Tuesday, November 13, 2012

Latihan 2: Imbuhan 13.11.12


Bahagian A: Imbuhan : Pilih kata yang paling SESUAI
Industri pembalakan _____(1) salah satu industri yang paling awal__ (2)___ di negara ini. Malah, industri ini pernah juga___ (3)___  sejumlah besar ___(4)__kepada negara suatu ketika dulu. Sejak belakangan ini, dianggarkan bahawa hasil eksport daripada industri tersebut saja __(5)___ angka purata RM 13 juta setahun
            Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa industri ini mempunyai ciri semla jadinya yang __(6)___ . Tidak seperti industri-industri lain, industri pembalakan banyak melibatkan alam ___(7)__ dan penduduk di sekitarnya. Sebarang __(8)___ dan __(9)__ dalam industri ini memberikan kesan yang besar kepada ___(10)__manuisa, haiwan, dan tumbuhan
1)      A.berupa B. merupakan C. Merupai D. Terupa
2)      A. berusaha B. perusahaan C. diusahakan D. mengusaha
3)      A.menyumbangkan B. penyumbang C. sumbangan D. disumbangkan
4)      A. pendapatan B. mendapat C. pendapat D. didapati
5)      A.tercapai B. pencapaian C. mencapai D. dicapai
6)      A. persendirian B. tersendiri C.sendirian D. menyendiri
7)      A.kitaran B.sekitar C. persekitaran D. mengitar
8)      A.perkembangan B. berkembang C. pengembangan D. mengembang
9)      A. bertingkat B. peningkatan C. tingkatan D. meningkat
10)  A.hidupan B.penghidup C.kehidupan D.penghidupan

Komputer ___(1)___alat yang penting dalam ___(2)___manusia. Kini, penggunaannya semakin meluas bukan sahaja di negera-negara maju tetapi juga di negara-negara _(3)_
            Walaupun __(4)___komputer semakin meluas sekarang, namun kita masih __(5)__tenaga mahir untuk mengendalikan sistem komputer. Oleh sebab itu, kerajaan telah __(6)__pelajar-pelajar ke negara-negara Barat dan Jepun untuk __(7)__bidang pengkomputeran. Suatu hari nanti, pastinya kepakaran kita dalam __(8)__sistem komputer akan __(9)__dengan kepakaran tenaga asing dalam bidang __(10)___.

1.      A.jadian B. terjadi C. menjadi D. dijadikan
2.      A. penghidupan B. kehidupan C. hidupan D. menghidupkan
3.      A. bangunan B. membangun C.pembangun D. pembangunan
4.      A. berguna B. menggunakan C. penggunaan D. pengguna
5.      A. mengurangkan B. terkurang C. kekurangan D. pengurangan
6.      A. hantaran B. berhantar C. menghantar D. penghantaran
7.      A. mendalamkan B. pendalaman C. mendalami D. kedalaman
8.      A. dikendalikan B. pengendalian C. mengendalikan D. kendalian
9.      A. setanding B. tandingan C. menandingi D. bertanding
10.  A. sebutan B. tersebut C. menyebut D. penyebut


Penggunaan kad kredit membuktikan bahawa teknologi makin canggih. Pelbagai jenis kad kredit dikhaskan dan syarat-syarat untuk ___(1)__nya dilonggarkan. Ciri-ciri istimewa kad kredit inilah yang menggalakkan masyarakat __(2)__untuk mendapatkannya. Oleh itu tidak menghairankan apabila ada _(3)__orang memilikinya secara berlebihan untuk menggambarkan __(4)__status masing-masing
Memiliki kad kredit yang banyak __(5)__dapat mengukuhkan kewangan pemiliknya juga. Sedangkan pada hakikatnya, pemilikan tersebut __(6)__hutang pemiliknya. Selain itu, penyalahgunaan kad kredit dapat __(7)__pemiliknya. Namun demikian, usaha membanteras __(8)__kad kredit sukar untuk dipraktikkan. Dalam pada itu, kita tetap __(9)___kad kredit ada keistimewaannya tetapi keselesaannya belum __(10)_
1.      A. memiliki B.pemilik C.dimiliki D. pemilikan
2.      A.perlumbaan B. pelumba C. berlumba-lumba D. memperlumbakan
3.      A.sestengah B. setengah C. diketengahkan D. mengetengahkan
4.      A. meninggi B. peninggian C. meninggikan D. ketinggian
5.      A. dianggap B. beranggapan C. anggapan D. menganggap
6.      A.bertambah B. menambah C. penambah D. tambahan
7.      A.berugi B. merugi C. kerugian D. merugikan
8.      A. menyeleweng B. penyeleweng C.penyelewengan D. menyelewengkan
9.      A.keakuan B. mengakui C. pengakuan D. diakui
10.  A. penjamin B. jaminan C. menjamin D. terjamin

1 comment:

  1. Jawapan drpd Yaya
    Soalan 1:1.B 6.C
    2.C 7.B
    3.A 8.A
    4.A 9.B
    5.C 10.C


    Soalan 2:1.C 6.C
    2.B 7.A
    3.C 8.B
    4.C 9.A
    5.C 10.B

    Soalan 3:1.A 6.B
    2.D 7.D
    3.A 8.C
    4.D 9.B
    5.C 10.D


    Cikgu,
    Silakan menyemak jawapan saya betul atau tidak ...

    jika ada kesalahan,
    saya akan membuat pembetulan..
    terima kasih cikgu ya.. :)



    ReplyDelete