Sunday, May 31, 2009

Kerapuhan Dasar Pendidikan

Begitu banyak isu berkenaan dengan remaja dan pendidikan dikemukakan dan diperbincangkan dalam pelbagai media.
1. Isu PPSMI
2.Isu Mat Rempit hendak ditukarkan nama kepada Samseng Jalan Raya
3. Isu bilangan mata pelajaran yang boleh diambil dalam peperiksaan SPM

Sebelum sesuatu dasar berkenaan pendidikan atau apa-apa sahaja dasar yang ingin dilaksanakan akan dikaji dengan teliti, barulah dilaksanakan. Bukan daripada bukti kajian yang dibuat cukup dan kukuh menjadi asas kepda sesuatu dasar diimplemen seperti dasar pendidikan.
Mengapa perlu dilaksanakan untuk satu jangka waktu, baru mendapati bahawa sebenarnya dasar itu mendatangkan implikasi yang pelbagai seperti Pensijilan Terbuka pada tahun 2000

PENSIJILAN TERBUKA – SPM 2000

  • Para pengguna keputusan SPM tidak memerlukan maklumat tentang pangkat sijil, sebaliknya memberikan tumpuan kepada pencapaian kelompok-kelompok mata pelajaran yang releven mengikut keperluan khusus pengguna
  • Pensijilan terbuka sepenuhnya akan diberikan kepada pelajar asalkan lulus mana-mana satu mata pelajaran
  • Pensijilan terbuka bersyarat akan diberikan dengan syarat kelulusan tertentu (atas sebab-sebab dasar dan sebagainya)
  • Pensijilan atas merit mata pelajaran dan bukannya kerana syarat kelompok mata pelajaran
  • Tidak memeringkatkan pelajar dalam penganugerahan sijil

PRINSIP PENSIJILAN TERBUKA SPM 2000

  • Memenuhi hasrat dan selaras dengan kehendak dasar kurikulum dan pendidikan kebangsaan
  • Mengekalkan pengiktirafan sijil sama ada dalam atau luar negeri
  • Mengekalkan standard (benchmark) mata pelajaran
  • Keterbukaan dan fleksibal
  • Mata pelajaran tidak dikelompokkan dalam kumpulan-kumpulan elektif
  • Mata pelajaran SPMV kini akan diletakkan di bawah satu senarai skema SPM
  • Senarai dan kod mata pelajaran SPM dan SPMV masa kini akan dikekalkan

PERATURAN PEPERIKSAAN

  • Pengendalian peperiksaan masa kini akan dikekalkan
  • Syarat layak mengambil peperiksaan dikekalkan
  • Kaedah memperbaiki keputusan mata pelajaran tertentu secara 'patching' yang mula dilaksanakan dalam peperiksaan SPM (Julai) 1998 akan diteruskan dengan syarat menduduki dan memenuhi syarat pensijilan kali yang pertama, atau dengan mengulang peperiksaan semula
Apakah rasional dan prinsip dalam pelaksanaan dasar ini?
Sebenarnya, kalau benar-benar sesuatu dasar pendidikan itu hendak dilaksanakan, lakukanlah dengan penyelidikan dan melibatkan guru-guru(mendapatkan maklumat dan pandangan daripada guru-guru berkenaan dengan sesuatu dasar itu)kerana merekalah yang paling rapat dan mengetahui situasi dan masalah yang dihadapi oleh sekolah.
Kalau didapati sesuatu dasar itu tidak perlu dilaksanakan, jadi tidak perlu dilaksanakan kerana mungkin kebanyakan sekolah di negara kita belum bersedia dengan perubahan yang akan dilaksanakan. Dasar pendidikan kita terlalu banyak, kejap ini kejap itu. Walaupun perubahan bertujuan membawa kebaikan, adakah sekolah kita, guru kita, sistem pendidikan, pelajar kita, ibu bapa kita sudah bersedia?
JURANG perbezaan antara sekolah di negara kita masih begitu besar. Masalah DISIPLIN pelajar makin merosot dan membimbangkan.
Sepatutnya perkara-perkara di atas harus ditangani dahulu? Betul tak?

No comments:

Post a Comment