Monday, May 4, 2009

Proposal Kajian Versi 4 Mei 2009

Sudah 2 bulan tidak mengeposkan proposal kajian saya kerana perlu membuat pembetulan yang banyak. Versi ini baharu disiapkan kerana perlu dihantar ke Institut Pengajian Siswazah dan kepada penyelia. Harap kali ini tidak ada banyak lagi perubahan dan pembetulan yang perlu dibuat. Harap juga versi kali ini cukup mantap dan boleh dibentangkan pada hujung bulan ini.

Tajuk:

Blog: Satu Platform untuk Penulisan Karangan

Bab 1 Pengenalan

1.1 Pendahuluan

Penulisan merupakan satu-satunya kaedah komunikasi yang digunakan sebelum perkembangan teknologi dan alat komunikasi seperti telefon pada 1875 dan radio pada 1901 apatah lagi komputer dan internet pada masa kini. Walaupun kita mampu berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di dunia ini melalui sidang video yang membolehkan kita nampak pendengar kita, penulisan masih merupakan medium komunikasi yang penting Oleh sebab itu, penulisan merupakan kemahiran asas dan aspek kemahiran yang perlu dikuasai terutamanya pada abad ke-21 ini.

Sesuatu urusan atau urus niaga yang telah dipersetujui melalui perbualan telefon atau melalui sidang video masih perlu disahkan melalui penulisan tentang apa yang telah dipersetujui untuk mengelakkan sebarang perselisihan faham. Sama ada kita menulis dengan pen dan kertas atau menggunakan papan kekunci komputer, mesin taip atau media elektronik yang lain, penulisan adalah sebagai rekod, bukti dan pengesahan tentang apa yang telah diucapkan, ditulis dan dipersetujui.

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang kerana perkembangan teknologi web 2.0 telah menyediakan platform yang pelbagai untuk kita menulis pandangan dan pendapat kita. Teknologi web 2.0 ini juga menpengaruhi dan mengubah cara penggunaan laman web oleh pengguna. Perkongsian dan komunikasi antara pengguna web menjadi mudah dan efisien. Seperti kata John Thompson “if Web 1.0 was a read-only medium, today’s Web 2.0 is read/write. Sebagai pendidik, kita perlu mengikuti perkembangan teknologi ini dan menjadi pengguna teknologi ini supaya kita mampu mendedahkan dan membekalkan pelajar kita dengan kemahiran teknologi web 2.0. Teknologi web 2.0 telah menyediakan dan meningkatkan perkongsian, kolaborasi dan komunikasi pengguna web. Bartlett (2005) menyatakan bahawa “education may not be a location anymore – it will be an activity –discretely embedded in the lifstyles of our learners”. Oleh sebab itu, para pendidik tidak boleh ketinggalan dalam mengaplikasikan dan mengintegrasikan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kim Estes, seorang pakar teknologi intruksional di Burleson, Texas mengatakan bahawa Web 2.0 mengalihkan fokus kerja bersendirian kepada usaha kolaborasi, daripada pembelajaran secara individu kepada pengetahuan kolektif, daripada penerimaan secara pasif kepada penciptaan secara kreatif.

Dengan teknologi web 2.0, pengguna internet tidak lagi menjadi pengguna yang pasif seperti mendapatkan maklumat dan membaca berita di laman web. Pengguna internet boleh menjadi penyumbang dan berkolaborasi dengan komuniti dalam internet yang luas dan tanpa sempadan. .

Kathleen(2004) dalam artikel bertajuk Using Multiple Technologies to Teach Writing mengatakan bahawa :

Computer technologies can enhance student writing in ways beyond, or even unrelated to, a given product’s intended purpose—not least by drawing reluctant students into writing through the lure of a medium considered fun and ‘cool”.

Weblog atau singkatannya Blog merupakan suatu bentuk jurnal yang kerap dikemaskini oleh penulis blog dengan tujuan tertentu. Blog semakin popular dan mendapat perhatian daripada pengguna internet. Terdapat pelbagai jenis blog yang ada dalam laman web antaranya blog peribadi, blog komersial, blog persoalan, vlog(blog video), linklog(blog pautan), photoblog(blog gambar), moblog(blogs mobile), blog politik, blog percutian, blog fesyen, dan banyak lagi. Masing-masing dengan cirinya yang tertentu. Dengan menggunakan blog, kita boleh membaca, menulis dan menerbitkan hasil penulisan kita di internet dan kepada bilangan pembaca yang lebih begitu luas merentasi benua. Apa yang menjadikan pembinaan blog begitu menarik adalah pengguna boleh membinanya tanpa perlu membuat bayaran jika menggunakan perkhidmatan perisian pembinaan blog yang percuma yang dihoskan oleh beberapa buah syarikat perisian blog di internet seperti Blogger.com, LiveJournal, MySpace, WordPress.com dan lain-lain lagi.

Snider (2007) menakrifkan blog atau weblog seperti berikut:

Weblogs are independent Web sites usually operated by a single person or by a small group of people. They serve as frequently updated forums to discuss whatever the blogger wants to discuss. Unmonitored, each blogger is author, editor and publisher, beholden solely to his or her own whims and desires. Weblogs atau blogs merupakan laman jurnal peribadi atau laman yang mudah dibina dengan menggunakan antaramuka grafik pengguna atau GUI (Graphical User Interface) yang disediakan dalam perisian blog tanpa mempunyai sebarang pengetahuan dalam bahasa pengaturcaraan dan kepakaran teknikal. (Blood, 2002b:12) Weblog paling tepat didefinisikan sebagai “satu laman web yang kerap dikemaskini, dengan bahan baharu diposkan pada bahagain atas laman. Theresa Ross Embrey (2002) dalam Teacher Librarian Disember 2002 mendefinisikan Weblogs adalah penggabungan antara sebuah diari, laman web dan komuniti dalam talian. Weblogs atau secara singkat Blogs bermula sebagai laman web yang menyenaraikan pautan pada nota kaki sesautu laman web ke laman web yang lain yang mengandungi kandungan yang menarik, melucukan, menimbulkan rasa ingin tahu, dan atau secara umumnya kandugan yang menakjubkan oleh penerbit blogs( Lankshear & Knobel, 2003). Ciri umum sebuah laman blogs adalah mengandungi “satu laman utama yang diakses oleh masyarakat dunia, disusun dalam bentuk kedudukan kronologi yang terbalik, mengandungi pautan ke blog atau laman web, dan ditulis oleh seorang penulis.” (Guenther, 2005) Blogs adalah satu perisian penerbitan blog yang membenarkan penggunaan untuk membina dan mengedit kandugan laman web dengan kemahiran teknikal yang minimum (Holtz, 2006). Secara teknikal, blog juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Kandungan atau singkatannya CMS (Content Management Systems). Sebagai CMS, blog membenarkan penulis menerbitkan dan menguruskan kandungan pada laman tertentu tanpa keperluan untuk berdepan dengan kod program(Tan, 2008).

Teknologi Web 2.0 merupakan teknologi terkini dan penting untuk para pendidik berupaya menggunakan teknologi ini dan memahami kesan teknologi ini terhadap masyarakat dan masa depan pelajar kita. Blog berpotensi diaplikasikan dan diintegrasikan dalam pendidikan. Penggunaan dan pengintegrasian blog dalam pendidikan di negara kita masih baharu dan kesan penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu dikaji secara mendalam. Salah satu potensi penggunaan blog dalam pendidikan adalah kelebihannya menjadi medium komunikasi antara guru dengan murid di dalam dan di luar bilik darjah. Memberi peluang kepada pelajar yang kurang yakin apabila perlu berucap di khalayak ramai peluang menyuarakan pendapat tanpa rasa segan dalam blog melalui penulisan ataupun podcasts.

Pembangunan blog dengan menggunakan perkhidmatan percuma yang ditawarkan boleh dimanfaatkan oleh guru untuk mengasah dan melatih pelajar menulis untuk tujuan memenuhi keperluan sosial yang lebih luas daripada fokus kepada topik tertentu dan yang berkaitan untuk lulus dalam peperiksaan semata-mata. Pembangunan blog untuk tujuan ini harus memenuhi tuntutan rekabentuk instruksional. Oleh itu, model pembangunan ADDIE digunapakai untuk memastikan pembangunan blog untuk tujuan penulisan adalah secara teratur dan mengikut model pembangunan yang mantap. Model pembangunan ADDIE melibatkan 5 fasa pembangunan iaitu fasa Analisis, fasa Rekabentuk, fasa Pembangunan, fasa Pelaksanaan dan fasa Penilaian. Walaupun blog telah banyak digunakan untuk tujuan pendidikan di negara Barat, keberkesanannya untuk digunakan dalam sistem pendidikan di negara masih perlu diteroka dan diuji. Oleh itu, rekabentuk kaedah penyelidikan eksperimental benar (true experimental) dengan ujian pra dan post mampu menguji keberkesanan penggunaan blog untuk tujuan pendidikan terutamanya dalam aspek kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu, pencapaian pelajar dalam penulisan dan kekerapan pelajar menulis. Perisian SPSS 15.0 digunakan untuk menganalisis keputusan yang diperoleh. Perbezaan pencapaian, peningkatan kemahiran menulis dan kekerapan menulis dalam Bahasa Melayu dengan menggunakan blog mengukuhkan kajian bahawa blog boleh digunakan dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

Jelaslah bahawa blog merupakan satu platform, satu alat, dan satu medium yang boleh diaplikasi dan diintegrasikan dalam dunia pendidikan. Sebagai platform, blog boleh digunakan oleh pendidik untuk membina satu ruang dalam laman web untuk pelajar-pelajarnya menghantar kerja rumah mereka, tugasan dan hasil penulisan mereka. Di samping itu, blog dapat memuatkan dan membina satu portfolio hasil penulisan pelajar. Hal ini membolehkan pelajar melihat dan menilai sendiri kemajuan dan pencapaian mereka setelah satu tempoh masa yang tertentu. Sebagai alat, blog boleh digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar kawasan bilik darjah. Guru dapat membantu pelajar dengan menyediakan pautan laman-laman yang berguna dan yang dapat membantu pelajar dalam pembelajaran. Sebagai medium, blog digunakan untuk membolehkan interaksi, komunikasi dan kolaborasi antara guru dengan pelajar malah dengan pengguna internet di seluruh dunia.

Blog mempunyai beberapa aplikasi yang boleh digunakan dalam bidang pendidikan dan khusunya dalam konteks sekolah (Clyde, 2005). Pendidik agak lambat mengintegrasikan blog dalam bidang pendidikan atas beberapa sebab. Namun, disebabkan semakin ramai pengguna internet membina blog, semakin ramailah guru dan sekolah mula mencuba teknologi ini untuk berkomunkasi dengan pelajar dan ibu bapa.(Richardson, 2004).

Wiley dan Martindale (2005) blog dalam instruksi akan memberi pelajar peluang yang tidak pernah wujud dahulu. Kemahiran khusus tidak diperlukan untuk membina laman web dalam blog, hal ini menggalakkan orang ramai di mana-mana sahaja untuk menghasilkan kandungan dalam talian seperti yang dinyatakan oleh Maloney (2007).

Read (2006) menjelaskan bahawa motivasi memupuk minat yang bertukar menjadikan pengalaman bertulis secara efektif. Dalam kajiannya, Read telah menganalisis 6 blog remaja dengan menggunakan Hierarki Keperluan Maslow. Beliau menyatakan bahawa dengan menganalisis 6 laman blog remaja, beliau mendapati bahawa proses penulisan dalam blog membantu pelajar menjadi penulis dan meningkatkan kemahiran teknologi mereka, apatlah lagi kepada mereka yang memang berasa keberatan untuk menulis.

1.2 Latar Belakang Kajian

Kementerian Pelajaran memperkenalkan KBSM pada tahun 1987. KBSM Bahasa Melayu memberi tumpuan pada empat kemahiran iaitu bertutur, mendengar, membaca dan menulis. Melalui kurikulum KBSM ini, dijangkakan pelajar sekolah menengah mampu menggunakan bahasa Melayu semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran dan mampu menggunakan bahasa Melayu di luar konteks budaya dan masyarakat sekolah.

Blog menyediakan pelbagai alat atau aplikasi yang boleh digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan memenuhi tuntutan rekabentuk instruksional untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Richardson(2006) blogs are a constructivist tool for learning where participants construct knowledge, share ideas, and build upon each other’s work. Finally, blogs teach students 21st century skills that are necessary in global economy. Pelajar membina pengetahuan, berinteraksi sesama mereka untuk meninjau idea, mengaplikasikan pengetahuan baharu dengan menyelesaikan masalah dalam situasti baharu serta membandingkan pengetahuan asal dengan pengetahuan baharu dan merenung kembali proses pembelajaran yang menyebabkan perubahan kepada idea mereka merupakan proses pengajaran konstruktivis(Zol Azlan, 2000). Pendapat ini sama dengan pendapat yang dikemukakan oleh Ann Davis (2006) bahawa Students are creating meanings that make sense to them because they are constructing them, not having pieces delivered to them that they just repeat. Blogging has helped me view each of my students as constructors of knowledge who need frequent opportunities to be involved in the process of creating meaning

Selain itu, Ferdig & Trammell (2004) mengatakan bahawa blogging enables users to exchange ideas and to share experiences, blogs can be an ideal forum for social constructivist learning. Terdapat beberapa alat yang membolehkan pendidik untuk memulakan proses interaksi sosial di dalam talian dalam bentuk penulisan, salah satunya ialah blog. Tan. et al(2005) mengatakan bahawa kebanyakan pedagogi penggunaan blog adalah berdasarkan teori Vygostky iaitu melalui interaksi sosial dengan penggunaan bahasa. Blog pendidikan pula menawarkan peluang kepada untuk menyampaikan idea mereka dengan interaksi sosial. Ferdig & Trammell(2004) pula mengatakan bahawa Current educational research and theory have demonstrated the importance of social interaction in teaching and learning. Drawing on Vygotsky's educational theory (1978), educators highlight the "knowledge construction" processes of the learner and suggest that "meaning making" develops through the social process of language use over time. Publication also offers the opportunity for feedback, which, in turn, scaffolds a learner in his or her quest for knowledge construction. Blogs are useful teaching and learning tools because they provide a space for students to reflect and publish their thoughts and understandings. And because blogs can be commented on, they provide opportunities for feedback and potential scaffolding of new ideas. Blogs also feature hyperlinks, which help students begin to understand the relational and contextual basis of knowledge, knowledge construction and meaning making.

1.3 Pernyataan Masalah

Seseorang itu dikatakan buta huruf apabila tidak menguasai Kemahiran 3M iaitu Membaca, Mengira dan Menulis. Oleh sebab itu, Menulis merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua orang di dunia ini. Banyak kajian mendapati pelajar menghadapi masalah dalam penulisan.

Applebee, Langer, dan Mullis (1986). Sejak dari tahun 1986, The National Assessment of Educational Progress (NAEP) Amerika melaporkan tidak sampai satu perlima penulisan pelajar adalah memuaskan. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah menyusun pandangan dalam penulisan dan tidak dapat “mengekspresi diri dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan. Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara pelajar-pelajar sekolah menengah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek, penulisan yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. Pada 2002, NAEP melaporkan bahawa hanya 21-34 peratus pelajar yang pencapaian penulisan mereka adalah pada dan melebihi tahap kecekapan. Presiden Jabatan Pelajaran Michigan di Amerika Syarikat, Kathlenn N. Strauss menekankan kepentingan penulisan pelajaran dengan menyatakan bahawa “untuk berjaya dalam ekonomi global pada abad ke-21, anak-anak kita mesti sedar akan dunia di sekeliling mereka dan berupaya untuk menyampaikan pandangan dan idea mereka secara berkesan (Ackley, 2004). Hawthorne (2007) mengatakan bahawa daripada laporan Kementerian Pelajaran New Zealand didapati kemahiran menulis pelajar-pelajar sekolah menengah tidak lebih baik daripada penulisan kebanyakan pelajar sekolah rendah.

Apabila menulis dalam bahasa yang tidak sama dengan bahasa ibunda, pelajar didapati mudah dipengaruhi oleh bahasa ibunda. Pelajar bukan Melayu banyak dipengaruhi oleh bahasa ibunda mereka ketika menulis dalam bahasa kedua iaitu Bahasa Melayu. Qi(2007) mendapati masalah yang sama berlaku kepada pelajar Cina ketika belajar Bahasa Inggeris. Beliau menyatakan bahawa apabila pelajar menulis, mereka cenderung memikirkannya dalam bahasa Cina, kemudian mereka akan tulis apa yang difikirkan ke dalam bahasa Inggeris, kata demi kata, ayat demi ayat. Asmah Hj Omar (1970) berpendapat bahawa penggunaan bahasa secara formal sama ada bahasa lisan mahupun bahasa tulisan adalah penggunaan bahasa standard. Dalam hal ini maka kesalahan bahasa boleh berlaku dalam karangan pelajar bahasa pertama kerana kelemahan mereka menggunakan ciri-ciri standard di samping kelemahan-kelemahan yang lain. Bagi pelajar bahasa kedua, jenis-jenis kesalahannya adalah lebih rumit lagi.

Kekangan utama yang dihadapi oleh pelajar untuk mempraktikkan kemahiran bahasa yang dipelajari di sekolah disebabkan tidak satu medium untuk membolehkan mereka menggunakan kemahiran bahasa yang dipelajari seperti kata Campbell (2004) As soon as they leave the classroom, they re-enter a world full of speakers of their own first language, leaving them with little opportunity to use what they’ve learned. Terutamanya pelajar bukan Melayu, mereka didapati kurang membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Kajian telah dijalankan oleh Chui Jin Lian (2000) dalam kalangan pelajar Cina Tahun 5 di SRJK(C) mendapati lebih daripada 70% pelajar tidak berminat untuk membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Tay(2003) dalam kajiannya “ Satu Tinjauan terhadap Sikap dan Masalah Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan” mendapati 87% masalah pembelajaran Bahasa Melayu oleh pelajar ialah pengaruh bahasa ibunda/dialek, 84.8% pelajar tidak berminat belajar Bahasa Melayu.

Ishak Ramly (2003) mengatakan bahawa pencapaian pelajar yang lemah di sekolah jenis kebangsaan dalam lapangan akademik mungkin disebabkan mereka tidak dapat menguasai bahasa kebangsaan dengan baik dan bukan kerana ketidaksempurnaan bahasa Melayu itu sendiri. Mereka kurang mampu menguasai dan berkomunikasi dengan fasih dan baik menggunakan bahasa Melayu terutamanya bagi memahami dan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang menggunakan bahasa Melayu. Proses penerimaan, penolakan, sikap, mental dan emosi turut berperanan dalam proses pembelajaran bahasa kanak-kanak. Penyerapan bahasa terus berlaku di kalangan kanak-kanak yang mempelajari bahasa Melayu dan bahasa-bahasa asing dan kadang kala menjadikan kanak-kanak ini hilang perhitungan dan tidak tahu membuat keputusan. Kanak-kanak menempuh pelbagai masalah bagi menyesuaikan diri dengan dua tuntutan yang berbeza iaitu tuntutan bahasa sekolah dan tuntutan bahasa pertama. Proses asimilasi dan pinjaman bahasa dalam komunikasi-interaksi ini terus berlaku (terutamanya dalam bentuk lisan). Kanak-kanak ini menghadapi gangguan bahasa kerana bahasa sekolah sama sekali berbeza dengan bahasa luar sekolah.

Realitinya ketidakupayaan menguasai bahasa Melayu di kalangan kanak-kanak agak nyata. Ramai kanak-kanak Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis Kebangsaan tidak mahir menguasai bahasa dan berbahasa seperti yang dituntut dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia KBSR. Ramai pelajar merosot pencapaiannya dalam mata pelajaran bahasa Malaysia peringkat UPSR.

Masalah ini berterusan hingga kini kerana ramai penduduk Malaysia yang mempunyai ijazah dan diploma tidak boleh bertutur dan menulis dalam bahasa Melayu dengan baik (The Star 3/1/2001) dalam buku Roselan Baki. Penyelidikan tentang bidang penulisan yang berfokus kepada proses penulisan masih lagi terbatas (Roselan Baki, 2003 m/s6)

Hal ini disebabkan kurang platform untuk mereka melatih kemahiran menulis selain karangan yang diberikan oleh guru. Tambahan pula, penulisan mereka hanya disemak oleh guru mereka sahaja dan mendapat maklum balas dan komen daripada guru sahaja. Ishak Ramly(2003) mengatakan bahawa kanak-kanak yang didedahkan dengan pengajaran pelbagai bahasa didapati cenderung menggunakan satu bahasa sahaja. Contohnya, kanak-kanak Cina lebih cenderung menggunakan bahasa Cina daripada Bahasa Melayu ketika berada di rumah dan berinteraksi dengan kaum kerabatnya. Pilihan itu dibuat walaupun mereka dapat menggunakan dua bahasa tetapi hakikatnya keupayaan sebenar dalam menggunakan bahasa tambahan adalah terhad.

Semasa melaksanakan tugasan pula pelajar kurang mendapat peluang untuk membantu dan berkongsi idea dengan rakan-rakan (Mercer, 1995 dalam Roselan Baki) kerana guru menghendaki pelajar menangani tugasan atau menyelesaikan masalah secara bersendirian. Pembelajaran yang bersifat individualistik tidak membuka ruang kepada pelajar lain yang lebih berkebolehan utnuk membantu rakan-rakan, dan juga menafikan pelajar-pelajar yang kurang berkebolehan daripada mendapat bimbingan rakan-rakan mereka yang lebih berketrampilan.

Martindale & Wiley (2004) mengatakan bahawa pelajar mereka bermotivasi dan sanggup untuk menulis secara kerap dan dengan kejelasan, mengetahui bahawa rakan sekelas dan guru akan membaca blog mereka. Rasa keupayaan dan kawalan penuh terhadap blog sendiri adalah penting dalam menyokong proses penggunaan blog. Beliau juga mendapati bahawa hasil penulisan pelajar bertambah panjang malah pelajar menulis lebih daripada yang diminta oleh guru. Tan, et.al.(2005) Blog menyokong pengantarabangsaan pengetahuan dengan membenarkan pelajar melihat kembali penulisan-penulisan dan refleks tentang apa yang telah ditulis oleh mereka dan komen yang diberi oleh rakan sebaya atau guru. Galina(2006) pula mengatakan bahawa it is well known that generally students dislike doing remedial work on paper assignments. The reason is quite simple; students are only interested in grades and many do not even bother to read teacher’s remarks.

Sementara itu, Robert Barrass (2005) dalam bukunya Student Must Write menyenaraikan 4 sebab mengapa pelajar mesti menulis iaitu menulis membantu pelajar mengingat, menulis membantu pelajar memerhati, menulis membantu pelajar berfikir dan menulis membantu pelajar berkomunikasi.

Sebanyak 130 markah diperuntukkan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu SPM iaitu penulisan karangan. Pelajar dikehendaki menulis 2 buah karangan, Bahagian A: Karangan Berpandu (30m) dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 250 patah perkataan dan Bahagian B: Karangan Biasa (100m)dengan panjang karangan tidak kurang daripada 350 patah perkataan.. Memandangkan penulisan karangan menyumbangkan markah yang banyak dalam peperiksaan Bahasa Melayu SPM, jadi adalah penting untuk pelajar menguasai kemahiran menulis.

Keputusan Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peperiksaan PMR 2005-2008 Pelajar SMK Yuk Kwan Batu Gajah.

Tahun

A

B

C

D

ABCD

E

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

Bil

%

2004

6

2.2

41

15.2

56

20.7

71

26.3

174

64.4

96

35.6

2005

17

8.06

46

21.80

60

28.44

47

22.27

170

80.57

41

19.43

2006

15

6.58

51

22.37

44

19.30

39

17.11

149

65.35

79

34.65

2007

21

11.05

41

21.85

41

21.85

39

20.85

142

74.74

48

25.26

2008

19

8.76

42

19.35

38

17.51

51

23.5

150

69.12

67

30.88

Daripada jadual di atas, didapati bilangan pelajar yang gagal iaitu mendapat gred E dan D adalah sebanyak 167(2004)= 61.3%, 88(2005)=41.7%, 118(2006)=51.8%, 87(2007)=46.1% dan 118(2008)=54.4%. Bilangan ini menunjukkan bahawa dalam jangka masa 5 tahun iaitu 2004-2008, purata pelajar yang mendapat gred D dan E ialah 51%. Angka ini menunjukkan bahawa separuh daripada jumlah pelajar tingkatan 4 merupakan pelajar yang lemah dan gagal mata pelajaran Bahasa Melayu PMR.

Literasi bahasa atau dalam bahasa Melayu pernah juga disebut sebagai “Kenal atau celik huruf” suatu masa dahulu bermaksud kemampuan minimum untuk membaca dan menulis dalam sesuatu bahasa. Konsep literasi bahasa akan menjadi lebih meluas daripada istilah kenal huruf yang kita ketahui selama ini apabila perbincangan menyentuh tentang aspek pemahaman bacaan dan penulisan yang berkesan serta menggunakan daya pemikiran sepenuhnya dalam pembacaan.

Pada suatu ketika dahulu, seseorang yang tahu membaca dan menulis namanya sendiri dianggap telah mempunyai keupayaan literasi bahasa. Pertubuhan pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu(UNESCO) mendefinisikan seseorang yang mempunyai keupayaan literasi ialah seseorang yang dapat membaca dan menulis suatu penyataan yang pendek dan mudah dalam kehidupan hariannya. Namun, kita harus sedar bahawa ramai yang dapat membaca dengan lancar sesuatu penyataan yang ditulis di tempat-tempat awam pada hari ni seperti papan tanda di hadapan gedung membeli-belah, tanda jalan, peraturan jalan raya dan sebagainya di negara kita, baik dalam bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris ,tetapi masih tidak mempunyai keupayaan literasi yang dapat membantu mereka menggunakan kemahiran membaca dan menulis dalam bahasa tersebut dalam kehidupan harian mereka. Satu tahap kemahiran literasi yang tertentu diperlukan bagi membolehkan literasi dalam bahasa tersebut berfungsi. Tahap keupayaan membaca dan menulis bagi mengukur tahap literasi sebenarnya semakin meningkat selaras degnan peredaran masa serta meningkatnya kemajuan masyarakat menggunakan bahan bercetak dan sumber maklumat pelbagai media.(Mahzan,2003)

Ekoran daripada kepesatan perkembangan teknologi dan komunikasi, Jawatankuasa Eksekutif National Council of Teachers of English, Amerika Syarikat telah memberi takrifan baharu kepada literasi iaitu Literasi Abad ke-21 seperti berikut:

Literacy has always been a collection of cultural dan communicative practices shared among members of particular groups. As society and technology change, so does literacy. Because technology has increased the intensity and complexity of literate environments, the twenty-first century demands that a literate person possess a wide range of abilities and competencies, many literacies. These literacies –from reading online newspapers to participating in virtual classrooms—are multiple, dynamic, and malleable. As in the past, they are inextricably link with particular histories, life possibilities and social trajectories of individuals and groups. Twenty-first century readers and writes need to

· Develop proficiency with the tools of technology

· Bulid relationship with others to pose and solve problems collaboratively and cross-culturally

· Design and analyze and synthesis multiple streams of simultaneous information

· Create, critique, analyze, and evaluate multi-media texts

· Attent to ethical responsibilities required by these complex environments

(NCTE, 2008)

1.4 Persoalan Kajian

Soalan Kajian 1: Adakah pencapaian penulisan pelajar meningkatkan apabila menggunakan blog

1.1 Bagaimanakah pencapaian pelajar dalam penulisan karangan apabila menggunakan blog

1.2 Adakah terdapat perbezaan markah yang signifikan sebelum dan selepas menggunakan blog

1.3 Adakah terdapat perbezaan markah yang signifikan antara pelajar kumpulan rawatan yang menggunakan blog dengan kumpulan kawalan yang menggunakan kaedah biasa.

1.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara blog dengan pencapaian penulisan karangan

Soalan Kajian 2: Adakah terdapat peningkatan kemahiran menulis pelajar selepas menggunakan blog

2.1 Adakah terdapat peningkatan kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) karangan pelajar selepas menggunakan blog

2.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) pelajar sebelum dan selepas menggunakan blog.

2.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kemahiran menulis antara pelajar kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan.

2.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan blog dengan kemahiran menulis(ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas)

Soalan Kajian 3:

3.1 Adakah penggunaan blog menggalakkan pelajar menulis dengan kerap dalam Bahasa Melayu

3.2 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan kekerapan menulis pelajar dalam Bahasa Melayu sebelum dan selepas menggunakan blog

3.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara kekerapan menulis antara pelajar kumpulan kawalan dengan kumpulan rawatan

3.4 Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara penggunaan blog dengan kekerapan menulis.

Hipotesis Kajian:

1. Penggunaan blog meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam penulisan karangan

2. Penggunaan blog meningkatkan kemahiran menulis pelajar

3. Penggunaan blog meningkatkan kekerapan pelajar menulis dalam Bahasa Melayu

1.5 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

i) menguji pencapaian penulisan karangan pelajar apabila menggunakan blog.

ii) mengkaji sama ada terdapat peningkatan kemahiran menulis (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas) dengan menggunakan blog.

iii) menggalakkan pelajar lebih kerap menulis dalam Bahasa Melayu

1.6 Kepentingan Kajian

Penulisan dan kemahiran menulis dalam Bahasa Melayu amat penting kerana kelulusan dalam Bahasa Melayu menjamin pelajar akan mendapat Sijil SPM, jika tidak, pelajar-pelajar tidak layak mendapat Sijil SPM jika gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Kemahiran menulis amat penting untuk menjawab soalan peperiksaan bukan sahaja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, malah hampir kesemua mata pelajaran sebelum pelaksanaan PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris) terutama ketika menjawab soalan jenis esei. Kemahiran menulis semakin penting pada peringkat pengajian tinggi. Seperti kata Donn Byrne (1921)

Writing, on the other hand, is learnt through a process of instruction. We have to master the written form of the language and to learn certain structures which are less used in speech, or perhaps not used at all, but which are important for effective communication in writing

Penggunaan blogs jika berjaya meningkatkan kekerapan, pencapaian dan kemahiran menulis dalam kalangan pelajar-pelajar, maka kaedah ini boleh disarankan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Platform baharu untuk pelajar-pelajar menulis dengan lebih kerap selain karangan yang diberikan oleh guru. Selain menyediakan pelajar untuk menghadapi corak penulisan akademik dan kemahiran menulis yang lebih rumit pada masa akan datang agar mereka dapat menyampaikan idea, pendapat dan berkomunikasi secara berkesan dengan penulisan. Zaini (2007). Seseorang ilmuan menjadi tersohor disebabkan sumbangan yang tersurat dalam bentuk penulisan yang dinilai rakan sepakaran kemudian diterbitkan. Kita mengenali Al-Ghazali, Ibnu Sina, Gelileo, da Vinci serta Einstein kerana sumbangan kesarjanaan mereka menerusi penulisan bermutu tinggi.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang mendapat gred A,B dan C ( iaitu 100 orang pelajar) dalam peperiksaan PMR 2008. Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar di SMK Yuk Kwan Batu Gajah, Perak. Pelajar-pelajar ini dipilih sebagai sampel kajian kerana penyelidik merupakan guru Bahasa Melayu di sekolah ini. Kajian ini hanya akan melihat keberkesanan blog dalam meningkatkan pencapaian penulisan karangan pelajar, kekerapan pelajar menulis dan kemahiran menulis seperti yang dinyatakan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah.

1.8 Skop Kajian

Skop kajian Blog: Satu Platfrom Penulisan Karangan meliputi dua bahagian. Bahagian pertama ialah pembangunan blog dengan menggunakan perkhidmatan platform yang ditawarkan secara percuma di internet. Pembangunan blog ini menggunakan model pembangunan ADDIE. Satu blog utama dibina sebagai platform untuk guru dan pelajar-pelajar berinteraksi, sementara itu, pelajar-pelajar akan diajar untuk membina blog sendiri tetapi tertakluk kepada penyeliaan dan kawalan guru.

Bahagian kedua merupakan kajian tentang penggunaan blog sebagai platform dalam penulisan karangan dari segi pencapaian, kemahiran menulis dan kekerapan menulis. Aspek ini diberi tumpuan dalam kajian kerana daripada tinjauan literatur didapati bahawa pencapaian pelajar didapati meningkat dengan penggunaan blog begitu juga dengan kemahiran menulis dan kekerapan. Seramai 100 orang pelajar Tingkatan 4 yang mendapat keputusan gred A, B dan C dalam peperiksaan PMR 2008 dipilih daripada jumlah 203 orang pelajar Tingkatan 4 . Pelajar yang mendapat gred A, B dan C dipilih untuk memastikan kajian dapat dilaksanakan tanpa ganggu masalah disiplin dan komunikasi dapat berlaku dengan kurang masalah bahasa kerana kebanyakan pelajar yang mendapat gred D dan E didapati tidak mampu berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.

Pelajar seramai 100 orang ini akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu satu kumpulan kawalan(menggunakan kaedah biasa) dan satu kumpulan rawatan(menggunakan blog dalam penulisan karangan). Markah ujian pra pelajar kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan akan dicatat, begitu juga dengan kemahiran menulis pelajar (ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas )dicatat. Kekerapan menulis pula akan diukur dengan menggunakan borang soal selidik. Perisian SPSS 15.0 akan digunakan untuk membuat analisis data kajian. Data kajian dalam bentuk deskriptif dan inferens akan dipaparkan untuk melihat perbezaan dan berkesanan penggunaan blog dalam penulisan. Jangka masa kajian adalah selama 8 minggu.

1.9 Kerangka Konseptual

KONSEP KAJIAN


Pembangunan blog dijalankan dengan menggunakan model ADDIE dalam merekabentuk blog untuk dijadikan satu platform penulisan karangan. Langkah-langkah berikut diikuti dalam merekabentuk laman blog iaitu http://smkyukkwan.blogspot.com

Analisis – Analisis tentang aplikasi blog ditawarkan di internet. Membandingkan ciri-ciri yang ditawarkan dan sama ada mesra pengguna. Langkah-langkah yang terlibat dalam pembinaan blog. Pandangan-pandangan daripada pakar dan pengguna terutamanya para pendidik dari Barat tentang aplikasi blog yang sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Analisis turut dijalankan tentang tahap pengetahuan dan keupayaan pelajar dalam memahami langkah-langkah dalam pembinaan blog, bahasa yang digunakan dalam proses pembinaan blog. Oleh sebab itu, satu manual pembinaan blog langkah demi langkah telah disediakan untuk membantu pelajar dalam proses pembinaan blog. Aplikasi blog yang disediakan oleh Blogger.com telah dipilih kerana perkhidmatan ini menyediakan antaramukanya dalam versi Bahasa Melayu di samping sokongan daripada kajian literatur. Penulisan karangan dipilih kerana bersesuaian dengan sifat dan ciri-ciri penggunaan blog untuk membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan penulisan mereka tentang apa-apa sahaja yang diminati kepada pembaca seantero dunia. Di samping itu, menulis merupakan kemahiran yang paling sukar dikuasai daripada kemahiran bertutur dan membaca. Keputusan peperiksaan PMR dalam mata pelajaran Bahasa Melayu PMR yang tidak memuaskan. Tambahan pula, sebanyak 130 markah diperuntukkan dalam peperiksaan SPM untuk penulisan karangan menunjukkan kemahiran menulis ini penting dan perlu diberi perhatian.

Rekabentuk – Merekabentuk blog mengambil kira ciri-ciri yang sesuai dimasukkan ke dalam blog yang berguna dan sesuai untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Yang pertama, nama blog dan alamat blog. Nama blog untuk kelas ialah SMK Yuk Kwan Batu Gajah, Perak manakala alamat blog ialah http://smkyukkwan.blogspot.com. Aplikasi bilangan pengunjung yang mengunjungi blog kelas agar dapat mengetahui kekerapan pelajar melawat blog kelas. Arkid blog menyenaraikan semua penulisan dan penerbitan yang telah dihantar berserta dengan tarikh dan masa. Oleh itu, guru dapat mengesan tarikh pelajar menghantar tugasan mereka. Label – aplikasi ini digunakan untuk memudahkan pelajar dan guru mengorganisasikan penulisan mengikut kategori yang tertentu. Hal ini memudahkan pencarian tentang sesuatu isu atau penulisan. Blog menawarkan aplikasi meninggalkan komen kepada penulis blog perlu dimasukkan untuk menggalakkan pelajar memberi maklum balas terhadap hasil penulisan rakan sebaya.

Pembangunan – Pendaftaran blog dilakukan dengan menggunakan nama smkyukkwan sebagai alamat blog. Alamat penuh blog yang telah didaftar dengan menggunakan Blogger.com ialah http://smkyukkwan.blogspot.com . Dalam blog ini, terdapat nama sekolah iaitu SMK Yuk Kwan,Batu Gajah, Perak. Ciri-ciri yang telah direka pada peringkat Rekabentuk dibangunkan dan diletakkan dalam laman blog. Antara ciri-ciri yang dimasukkan ialah bilangan pelawat, profil penulis blog, arkid blog, senarai blog yang diikuti, label penerbitan penulisan, pautan yang berguna, komen.

Pelaksanaan – Blog yang dibina ini menjadi tapak untuk memuatkan tugasan yang perlu dilaksanakan dan diselesaikan oleh pelajar. Blog ini juga akan dikunjungi oleh 50 orang pelajar kumpulan rawatan(treatment group) yang menggunakan blog untuk penulisan karangan mereka. Selain itu, satu blog lain telah dibina sebagai platform untuk menggunakan blog dan mendapatkan pengalaman menggunakan blog untuk penulisan yang beralamat http://karanganbm.blogspot.com. Blog ini dibina pada Januari 2009 dan sudah mempunyai 4 orang pengikut blog ini.


Penilaian – Penilaian dibuat dalam semua peringkat atau tahap pembangunan blog. Aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam perisian seperti cara menerbitkan penulisan, cara menggunakan komen, membuat pautan dan lain-lain diuji dan dinilai sepanjang proses menggunakan blog yang beralamat http://karanganbm.blogspot.com agar proses pembinaan blog SMK Yuk Kwan, Batu Gajah, Perak akan dibina dan boleh digunakan secara lancar dan memenuhi keperluan reka bentuk intruksional.

1.10 Definisi Operasional

i. Weblogs atau blog –satu platform (percuma dan berbayar) dalam internet yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan hasil penulisan tanpa mempunyai ilmu pengaturcaraan.

ii. Bahasa Melayu- Mata Pelajaran Bahasa Melayu mengikut sukatan pelajaran Bahasa Kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia

iii. Kemahiran menulis - keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.

iv. Karangan- karangan bahan rangsangan dan karangan biasa dengan panjang 350 patah perkataan

v. Kekerapan – bilangan hasil penulisan tanpa mengira had jumlah perkataan minimum atau maksimum

vi. Ejaan –kaedah dan cara menulis perkataan dengan huruf mengikut Sisterm Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu

vii. Pelajar – pelajar bukan Melayu yang mendapat keputusan A,B dan C dalam peperiksaan PMR

Bab 2 Tinjauan Literatur

2.1 Pendahuluan

Menulis merupakan kemahiran yang amat penting kerana kemahiran ini melibatkan penggunaan simbol-simbol bahasa untuk berkomunikasi. Blog pula merupakan satu platform dalam dunia internet yang membolehkan sesiapa sahaja menyampaikan pandangan, pendapat dan idea sama ada secara bertulis atau melalui penggunaan audio dan video serta grafik. Peluang dan kebebasan untuk menulis ini harus dimanfaatkan. Lebih-lebih lagi jika menulis dengan bahasa kedua yang dipelajari. Menurut Cummins(1984, dalam Gibbons, 2002), kebanyakan pelajar bahasa kedua menghadapi masalah dalam penulisa besar kemungkinan kerana pelajar tidak mahir dalam bahasa ibundanya yang menyebabkan mereka juga menghadapi kesukaran untuk mempelajari bahasa kedua.

2.2 Literatur berkaitan

Menulis karangan ialah satu proses pemilihan, mencantum, menyusun atur dan mengembangkan buah fikiran di dalam bentuk ayat yang berkesan, berperenggan dan dalam unit wacana yang lebih panjang. Karangan menurut Kamus Dewan (1996,577) membawa maksud ciptaan atau rekaan. Menurut Za’ba(1952) yg dipetik oleh Kamaruddin Hj Husin (1998), karangan adalah hasil daripada kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata untuk dijadikan rangkaian kata-kata dan seterusnya untuk dijadikan ayat. Beliau menegaskan bahawa sesebuah karangan mengandungi ayat-ayat yang telah digubah atau disusun untuk dijadikan cerita, laporan, penerangan dan sebagainya. Sementara pendapat Lado(1964), Broto(1974), Bullock(1975) dan Ishak Haron (1979) mengatakan karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-kata dan ayat biasa sahaja, tetapi merupakan kemahiran menyampaikan idea, fakta dan sebagainya yang terdapat dalam pemikiran manusia(pengarang atau penulis) melalui alat komunikasi yang dinamakan bahasa(Kamaruddin Hj Husin ,1998) Aspek yang paling penting dalam gerak kerja penulisan ialah menulis karangan. Penulisan karangan merupakan tingkat tertinggi kemahiran berbahasa iaitu kemahiran bahasa tulisan. Sebahagian besar daripada pendidikan formal memerlukan aktiviti-aktiviti menulis dan mengarang dalam menyampaikan maklumat, pendapat, idea, fakta dan sebagainya. Mengarang penting dalam kehidupan seharian bagi melicinkan perhubungan formal dalam bentuk surat-menyurat, pernyataan, laporan, perasaan dan aktiviiti penulisan yang lain sama ada alam bentuk penulisan kreatif dan ilmiah( Kamaruddin Hj Husin, 1988).

Karangan adalah satu pelajaran yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah. Penulisan karangan melibatkan kemahiran menulis. Kemahiran Menulis merupakan tingkat tertinggi kemahiran bahasa yang perlu dikuasai oleh pelajar. Kemahiran menulis dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merujuk kepada keupayaan murid menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas.

Huraian Sukatan Pelajaran, mencatatkan 2 elemen utama yang perlu dikuasai oleh pelajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu iaitu penggunaan dan kemahiran bahasa. Penggunaan bahasa dalam Huraiaan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu merangkumi tiga bidang utama iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik, manakala kemahiran bahasa pula meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.

Isahak Haron(1979) berpendapat kemahiran menulis (karangan) adalah mustahak dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lainnya disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yagn sifat bahasanya adalah formal. Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu lisan, bacaan dan penulisan. Pengajaran lisan dan bacaan tidak begitu menimbulkan masalah kerana bahan-bahan teks untuk pengajaran tersebut telah sedia ada dan murid-murid hanya perlu membuat rujukan sahaja. Sebaliknya dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana murid-murid perlu menampilkan idea sendiri dengan bantuan guru dan murid tidak pula berusaha untuk menulis karangan dengan baik. (Kamaruddin Hj Husin, 1988).

Di Barat, banyak kajian telah dibuat tentang penggunaan blog dalam penulisan dan proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak pendapat telah dikemukakan tentang penggunaan blog dalam penulisan dan kemahiran menulis. Menurut Nelson dan Fernheimer (2003) blog boleh digunakan sebagai buku karangan maya pelajar di laman web. Manakala, Hurlbert (2005) menyatakan bahawa blog meningkatkan kemahiran menulis, kebolehan menulis dengan lebih baik dan mengkayakan kebolehan mengekspresi diri kita dalam bentuk cetakan. Manakala Bernstein (2004) mengatakan bahawa kerap menulis meningkatkan penulisan, menulis untuk pembacaan pembaca meningkatkan penulisan, penulisan yang bertujuan meningkatkan penulisan, menulis dengan komputer meningkatkan penulisan. Sloan(2005). Blog menawarkan peluang yang unik untuk pelajar menulis secara konsisten. Guru-guru boleh menggunakan blog untuk mempromosikan penulisan dan menambah kandungan pelajaran mereka dalam mana-mana disiplin pembelajaran sosial. Perbincangan berbentuk forum dalam talian mewarisi ciri kurang mengugut daripada perbincangan bersemuka, dan memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap dengan lebih liberal tentang sesuatu topik tanpa berasa bimbang akan pandangan orang lain.

Tinjauan literatur mencadangkan blog boleh digunakan secara positif untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan muzik. Kennedy(2003) melaporkan tentang pengintegrasian blog dalam kelas bahasa Inggeris di sekolah menengah dan mengatakan bahawa penerbitan web menyediakan pelajar dengan pembaca yang sebenar dan apabila digunakan secara optimum, satu suasana kolaborasi untuk pelajar memberi dan menerima maklum balas, mengajuk atau meniru cara penulis profesional menggunakan persekitaran bengkel untuk menghasilkan kraf mereka.(seperti yang dicatat dalam Barlett-Bragg, 2003). Tambahan pula, blog boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar seperti yang dibincangkan dalam literatur terdahulu (Godwin-Jones, 2003; Hernandez-Ramos,2004; Johnson 2004; Huffaker, 2005). Manakala Wickersham dan Chambers (2006) juga mencatatkan bahawa penggunaan portfolio elektronik memindahkan tanggungjawab pembelajaran kepada para pelajar, membenarkan mereka untuk melibatkan diri dan komited sepanjang proses pembelajaran dan dengan itu mengekalkan fokus pada suasana pembelajaran berpusatkan pelajar. Ellison dan Wu (2008) pula menyatakan bahawa pelajar lebih berusaha dalam penulisan mereka jika mereka tahu bahawa mereka menulis untuk semua pembaca di internet dan rakan sebaya, daripada kepada guru sahaja. Hakikatnya, blog mendedahkan pelajar kepada bilangan pembaca yang lebih ramai, kita boleh menjangkakan bahawa pelajar mungkin akan lebih berhati-hati dlaam penulisan secara dalam talian (daripada menghantar buku karangan kepada guru) Salah satu usaha awal menceritakan potensi blog dalam bilik darjah ialah artikel Oravec(2002), “Bookmarking the world”. Oravec membahas bahawa perkembangan blog membolehkan pelajar untuk menghasilkan satu suara penulisan dan menjadi lebih analitik dan kritik. Melalui respon yang aktif terhadap bahan dalam internet, pelajar boleh mendefinisikan kedudukan mereka dalam konteks penulisan mereka juga membentuk persepektif mereka dalam isu tertentu. (Richardson ,2005)mengatakan bahawa It will move writing as product to writing as conversation or contribution. Because of blogging, writing will take on more meaningful outcomes.

2.3 Kajian berkaitan

Persekitaran bahasa memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa kedua seseorang murid. Keadaan sedemikian dialami oleh pelajar bukan Melayu ketika belajar Bahasa Melayu. Persekitaran bahasa murid-murid bukan Melayu didominasi oleh bahasa ibunda. Bahasa tersebut digunakan sebagai bahasa harian terutama ketika berkomunikasi dengan individu atau kelompok daripada bangsa yang sama. Bahasa ibunda bukan sahaja digunakan di luar kawasan sekolah malah pada masa kelas Mata Pelajaran Bahasa Melayu. Pada masa pelajaran bahasa Melayu sedang diajar oleh guru, penggunaan bahasa ibunda masih berleluasa. (Farid M. Onn dan Ajid Che Kob,1981) Zamri &Zarina (2001) pelajar bukan Melayu mempunyai sikap negatif dan kurang berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu terutamanya ketika belajar di dalam dan di luar kelas.

Kajian Jamaludin dan Zamri (1999), mendapati persepsi pelajar terhadap penulisan karangan adalah positif tetapi corak pengajaran guru yang berbentuk atau bersifat satu hala agak mengecewakan para pelajar. Menurut mereka lagi guru kurang membantu mereka untuk melakukan penulisan. Peluang berbincang dengan guru dan rakan sedarjah amat terbatas. Biggs (1999), menyatakan bahawa amat penting untuk menghasilkan pembelajaran yang berkualiti dan untuk itu pendekatan pengajaran berpusatkan pelajar akan menggalakkan pelajar meneroka sendiri perkara yang hendak dipelajari dan secara tidak langsung meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam mengarang.

Ferdig.et. al (2007) dalam kajian mereka mendapati bahawa Children take a greater interest in writing when they know that it will be published for the whole world to see. Hasil daripada kajian mereka, mereka telah membuat kesimpulan tentang penggunaan blog dalam kemahiran menulis ekspositori di kalangan pelajar sekolah rendah seperti berikut:

i. General attitudes toward writing improved

ii. The quality of writing samples increased as compared to similar attempts from prior third grade classes as well as compared to previous writing samples within this group

iii. Students remainded motivated throughout the nine-week blogging project, primarly due to the excitement generated by each new comment from a college partner

Bab 3: Metodologi

3.1 Pendahuluan

Kajian ini menggunakan kaedah pembangunan Model ADDIE dalam proses pembinaan blog dan kaedah penyelidikan yang akan digunakan ialah kaedah eksperimental sebenar (True Experimental). Satu kumpulan kawalan dan satu kumpulan rawatan dipilih secara rawak daripada jumlah pelajar Tingkatan 4 yang seramai 100 orang.

3.2 Reka bentuk kajian

Model yang digunakan dalam pembinaan blog ialah Model ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation, Evaluation) iaitu yang terdiri daripada 5 fasa. Fasa-fasa ini ialah fasa Analisis, fasa Rekabentuk, fasa Pembangunan, fasa Pelaksanaan dan fasa Penilaian.

Model ADDIE

Reka bentuk ialah kajian eksperimental pretest and posttest, borang soal selidik

Randomized Subjects, Pretest –Posttest Control Group Design

________________________________________________________________________________

Group Pretest Independent Variable Posttest

(R) E Y1 X Y2

(R) C Y1 - Y2

3.3 Populasi dan sampel kajian

Bilangan pelajar bukan Melayu Tingkatan 4 = 103

Sample kajian seramai 60 orang: 30 kumpulan kawalan dan 30 kumpulan rawatan

3.4 Alat kajian

1. Ujian penulisan pelajar (pretest dan posttest) akan dianalisis mengenal pasti bilangan ayat yang

tidak gramatis, ejaan dan tanda bacaan yang tidak betul.

2. Borang Soal selidik – borang soal selidik merangkumi beberapa aspek

i. latar belakang subjek

ii. pengalaman menggunakan blogs

iii. pengalaman dalam penulisan karangan : kekerapan menulis, persepsi pelajar tentang

penulisan karangan

3. Skor ujian pretest dan posttest penulisan karangan pelajar kawalan dan rawatan.

3.5 Prosedur pengumpulan data

1.Ujian rintis akan dijalankan untuk menguji validity and reliability alat kajian dan konstruk yang

perlu dibaiki

2. Borang soal selidik diedar kepada semua sampel kajian dan dikutip untuk mendapatkan data yang

diperlukan sebelum eksperimen.

3. Markah ujian penulisan karangan akan dicatat untuk pretest bagi kumpulan kawalan dan rawatan.

4. Analisis bilangan kesilapan ayat, ejaan dan tanda baca juga akan dicatat.tamat sesi penulisan

karangan dengan menggunakan blogs dan markah karangan kumpulan kawalan.

5. Borang soal selidik akan diedarkan sekali lagi kepada kumpulan kawalan dan rawatan

3.6 Prosedur penganalisisan data

Ujian Statistik

1. Ujian korelasi Pearson untuk menentukan korelasi antara penggunaan blogs dengan pencapaian penulisan karangan pelajar

2. Ujian korelasi Spearman’s rho untuk menentukan korelasi antara penggunaan blogs dengan kekerapan menulis dan kemahiran menulis karangan

3. Ujian t untuk melihat perbezaan pencapaian penulisan pelajar, perbezaan pencapaian antara kumpulan kawalan dan rawatan dan kemahiran menulis

2 comments:

  1. thanks for sharing. boleh tak kalau saya nak tahu apa tajuk literature review yang awak dapat tu? saya mahu cari. tq :)

    ReplyDelete
  2. hello bintang, u nak semua literature review tu ke or just yang tertentu je? kalau nak semua,adalah terlalu panjang untuk diposkan di sini. so, kalau sudi bagi emel bintang, saya akan emelkannya. tq.

    ReplyDelete