Tuesday, November 27, 2012

Latihan 12: 27.11.12

Pilih kata yang paling sesuai:

1. Keadaan jalan raya simpang-siur / huru-hara di Kuala Lumpur kini telah diubahsuai
2. Penagih dadah itu lari compang-camping / lintang-pukang apabila diserbu oleh anggota-anggota polis
3. Keadaan huru-hara / terkulat-kulat di Timor Timur kini kembali reda
4. Rumput-rampai / Kayu-kayan di hutan tropika amat berharga
5. Rambutnya kusut-masai / mendesis-desis sewaktu dia bangun daripada tidur
6. Semua kumat-kamit/tindak-tanduk banduan di dalam penjara sentiasa di awasi oleh pihak warden
7. Penagih dadah itu berbolak-balik/berdolak-dalik apabila disoal siasat oleh pihak polis
8. Hanya ular sawa yang besar mampu menelan kambing jantan itu bulat-bulat/ terang-terang.
9. Banyak orang yang ulang-alik/ lalu-lalang di hadapan perpustakaan awam itu
10. Kawasan bukit-bukau/ serba-serbi menjadi habitat binatang liar
11. Pelajar pintar biasanya berasak-asakan/ beratas-atasan antara satu sama lain untuk menjadi pelajar yang terbaik.
12. Kebanyakan orang yang menjadi sasau/santau disebabkan kerap memikirkan perkara yang bukan-bukan
13. Penghayutan/Penghayatan nilai murni dan nilai keagamaan perlu diberi penekanan oleh guru semasa mengajar
14. Pertandingan sabung/sambung ayam adalah menjadi kesalahan di sisi undang-undang
15. Choo See gagal meraih tempat dalam uji bakat itu kerana suaranya sumbang / sumbing
16. Belon yang ditiup itu semakin melambung / melembung
17. Encik Ali mendongak/mencongak keuntungan yang diperolehnya hasil jualan duriannya.
18. Rumah Encik Rauf itu terletak silang / selang tiga buah rumah dari surau
19. Setiausaha sukan sekolah itu kerap kali mendongak / mencongak di langit kerana khuatir hujan akan turun.
20. Menjelang / Menjulang musim perayaan, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan kerap menjalankan operasi bas ekspres haram.
21. Pada zaman Malaysia belum mencapai kemerdekaan, kehidupan rakyat sangat susah-payah / susah.
22. Perangai Jefri yang agak gila / gila-gila itu menyebabkannya sering menjadi tumpuan
23. Banjir yang melanda kawasan pendalaman / pedalaman negeri Kelantan beransur surut
24. Kerajaan sedaya upaya membanteras kegiatan ajaran  / ujaran sesat di negara ini
25. Bakar Afah dalam bidang penulisan cerpen semakin menjojol / menonjol sejak dibimbing oleh Dr. Othman Puteh
26. Jabatan Perangkaan Negara sedang membanci / membenci jumlah penduduk di seluruh negara.
27. Ada/ Ada-ada saja perkara yang ingin dibincangkannya.
28. Kita tidak seharusnya berfikir yang bukan / bukan-bukan ketika menghadapi situasi genting ini
29. Cadangan Puan Lim untuk menubuhkan kelab Tarian Inang ditolak mentah / mentah-mentah oleh pengetua sekolah
30. Orang / Orang-orang di sawah padi itu menakutkan burung pipit.


No comments:

Post a Comment