Thursday, January 7, 2010
Hadiah Hari Jadi
Sabtu ni 9/1, hari jadi hubby juga hari lahir buat rakan blog Ummu Ilman. Tengah runsing tak tahu nak belikan atau berikan apa untuk hubby. Buat Ummu Ilman, akan saya belanja makan tengah hari pada hari Selasa bersama dengan chahya di kampus. Sudah dua tahun kami belajar bersama-sama saya, ummu ilman dan chahya. Banyak yang telah kami kongsi dan pelajari bersama-sama. Pada masa ini, kami sibuk dengan penulisan tesis masing-masing, sudah kurang berjumpa. Kalau dulu, setiap minggu jumpa 2 kali semasa menghadiri lecture di kampus. Sekarang, hanya apabila ada appointment dengan supervisor, baru kami di kampus. Tingga kurang 2 bulan kami akan kembali bertugas, masing-masing akan kembali bertugas di tempat masing-masing, mungkin chahya akan ke jabatan lain. Sebenarnya, tak pasti lagi kami akan ditempatkan ke mana. Saya dan ummu ilman prefer kembali ke tempat asal. Walau apapun, segalanya akan jelas apabila melaporkan diri ke KPM pada bulan March nanti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment