Pada hari Jumaat yang lepas, Utusan Online ada berita tentang kekurangan darah di hospital swasta juga di hospital kerajaan. Diharapkan sesiapa yang layak untuk menderma akan ke hospital untuk menderma darah. Saya akan ke hospital minggu depan untuk menderna tapi tak pasti boleh derma ke tak boleh sebab baru derma pada bulan November yang lepas, setahu saya perlu tunggu 3 bulan sebelum boleh menderma lagi. Walau apapun, akan ke hospital minggu depan. Sekarang ini, sibuk edit tesis, harap-harap dapat siapkan pada akhir bulan ini. Selepas itu, bolehlah concentrate untuk preparation for CNY.
No comments:
Post a Comment