Wednesday, November 28, 2012

Latihan 13: 28.11.12

Pilih imbuhan yang sesuai

  1. Negeri Sembilan dibahagi / terbahagi kepada sembilan daerah
  2. Kereta itu  terbakar lalu melanggar pembahagi / pembahagian jalan
  3. Ilmu komputer sangat berguna / diguna dalam kehidupan kita pada abad ini
  4. Penggunaan / Kegunaan bahan pewarna dalam makanan ringan dapat memberi kesan sampingan kepada pengguna
  5. Amanat yang disampaikan oleh Perdana Menteri benar-benar dapat menyedar / menyedarkan rakyat
  6. Kita mesti mempunyai kesedaran / disedarkan untuk memajukan diri sendiri
  7. Pelajar yang tinggal jauh / kejauhan dari sekolah akan diberi keutamaan tinggal di asrama
  8. Hashim mula menjauhi / menjauhkan diri daripada rakannya yang suka membuang masa
  9. Sudah dua bulan Encik Leong jauh / berjauhan daripada keluarganya
  10. Balingan bola yang dilakukan oleh adik tidak sejauh/ jauh balingan saya
Petikan 1:
Kini, rakyat Malaysia banyak mempunyai pilihan untuk menonton rancangan yang disiar / disiarkan melalui televisyen. Hal ini disebabkan kita dapat disaksikan/menyaksikan lima rangkai/ rangkaian televisyen utama, iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV dan TV9. Hal ini bermakna pemilihan / pilihan program untuk kita ikuti turut bertambah / menambah


Petikan 2:
Dalam dunia yang dilingkar / dilingkari  kemajuan sains dan teknologi, alatan / peralatan elektrik dan elektronik sama ada canggih ataupun tidak, sudah menjadi macam / semacam barangan mesti dalam hidup manusia. Kita seolah-olah tidak dapat memisahkan / berpisah diri daripada gunakannya / menggunakannya.

Petikan 3:
Sukan berupa / merupakan suatu aktiviti yang menarik keperhatian / perhatian orang ramai, utamanya / terutamanya jika sesuaitu acara sukan itu ditandingkan / dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Antara acara sukan yang telah menjadi kegemaran umum di peringkat dunia adalah seperti badminton, bola sepak dan olahraga. Sukan bukan sahaja dapat meningkat / meningkatkan kesihatan seseorang, malah kepunyaan / mempunyai fungsi yang lebih besar kepada sesebuah negara.

Petikan 4 :
Di negara kita, perkembangan / pengembangan industri buah-buahan tempatan kurang digalakkan / menggalakkan. Pengeluaran buah-buhan tempatan amat terhad dan banyaknya / kebanyakannya hanya diagihkan untuk pasaran tempatan. Eksport buah-buhan tempatan agak dihad / terhad, iaitu hanya melibatkan / terlibat beberapa buah negara seperti Jepun, Singapura dan Thailand. Jenis buah-buahan yang mengeksport / dieksport juga tidak berbagai / pelbagai.

Petikan 5:
Air merupakan keperluan asas dalam hidupan / kehidupan manusia. Kebersihan air harus dikawal untuk menjamin / menjaminkan kehidupan yang sihat, di samping bekalannya banyak dan terus-menerus / berterusan. Secara teorinya, air bersih di negara kita tidaklah menjadi masalah kerana kita mendapat / terdapat hujan banyak, di samping punyai / mempunyai rangkaian sungai yang juga tidak kurang banyaknya. Walau bagaimanapun, hakikat yang terjadi / menjadi amat memeranjatkan kerana terbukti kita masih kekurangan / pengurangan bekalan air bersih.

No comments:

Post a Comment