiran di dalam bentuk ayat yang berkesan, berperenggan dan dalam unit wacana yang lebih panjang. Karangan menurut Kamus Dewan (1996, 577) membawa maksud ciptaan atau rekaan. Menurut Za’ba (1952) yang dipetik oleh Kamaruddin (1998), karangan adalah hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkaian kata-kata dan seterusnya untuk dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan mengandungi ayat-ayat yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan, penerangan dan sebagainya. Sementara pendapat Lado (1964), Broto (1974), Bullock (1975) dan Ishak (1979) mengatakan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata dan ayat biasa sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia (pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa (Kamaruddin,1998) Aspek yang paling penting dalam gerak kerja penulisan ialah menulis karangan.

Penulisan karangan merupakan tingkat tertinggi kemahiran berbahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan aktiviti-aktiviti menulis dan mengarang dalam menyampaikan maklumat, pendapat, idea, fakta dan sebagainya. Mengarang penting dalam kehidupan seharian bagi melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat-menyurat, pernyataan, laporan, perasaan dan aktiviti penulisan yang lain sama ada dalam bentuk penulisan kreatif dan ilmiah (Kamaruddin, 1988).

Karangan adalah satu pelajaran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah. Penulisan karangan melibatkan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran menulis dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.

Huraian Sukatan Pelajaran, mencatatkan 2 elemen utama yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu penggunaan dan kemahiran bahasa. Penggunaan bahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merangkumi tiga bidang utama iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik, manakala kemahiran bahasa pula meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Isahak (1979) berpendapat kemahiran menulis (karangan) adalah mustahak dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lainnya disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yang sifat bahasanya adalah formal. Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu lisan, bacaan dan penulisan. Pengajaran lisan dan bacaan tidak begitu menimbulkan masalah kerana bahan-bahan teks untuk pengajaran tersebut telah sedia ada dan murid-murid hanya perlu membuat rujukan sahaja. Sebaliknya dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana murid-murid perlu menampilkan idea sendiri dengan bantuan guru dan murid tidak pula berusaha untuk menulis karangan dengan baik. (Kamaruddin, 1988).

Abdullah Hassan (1980) mengatakan bahawa mungkin salah satu masalah yang besar ialah, Bahasa Melayu yang diajar itu amat formal dan tidak ada kegunaan atau persamaannya dengan bahasa yang digunakan hari-hari, sehingga murid-murid terpaksa mempelajari satu dialek yang berlainan yang tidak boleh mereka tuturkan di luar kelas. Mahzan Arshad (2007) menyatakan bahawa pendidikan bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah hari ini perlu menyiapkan pelajar dengan kemahiran mereka bentuk bahan yang bukan sahaja dalam bentuk penulisan karangan yang lengkap dan gramatis semata-mata, mereka perlu mempunyai daya kreativiti bagi menjadikan maklumat yang disampaikan dapat menarik minat pembaca. Di samping itu, menguasai kemahiran menulis, pelajar perlu dilatih supaya dapat membina bentuk grafik, visual 3 dimensi, dan kesan audio bagi melengkapi bahan berbentuk penulisan tersebut.

Di Barat, banyak kajian telah dibuat tentang penggunaan blog dalam penulisan dan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendapat telah dikemukakan tentang penggunaan blog dalam penulisan dan kemahiran menulis. Menurut Nelson dan Fernheimer (2003) blog boleh digunakan sebagai buku karangan maya pelajar di laman web. Manakala, Hurlbert (2005) menyatakan bahawa blog meningkatkan kemahiran menulis, kebolehan menulis dengan lebih baik dan meningkatkan kebolehan mengekspresi diri kita dalam bentuk cetakan. Manakala Bernstein (2004) mengatakan bahawa kerap menulis meningkatkan penulisan; menulis untuk pembacaan pembaca meningkatkan penulisan; penulisan yang bertujuan meningkatkan penulisan; menulis dengan komputer meningkatkan penulisan. Sloan (2005). Blog menawarkan peluang yang unik untuk pelajar menulis secara konsisten. Guru-guru boleh menggunakan blog untuk mempromosikan penulisan dan menambah kandungan pelajaran mereka dalam mana-mana disiplin pembelajaran sosial. Perbincangan berbentuk forum dalam talian mewarisi ciri kurang mengugut daripada perbincangan bersemuka, dan memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap dengan lebih liberal tentang sesuatu topik tanpa berasa bimbang akan pandangan orang lain.

Tinjauan literatur mencadangkan blog boleh digunakan secara positif untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan muzik. Kennedy (2003) melaporkan pengintegrasian blog dalam kelas bahasa Inggeris di sekolah menengah dan mengatakan bahawa penerbitan web menyediakan pelajar dengan pembaca yang sebenar dan apabila digunakan secara optimum, satu suasana kolaborasi untuk pelajar memberi dan menerima maklum balas, mengajuk atau meniru cara penulis profesional menggunakan persekitaran bengkel untuk menghasilkan kraf mereka. (Barlett-Bragg, 2003). Blog boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar seperti yang dibincangkan dalam literatur terdahulu (Godwin-Jones, 2003; Hernandez-Ramos,2004; Johnson 2004; Huffaker, 2005). Manakala Wickersham dan Chambers (2006) juga mencatatkan bahawa penggunaan portfolio elektronik memindahkan tanggungjawab pembelajaran kepada para pelajar, membenarkan mereka untuk melibatkan diri dan komited sepanjang proses pembelajaran dan dengan itu mengekalkan fokus pada suasana pembelajaran berpusatkan pelajar.

Ellison dan Wu (2008) pula menyatakan bahawa pelajar lebih berusaha dalam penulisan mereka jika mereka tahu bahawa mereka menulis untuk semua pembaca di internet dan rakan sebaya, daripada kepada guru sahaja. Hakikatnya, blog mendedahkan pelajar kepada bilangan pembaca yang lebih ramai, kita boleh menjangkakan bahawa pelajar mungkin akan lebih berhati-hati dalam penulisan secara dalam talian (daripada menghantar buku karangan kepada guru). Salah satu usaha awal menceritakan potensi blog dalam bilik darjah ialah artikel Oravec (2002), “Bookmarking the world”. Oravec membahas bahawa perkembangan blog membolehkan pelajar untuk menghasilkan satu suara penulisan dan menjadi lebih analitik dan kritik. Melalui respon yang aktif terhadap bahan dalam internet, pelajar boleh mendefinisikan kedudukan mereka dalam konteks penulisan mereka juga membentuk perspektif mereka dalam isu tertentu. Richardson (2005) mengatakan bahawa It will move writing as product to writing as conversation or contribution. Because of blogging, writing will take on more meaningful outcomes.

2.3 SOROTAN KAJIAN

Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar Bahasa Melayu. Persekitaran bahasa murid-murid bukan Melayu didominasi oleh bahasa ibunda. Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama ketika berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada bangsa yang sama. Bahasa ibunda bukan sahaja digunakan di luar kawasan sekolah malah pada masa kelas Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Pada masa pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa. (Farid & Ajid Che Kob,1981 Zamri &Zarina, 2001). Pelajar bukan Melayu mempunyai sikap negatif dan kurang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu terutamanya ketika belajar di dalam dan di luar kelas.

Kajian Jamaludin dan Zamri (1999), mendapati persepsi pelajar terhadap penulisan karangan adalah positif tetapi corak pengajaran guru yang berbentuk atau bersifat satu hala agak mengecewakan para pelajar. Menurut mereka lagi guru kurang membantu mereka untuk melakukan penulisan. Peluang berbincang dengan guru dan rakan sedarjah amat terbatas. Biggs (1999), menyatakan bahawa amat penting untuk menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan untuk itu pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar akan menggalakkan pelajar meneroka sendiri perkara yang hendak dipelajari dan secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam mengarang.

Ferdig.et. al (2007) dalam kajian mereka mendapati bahawa children take a greater interest in writing when they know that it will be published for the whole world to see. Hasil daripada kajian, mereka telah membuat kesimpulan tentang penggunaan blog dalam kemahiran menulis ekspositori dalam kalangan pelajar sekolah rendah seperti berikut:

i. Secara umum sikap terhadap penulisan bertambah baik

ii. Kualiti hasil penulisan bertambah dibandingkan dengan percubaan yang sama oleh kelas gred 3 juga dengan sampel penulisan pelajar dalam kumpulan kajian.

iii. Pelajar kekal bermotivasi dalam 9 minggu projek blogging, sebab utama ialah keghairahan yang terjana daripada setiap komen baharu daripada pasangan rakan kolej mereka.

Wu (2005) mendapati 78% respondennya tidak tahu tentang apa itu blog. 66% pelajar berpendapat bahawa adalah mudah untuk membina blog mereka sendiri. 85% pelajar mengatakan bahawa menerbitkan artikel dalam blog adalah satu idea yang baik. Dalam kajian Ferdig et.al. (2007), beliau mengatakan bahawa penggunaan blog secara kolaborasi membantu meningkatkan sikap pelajar terhadap penulisan, motivasi untuk menulis, kualiti dan kuantiti penulisan meningkat. Manakala Erkan (2008)mengatakan bahawa blog boleh menjadi alat yang efektif untuk pelajar yang mahu melatih dan memahirkan kemahiran mereka dalam penulisan di samping menyumbang kepada pencarian maklumat dan kemahiran meninjau literatur berkaitan semasa menulis.

Rezaee dan Oladi (2008) persepsi tentang blog berbeza-beza kerana majoriti pelajar melihat blog sebagai menyediakan peluang berinteraksi dengan rakan sebaya dan menyampaikan pemikiran mereka, peluang untuk pelajar yang introvet yang tidak berinteraksi atau terlibat dalam perbincangan kelas mempamerkan keupayaan mereka tanpa rasa takut dikecam. Pelajar beralih kepada pemahaman yang lebih kompleks tentang kreativiti dalam penulisan, mereka belajar cara baharu untuk meningkatkan kreativiti seperti menggunakan fon yang berbeza, huruf besar dalam teks supaya dapat berinteraksi dengan rakan sebaya secara lebih kreatif. Akhir sekali, prestasi kemahiran menulis adalah yang tertinggi. Armstrong dan Retterer (2008) mendapati bahawa 100% pelajar memberi respon bahawa mereka berasa lebih selesa menulis dalam bahasa Sepanyol pada akhir semester, 76.9% pelajar mengatakan bahawa mereka suka menulis blog. Churchill (2009) mendapati 83% pelajar bersetuju bahawa blog memudahkan dan menyumbang kepada pembelajaran mereka, mengakses dan membaca blog pelajar lain menyumbang paling banyak kepada proses pembelajaran pelajar. Apabila ditemu bual, pelajar mengatakan bahawa membaca hasil kerja pelajar lain membolehkan mereka belajar benda baharu daripada perspektif pelajar lain dan melihat perkembangan pelajar lain

Song dan Chan (2008) mengkaji persepsi dan pengalaman penggunaan blog pelajar universiti di Malaysia. Daripada sebanyak 118 orang pelajar, 57.8% mengatakan bahawa mereka berminat menggunakan blog kumpulan sebagai satu mod untuk belajar. 63.5% pelajar gemar belajar dan membaca blog. 60.6% bermotivasi untuk membuat kajian lanjut sebelum menulis blog, 67.4% bermotivasi untuk menganalisis komen yang ditulis oleh ahli kumpulan daripada menerimanya begitu sahaja. 70.2% bermotivasi untuk menyuarakan pendapat mereka dalam blog yang sebelum ini berasa tidak selesa untuk berbuat demikian dalam pertemuan bersemuka.

Kajian tentang penggunaan blog untuk pelajar yang belajar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua (ESL) di Malaysia mendapati 100% pelajar bersetuju bahawa menulis jurnal membantu mereka membaiki tahap bahasa Inggeris dan 96% suka menulis jurnal dengan menggunakan blog. 65-96% pelajar akan memastikan struktur tatabahasa dan kosa kata diberi perhatian khusus apabila menulis jurnal. Apabila ditemu bual, 91% pelajar memilih untuk menulis jurnal dalam blog daripada buku latihan (Ezihaslinda, 2007)

Bab 3: Metodologi

3.1 PENDAHULUAN

Kajian ini menggunakan kaedah pembangunan Model ADDIE dalam proses pembinaan blog dan penyelidikan yang akan digunakan ialah kaedah eksperimental sebenar (True Experimental). Satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan dipilih secara rawak (random assigned) daripada jumlah pelajar Tingkatan 4 yang seramai 100 orang ( Pelajar yang mendapat A, B dan C dalam PMR).

Model yang digunakan dalam pembinaan blog ialah Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation) iaitu yang terdiri daripada 5 fasa. Fasa-fasa ini ialah fasa Analisis, fasa Rekabentuk, fasa Pembangunan, fasa Pelaksanaan dan fasa Penilaian.


Rajah 1: Model ADDIE

Blog dibangunkan dengan model ADDIE untuk dijadikan satu platform penulisan karangan. Langkah-langkah berikut diikuti dalam merekabentuk laman blog yang beralamat http://smkyukkwan.blogspot.com yang digunakan sebagai pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini.

Analisis – Fasa Analisis, analisis tentang aplikasi blog ditawarkan di internet dilakukan. Perbandingan ciri-ciri yang ditawarkan dan sama ada mesra pengguna. Dalam fasa ini juga, langkah-langkah yang terlibat dalam pembinaan blog dikenalpasti. Pandangan-pandangan pakar dan pengguna terutamanya para pendidik dari Barat tentang aplikasi blog yang sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

Analisis turut dijalankan tentang tahap pengetahuan dan keupayaan pelajar dalam memahami langkah-langkah dalam pembinaan blog, bahasa yang digunakan dalam proses pembinaan blog. Oleh sebab itu, satu manual pembinaan blog langkah demi langkah telah disediakan untuk membantu pelajar dalam proses pembinaan blog. Aplikasi blog yang disediakan oleh Blogger.com telah dipilih kerana perkhidmatan ini menyediakan antara muka dalam versi Bahasa Melayu di samping sokongan daripada sorotan literatur. Penulisan karangan dipilih kerana bersesuaian dengan sifat dan ciri-ciri penggunaan blog untuk membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan penulisan mereka tentang apa-apa sahaja yang diminati kepada pembaca seantero dunia. Di samping itu, menulis merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai daripada kemahiran bertutur dan membaca. Senario ini dapat dilihat daripada keputusan peperiksaan PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu PMR yang tidak memuaskan.

Keputusan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2005-2008

Pelajar SMK Yuk Kwan Batu Gajah.

Tahun

A

B

C

A+B+C

D

E

D+E

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

2004

6

2.2

41

15.2

56

20.7

103

38.1

71

26.3

96

35.6

167

61.9

2005

17

8.1

46

21.8

60

28.5

123

58.4

47

22.2

41

19.4

88

41.5

2006

15

6.6

51

22.3

44

19.4

110

48.3

39

17.1

79

34.6

118

51.7

2007

21

11.0

41

21.7

41

21.7

83

54.4

39

20.6

48

25.0

87

45.6

2008

19

8.7

42

19.3

38

17.5

99

45.5

51

23.6

67

30.9

118

54.5

Tambahan pula, sebanyak 130 markah diperuntukkan dalam peperiksaan SPM untuk penulisan karangan menunjukkan kemahiran menulis ini penting dan perlu diberi perhatian.

Rekabentuk – Merekabentuk blog dengan mengambil kira ciri-ciri yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam blog yang berguna dan sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Yang pertama, nama blog dan alamat blog. Nama blog untuk kelas ialah SMK Yuk Kwan Batu Gajah, Perak manakala alamat blog ialah http://smkyukkwan.blogspot.com. Aplikasi bilangan pengunjung yang mengunjungi blog kelas agar dapat mengetahui kekerapan pelajar melawat blog kelas direkodkan. Arkid blog menyenaraikan semua penulisan dan penerbitan yang telah dihantar berserta dengan tarikh dan masa. Oleh itu, guru dapat mengesan tarikh pelajar menghantar tugasan mereka. Label – aplikasi ini digunakan untuk memudahkan pelajar dan guru mengorganisasikan penulisan mengikut kategori yang tertentu. Hal ini memudahkan pencarian tentang sesuatu isu atau penulisan. Blog menawarkan aplikasi meninggalkan komen kepada penulis blog perlu dimasukkan untuk menggalakkan pelajar memberi maklum balas terhadap hasil penulisan rakan sebaya dan menggalakkan perbincangan.

Pembangunan – Pendaftaran blog dilakukan dengan menggunakan nama smkyukkwan sebagai alamat blog. Alamat penuh blog yang telah didaftar dengan menggunakan Blogger.com ialah http://smkyukkwan.blogspot.com Dalam blog ini, terdapat nama sekolah iaitu SMK Yuk Kwan,Batu Gajah, Perak. Ciri-ciri yang telah direka pada peringkat Rekabentuk dibangunkan dan diletakkan dalam laman blog. Antara ciri-ciri yang dimasukkan ialah bilangan pelawat, profil penulis blog, arkid blog, senarai blog yang diikuti, label penerbitan penulisan, pautan yang berguna dan komen.

Pelaksanaan – Blog yang dibina ini menjadi tapak untuk memuatkan tugasan yang perlu dilaksanakan dan diselesaikan oleh pelajar. Blog ini juga akan dikunjungi oleh 50 orang pelajar kumpulan rawatan (treatment group) yang menggunakan blog untuk penulisan karangan mereka. Selain itu, satu blog lain telah dibina sebagai platform untuk mendapatkan pengalaman menggunakan blog untuk penulisan yang beralamat http://karanganbm.blogspot.com. Blog ini dibina pada Januari 2009 dan sudah mempunyai 4 orang pengikut blog ini. Tujuannya adalah supaya pengkaji sendiri mengetahui selok-belok penggunaan blog dengan lebih menyeluruh sebelum meminta pelajar membina blog mereka dengan aplikasi yang telah dikenalpasti sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.


Penilaian – Penilaian dibuat dalam semua peringkat atau tahap pembangunan blog. Aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam perisian adalah seperti cara menerbitkan penulisan, cara menggunakan komen, membuat pautan dan memuat naikkan gambar atau grafik diuji dan dinilai di sepanjang proses menggunakan blog yang beralamat http://karanganbm.blogspot.com. Tujuannya adalah supaya segala masalah teknikal yang dikenal pasti agar proses pembinaan blog SMK Yuk Kwan, Batu Gajah, Perak berjalan lancar dan boleh digunakan serta memenuhi keperluan reka bentuk instruksional. Penilaian juga dijalankan tentang penggunaan blog dalam penulisan karangan Bahasa Melayu seperti pencapaian, kemahiran menulis dan kekerapan menulis.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Reka bentuk ialah kajian eksperimental ujian pra dan ujian pasca.

Randomized Subjects, Ujian Pra –Ujian Pasca Control Group Design

________________________________________________________________________________

Kumpulan Ujian Pra Pembolehubah Tak Bersandar Ujian Pasca

(R) Rawatan Y1 X Y2

(R) Kawalan Y1 - Y2

Dalam kajian ini, pembolehubah tak bersandar ialah penggunaan blog dan pembolehubah bersandar ialah markah karangan, kemahiran menulis dan kekerapan menulis.

3.3 SAMPEL DAN PENSAMPELAN

Sampel kajian merupakan pelajar yang mendapat gred A, B dan C yang seramai 100 orang pelajar yang Bahasa Melayu bukan bahasa ibunda mereka. Pelajar-pelajar ini dipilih kerana pelajar yang mendapat gred A, B dan C mempunyai kemahiran menulis yang asas dan sederhana. Pelajar yang mendapat gred D dan E tidak dipilih kerana akan mengganggu kajian yang dibuat kerana penguasaan Bahasa Melayu yang lemah dan masalah disiplin yang boleh mengganggu proses kajian.

Bilangan pelajar bukan Melayu Tingkatan 4 = 203 orang

Bilangan sampel pelajar Tingkatan 4 yang dipilih untuk kajian eksperimental =100 orang

Sample kajian seramai 100 orang dirandom assigned kepada 50 orang dalam kumpulan kawalan dan 50 orang kumpulan rawatan.

Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan PMR 2008

Keputusan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2005-2008 Pelajar SMK Yuk Kwan Batu Gajah.

Tahun

A

B

C

D

ABCD

E

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

2004

6

2.2

41

15.2

56

20.7

71

26.3

174

64.4

96

35.6

2005

17

8.06

46

21.80

60

28.44

47

22.27

170

80.57

41

19.43

2006

15

6.58

51

22.37

44

19.30

39

17.11

149

65.35

79

34.65

2007

21

11.05

41

21.85

41

21.85

39

20.85

142

74.74

48

25.26

2008

19

8.76

42

19.35

38

17.51

51

23.5

150

69.12

67

30.88

Daripada jadual di atas, didapati bilangan pelajar yang gagal iaitu mendapat gred E dan D adalah sebanyak 167(2004)= 61.3%, 88(2005)=41.7%, 118(2006)=51.8%, 87(2007)=46.1% dan 118(2008)=54.4%. Bilangan ini menunjukkan bahawa dalam jangka masa 5 tahun iaitu 2004-2008, purata pelajar yang mendapat gred D dan E ialah 51%. Angka ini menunjukkan bahawa separuh daripada jumlah pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar yang lemah dan gagal mata pelajaran Bahasa Melayu PMR.

3.4 ALAT KAJIAN

1. Ujian penulisan pelajar : ujian pra dan ujian pasca menggunakan tajuk ( SPM 2008) iaitu :

Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya

Tajuk ini dipilih kerana telah diuji kesahan dan kebolehpercayaan.

2. Borang Soal selidik – borang soal selidik merangkumi beberapa aspek

i. latar belakang subjek

ii. pengalaman dalam penulisan karangan: kekerapan menulis, persepsi pelajar tentang

penulisan karangan.

iii. pengalaman menggunakan blogs

3. Pemeriksaan ujian pra dan ujian pasca adalah menggunakan skema permarkahan mata pelajaran Bahasa Melayu SPM 2008.

3.5 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

1. Ujian rintis akan dijalankan untuk menguji kesahan dan keboleh percayaan alat kajian iaitu borang soal selidik ( item-item diadaptasi daripada borang soal selidik Awang Mohamad Amin Tajuk : satu kajian khusus Penguasaan bahasa Malaysia peringkat sekolah menengah DBP, KL 1992 dan daripada Wendy Drexler, Kara Dawson, and Richard F. Ferdig (2007) Collaborative Blogging as a Means to Develop Elementary Expository Writing Skills. Electronic Journal for the Integration of Technology in Education, Vol.6 )

2. Borang soal selidik diedar kepada semua sampel kajian dan dikutip untuk mendapatkan data yang

diperlukan sebelum kajian yang sebenar dijalankan.

- Responden merupakan pelajar Tingkatan 4 SMJK Yuk Choy (majoriti pelajar bukan Melayu seperti sampel kajian)

- Indeks Kebolehpercayaan ujian rintis ialah 0.78.

- Beberapa data deskriptif yang berkaitan dengan kajian

i. Bilangan Karangan yang ditulis dalam masa seminggu

Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative Percent

Valid

Tiada

44

32.1

32.1

32.1

1-2buah

85

62.0

62.0

94.2

3-4buah

5

3.6

3.6

97.8

5-6buah

2

1.5

1.5

99.3

7-8buah

1

.7

.7

100.0

Total

137

100.0

100.0

Didapati bahawa pelajar kurang menulis karangan, 32.1% pelajar tidak menulis karangan langsung dalam masa seminggu, dan 62% pelajar menulis sebuah hingga 2 buah karangan.

ii. Bilangan karangan yang ditulis daam masa sebulan

Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative Percent

Valid

lebih 4 kali

11

8.0

8.0

8.0

3 kali

4

2.9

2.9

10.9

2 kali

22

16.1

16.1

27.0

1 kali

30

21.9

21.9

48.9

tidak pernah

70

51.1

51.1

100.0

Total

137

100.0

100.0

Apabila ditanya tentang bilangan karangan yang ditulis sebagai kerja rumah yang diberikan oleh guru dalam masa sebulan, didapati lebih daripada separuh iaitu 51.1% pelajar tidak pernah menulis karangan sebagai kerja rumah dan 21.9 % pelajar hanya menulis sebuah karangan dalam masa sebulan. Boleh dikatakan kekerapaan pelajar menulis karangan adalah begitu rendah sekali.

iii. Pernah dengar tentang blog

Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative Percent

Valid

Ya

111

81.0

81.0

81.0

Tidak

26

19.0

19.0

100.0

Total

137

100.0

100.0

Hasil kajian rintis juga mendapati bahawa kebanyakan pelajar pernah mendengar tentang blog iaitu 81.0% dan masih terdapat 18% pelajar yang tidak mengetahui atau tidak pernah mendengar tentang aplikasi blog dalam internet.

iv. Menggunakan blog

Frequency

Percent

Valid Percent

Cumulative Percent

Valid

Ada

37

27.0

27.2

27.2

Tidak

99

72.3

72.8

100.0

Total

136

99.3

100.0

Missing

System

1

.7

Total

137

100.0

Sudah terdapat 27% daripada pelajar yang menggunakan blog tetapi penggunaan blog adalah untuk tujuan berkenalan dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap peraturan sekolah. 72.3% pelajar tidak menggunakan blog.

3. Markah ujian pra bagi kumpulan kawalan dan rawatan.

4. Analisis Kemahiran Bahasa (bilangan kesilapan ayat, ejaan dan tanda baca) dalam ujian pra pelajar

kumpulan rawatan dan kawalan.

5. Selepas sesi penggunaan blog untuk penulisan selama 8 minggu, ujian pasca dengan tajuk

karangan yang sama akan ditadbirkan sekali lagi kepada kedua-kedua kumpulan rawatan dan

kawalan.

6. Markah karangan ujian pasca dicatat dan analisis kemahiran menulis ( bilangan kesilapan ayat,

ejaan dan tanda bacaan) akan dibuat untuk melihat sama ada terdapat peningkatan atau pengurangan

kesilapan yang dilakukan.

5. Borang soal selidik diedarkan sekali lagi kepada kumpulan kawalan dan rawatan

3.6 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA

Ujian Statistik

1. Ujian korelasi Pearson untuk menentukan korelasi antara penggunaan blogs dengan pencapaian penulisan karangan pelajar

2. Ujian korelasi Spearman’s rho untuk menentukan korelasi antara penggunaan blogs dengan kekerapan menulis dan kemahiran menulis karangan

3. Ujian t untuk melihat perbezaan pencapaian penulisan pelajar, perbezaan pencapaian antara kumpulan kawalan dan rawatan dan kemahiran menulis

Soalan kajian 1: bagaimanakah pencapaian pealajar dalam penulisan karangan menggunakan blog

Jadual Analisis 1:-Keputusan Pencapaian Penulisan Karangan dengan Blog

Pelajar Rawatan(blog)

Markah

1

2

3

4

5

Soalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan markah yang signifikan sebelum dan selepas menggunakan blog

Jadual Analisis 2:- Pencapaian Markah Karangan Sebelum dan Selepas Menggunakan Blog

Pelajar Rawatan(blog)

Ujian Pra

Ujian Pasca

1

2

3

4

5

Soalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan markah yang signifikan antara pelajar kumpulan rawatan yang menggunakan blog dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah biasa.

Markah

Pelajar

Pelajar Kawalan

(kaedah biasa)

Pelajar Rawatan

(blog)

1

2

3

4

5

Group Statistics

Kumpulan

N

Mean

Std. Deviation

Std. Error Mean

Pencapaian

1

10

69.70

9.511

3.008

2

10

42.70

10.144

3.208

Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of Variances

t-test for Equality of Means

F

Sig.

t

df

Sig. (2-tailed)

Mean Difference

Upper

Std. Error Difference

Lower

95% Confidence Interval of the Difference

Upper

Lower

Pencapaian

Equal variances assumed

.118

.735

6.140

6.140

18

17.926

.000

.000

27.000

27.000

4.397

4.397

17.762

17.759

36.238

36.241

Equal variances not assumed

Soalan Kajian 4: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara blog dengan pencapaian penulisan karangan

Correlations

Pencapaian

Blog

Pencapaian

Pearson Correlation

1

-.870

Sig. (1-tailed)

.065

N

4

4

Blog

Pearson Correlation

-.870

1

Sig. (1-tailed)

.065

N

4

4

Soalan Kajian 5: Adakah terdapat peningkatan kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) karangan pelajar selepas menggunakan blog

Pelajar (blog)

Ayat tidak gramatis

Tanda baca

Kesalahan ejaan

tulisan tidak jelas dan tidak kemas

1

2

3

Soalan Kajian 6: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) pelajar sebelum dan selepas menggunakan blog.

Bilangan

pelajar

Kaedah Biasa

Blog

Ayat

Tanda baca

Ejaan

Tulisan

Ayat

Tanda baca

Ejaan

Tulisan

1

2

3

4

5

Soalan Kajian 7: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran menulis(ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) antara pelajar kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan.

Bilangan

Pelajar

Kemahiran menulis

Kaedah Biasa

Blog

1

2

3

4

5

Group Statistics

Kumpulan

N

Mean

Std. Deviation

Std. Error Mean

Pencapaian

1

10

69.70

9.511

3.008

2

10

42.70

10.144

3.208

Independent Samples Test

Levene's Test for Equality of Variances

t-test for Equality of Means

F

Sig.

t

df

Sig. (2-tailed)

Mean Difference

Upper

Std. Error Difference

Lower

95% Confidence Interval of the Difference

Upper

Lower

Pencapaian

Equal variances assumed

.118

.735

6.140

6.140

18

17.926

.000

.000

27.000

27.000

4.397

4.397

17.762

17.759

36.238

36.241

Soalan Kajian 8: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan blog dengan kemahiran menulis(ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas)

Correlations

Blog

Kemahiran menulis

Blog

Pearson Correlation

1

-.870

Sig. (1-tailed)

.065

N

4

4

Kemahiran menulis

Pearson Correlation

-.870

1

Sig. (1-tailed)

.065

N

4

4

Soalan Kajian 9: Adakah penggunaan blog menggalakkan pelajar menulis dengan kerap dalam Bahasa Melayu

Pelajar

Kekerapan

Kaedah Biasa

Kaedah Blog

1

2

3

4

5

Soalan Kajian 10 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kerkerapan menulis pelajar dalam Bahasa Melayu sebelum dan selepas menggunakan blog

Pelajar (Blog)

Kekerapan

Sebelum

Selepas

1

2

3

4

5

Soalan Kajian 11: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan menulis antara pelajar kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan

Pelajar

Kekerapan

Biasa

Blog

1

2

3

Soalan Kajian 12 : Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan blog dengan kekerapan menulis

Correlations

Blog

Kekerapan

Blog

Pearson Correlation

1

-.870

Sig. (1-tailed)

.065

N

4

4

Kekerapan

Pearson Correlation

-.870

1

Sig. (1-tailed)

.065

N

4

4


4 comments:

  1. Anonymous11/9/09 21:01

    salam sejahtera cikgu..saya suhaimi yunus membuat tajuk yang untuk sarjana saya iaitu "permasalahan pembelajaran penulisan bahasa melayu dalam kalangan murid-murid asli".Izinkan saya mengambil bahan yang cikgu paparkan ini.terima kasih.

    ReplyDelete
  2. hello saudara Suhaimi,

    Tidak menjadi masalah kalau nak mengambil bahan saya ini. Tujuan saya mengepos proposal kajian saya ini adalah ingin berkongsi dengan sesiapa yang mungkin membuat tajuk yang lebih kurang sama macam tajuk saya. Bolehlah bertukar-tukar pendapat atau berkolaborasi. Sebenarnya, ada banyak kelemahan dalam proposal kajian saya ini, harap maklum. Terima kasih

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu.namun izinkan saya memberi pandangan bahawa banyak juga petikan kajian orang lain yang cikgu masukkan terlalu lama tarikhnya...so..disini saya lampirkan bahan saya sekiranya ianya boleh memantapkan kajian cikgu..kajian cikgu cukup mantap datanya...Menurut Yahya Othman (2005) lagi, menulis adalah satu perbuatan atau perlakuan yang menggunakan sebarang alat tulis seperti pen, pensil dan sebagainya bagi menyalurkan idea di atas kertas atau buku. Ianya selalu dikaitkan dengan penyaluran maklumat atau idea atau sebarang perasaan. Beliau juga mengakui bahawa kemahiran menulis adalah satu kemahiran yang paling sukar sekali jika dibandingkan dengan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain. Ini adalah kerana menulis merupakan satu aktiviti mental yang kompleks yang melibatkan kemahiran menyelesaikan masalah serta kebolehan berkomunikasi. Tambahan pula, penulisan melibatkan kemahiran menulis untuk pelbagai tujuan dan konteks dan ianya bukan hanya setakat mempelajari struktur dan perbendaharaan kata sesuatu bahasa itu sahaja.
    satu lagi..Suppiah Nachiappan (2006), proses menulis memerlukan aktiviti pemikiran iaitu pemikiran sebelum menulis karangan, semasa menulis karangan, dan proses pemikiran yang dialami selepas karangan dihasilkan. Ismail Ahmad (2004) menegaskan bahawa penulisan adalah aktiviti kognitif yang dilakukan oleh orang yang berilmu serta menekankan penyebaran ilmu. Untuk menguasai tujuan tersebut, pengajaran bahasa memerlukan masa dan peluang yang sesuai bagi menjadikan murid penulis terbaik.

    saya harap ini dapat membantu..sekian..terima kasih

    ReplyDelete
  4. Hello En. Suhaimi,

    Terima kasih banyak-banyak berkongsi bahan kajian. Saya rasa komen Encik Suhaimi ini akan dikomen oleh penilai-penilai saya ini semasa pembentangan proposal saya pada hari Isnin ini. Kena sediakan jawaban mengapa mengambil sumber yagn sudah outdated. Tq

    ReplyDelete