Wednesday, May 27, 2009

Budaya Mencarut

Hari ini, datang seorang pakcik berumur 73 tahun dengan penyakit kulit yang serius. Oleh sebab kulitnya sangat gatal, dia tak berhenti-henti menggarunya sambil menjerit dan mencarut. Rasanya semua orang memang tahu mencarut cuma sama ada kita melakukannya atau tidak.
Mencarut bukan sahaja dengan mulut sahaja dengan bahasa isyarat pun kita boleh dikatakan mencarut.
Terkejut mendengar pakcik ini mencarut dalam bahasa Hokkien(pakcik Melayu). Dari mana pakcik ini belajar? Dari tv ke? Tapi, tak pernah pun tv mencarut, kalau ada pun disensor.
Apa boleh buat, kat Parlimen pun Menteri dan Wakil Rakyat pun kuat mencarut.
Bukankah pada tahun 1983 kempen Kepimpinan Melalui Teladan dilancarkan?
Bapa borek anak rintik, ketam menyuruh anaknya berjalan betul

No comments:

Post a Comment