Thursday, November 15, 2012

Latihan 3: 14.11.12


Kelas 4Sc4,

Cikgu ingin meminta maaf kerana tidak dapat mengepos latihan 3 semalam. Cikgu tengah sibuk memindahkan barangan cikgu ke rumah baharu, di situ tiada talian internet lagi.
 
Bahagian B:
1.      Zaki ____________ayahnya sebuah komputer atas kejayaannya dalam peperiksaan PMR (dihadiahi, menghadiahi, dihadiahkan, menghadiahkan).
2.      Konsep gotong royong telah menjadi ___________masyarakat kampung sejak turun-temurun lagi (beramal, diamalkan, pengamal, amalan)
3.      Pelbagai perkara _____________dalam persidangan ketua-ketua kerajaan ASEAN baru-baru ini.(didebat, diperdebatkan, berdebat,perdebatan)
4.      Penduduk Kampung Selasih berharap agar permohonan mereka  untuk membina jambatan baharu _____________oleh pihak pejabat daerah(timbangan, pertimbangan, dipertimbangkan , mempertimbangkan)
5.      Jiran adalah orang-orang yang tinggal __________dengan rumah kita (berhampiran, menghampiri, menghampirkan, dihampiri)
6.      “Terima kasih kepada mereka yang telah ___________saya dengan adik saya”, kata pemuda itu dalam rancangan Jejak Kasih(bertemu, menemukan,, pertemuan, menemui)
7.      Pertumbuhan ekonomi menyebabkan peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk  ________masalah pengangguran(berkurang, pengurangan, mengurangi, mengurangkan)
8.      Noraini selalu ke rumah Lucy untuk ______________pelajaran mereka(berbincang, perbincangan, dibincangkan, membincangkan)
9.      Saya _______agar cita-cita kamu untuk menjadi juruterbang akan terlaksana jua.(berharap, mengharapkan, diharapkan, harapan)
10.  Rumah-rumah di kawasan yang rendah itu telah ____________banjir besar dua hari lepas(menenggelamkan, tenggelamkan, ditenggelamkan, ditenggelami)
11.  Hang Tuah adalah pahlawan Melayu yang _____________(berbilang, membilang, bilangan, terbilang)
12.  Setiap manusia harus mempunyai _____________hidup(pendirian, berpendirian, mendirikan, sendirian)
13.  Ubat tradisional ini telah _____________kepada beribu-ribu orang(mencuba, mencubakan, dicubakan, percubaan)
14.  Kami langsung tidak _____________suruhan beliau sebaliknya menurut saja(berbantah, membantah, bantahan, pembantah)
15.  Saya telah diajar oleh ibu bapa saya supaya tidak ___________sesiapa(berbohong, pembohongan, membohongi, pembohong)
16.  ____________dari Bandar raya Kuala Lumpur ke Seremban, Negeri Sembilan memakan masa selama dua jam(berjalan, menjalankan, perjalanan, pejalan)
17.  Janganlah bimbang. Pandai-pandailah saya ___________kemarahannya nanti(meredakan, mereda, keredaan, bereda)
18.  Belum pun sampai akhir bulan, gaji Kamarudin sudah__________(dikeringkan, mengeringkan, kekeringan, pengeringan)
19.  Kita harus____________apa-apa yang disuruh oleh Tuhan dan meninggalkan apa-apa yang dilarang(pekerjaan, mengerjakan, bekerja, dikerjakan)
20.  Anjing_____________digunakan oleh anggota polis untuk menangkap penjenayah itu(berkesan, pengesan, mengesan, keberkesanan)
21.  Penduduk kampong bergotong-royong _____________telaga itu(mendalami, mendalamkan, pedalaman, kedalaman)
22.  Sudah sebulan Kamarul tidak_____________khabar berita kepada kami di kampung(berkirim, mengirim, pengirim, mengirimkan)
23.  Pelancong itu telah_____________ke seluruh dunia (menjelajah, menjelajahi, dijelajah, penjelajah)
24.  __________________jawatan setiausaha persatuan itu berkuat kuasa pada minggu hadapan(meletak, meletakkan, terletak, peletakan)
25.  Kakak saya dapat menaip dengan ______________40 patah kata seminit(memantaskan, kepantasan, terpantas, sepantasnya)
26.  Air matanya__sewaktu melihat jenazah isteri dan anaknya(aliran, pengaliran, mengalir, dialirkan)
27.  Dengan tergagap-gagap, Ah Meng menjawab __ayahnya(pertanyaan, bertanya, menanyakan, menanyai)
28.  Penglihatannya ______________sebagai akibat hujan lebat ketika memandu di jalan itu(mengganggu, pengganggu, terganggu, diganggu)
29.  Ibu mengemas kertas-kertas yang_____________di atas lantai(taburan, menaburi, bertaburan, menabur)
30.  Beliau akan __________jawatan presiden itu kepada ahli baru yang berkebolehan(lepasan, berlepas, selepas, melepaskan)
31.  Agar-agar itu akan ____________apabila disejukkan selama dua jam(berkeras, mengeras, mengerasi, kekerasan)
32.  Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah itu sudah______________(membunga, berbunga, berbunga-bungaan, membungai)
33.  Kemerosotan ekonomi negara hari ini telah __pendapatan sesetengah syarikat(menyusutkan, susutan, menyusuti, penyusutan)
34.  Peristiwa ngeri itu masih _____________di ruang fikirannya(pembayang, membayangi, terbayang, bayangan)
35.  Azli meminta _____________daripada gurunya untuk keluar dari bilik darjah(membenarkan, dibenarkan, sebenarnya, kebenaran)
36.  Baju-baju yang kotor itu dimasukkan ke dalam mesin_______________(mencuci, cucian, pencuci, mencucikan)
37.  Krishan _______________baldi di bawah paip air di tepi jalan itu(penadah, menadah, menadahkan , tadahan)
38.  Dia_____________untuk membuka rahsia itu setelah ditipu oleh rakannya(terdorong, dorongan, mendorong, pendorong)
39.  Tukang masak itu pandai_______________masakan untuk hidangan sehari-hari(keragaman, meragam, seragam, meragamkan)
40.  “Sekiranya tiada apa-apa _____________, kita akan membincangkan perkara yang seterusnya pula. “ kata Pengerusi Majlis(berbantah, memperbantahkan, bantahan, dibantah)
41.  Kerajaan akan_______________Sungai Gombak untuk mencegah banjir(pedalaman, dalaman, memperdalam, pendalaman)
42.  Kementerian Kesihatan akan mempergiat kempen_______________Hidup sihat dalam kalangan warga kota(beramal, pengamal, mengamalkan, amalan)
43.  Bahasawan itu menjalankan ______________tentang penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat Orang Asli(kajian, pengkaji, mengkaji, dikaji)
44.  Kampung Triang _________________sebagai kampung yang terbersih dalam pertandingan itu(pilihan, pemilihan, memilih, terpilih)
45.  Kegembiraan Beng Heng tidak tergambarkan apabila ia ____________hadiah utama dalam peraduan itu(kemenangan, pemenang, memenangi, memenangkan)
46.  Rancangan ekonomi itu bertujuan________________taraf hidup rakyat(ditingkatkan, meningkatkan, bertingkat, peningkatan)
47.  Masalah kekurangan air di daerah ini masih tidak teratasi oleh pihak yang ______________(berkuasa, menguasai, penguasa, dikuasai)
48.  Sharifah meminta maaf kepada kedua-dua ibu bapanya atas________________nya itu(buatan, berbuat, perbuatan, membuat)
49.  Beberapa orang karyawan diundang dalam forum tersebut untuk ______________masa depan industri perfileman(berbincang, pembincang, membincangkan, perbincangan)
50.  Encik Ibrahim _____________azamnya untuk mengembangkan seni teater tanah air(sekuat, kekuatan, memperkuat, terkuat)

1 comment:

  1. Jawapan latihan 3 drpd Yaya
    Imbuhan:
    1.menghadiahi
    2.amalan
    3.diperdebatkan
    4.dipertimbangkan
    5.berhampiran
    6.menemui
    7.mengurangkan
    8.membincangkan
    9.berharap
    10.ditenggelamkan
    11.terbilang
    12.sendirian
    13.dicubakan
    14.membantah
    15.membohongi
    16.perjalanan
    17.mereda
    18.dikeringkan
    19.mengerjakan
    20.berkesan
    21.pedalaman
    22.mengirim
    23.menjelajah
    24.Peletakan
    25.terpantas
    26.mengalir
    27.pertanyaan
    28.terganggu
    29.bertaburan
    30.melepaskan
    31.berkeras
    32.berbunga
    33menyusutkan
    34.terbayang
    35.kebenaran
    36.pencuci
    37.menadahkan
    38.terdorong
    39.meragam
    40.bantahan
    41.memperdalam
    42.amalan
    43.kajian
    44.terpilih
    45.memenangkan
    46.meningkatkan
    47.berkuasa
    48.perbuatan
    49.membincangkan
    50.memperkuat

    ReplyDelete