Penguasaan kosa kata yang luas amat penting untuk menjamin pelajar dapat menulis dengan baik. Apabila sesuatu tajuk karangan mempunyai perkataan atau kosa kata yang kurang biasa digunakan, maka pelajar akan menghadapi masalah mengetahui maksud atau kehendak tajuk.
Kosa kata ini kadang-kadang menyebabkan pelajar tidak berani menulis tajuk yang sebenarnya mudah tetapi nampak seperti susah disebabkan kosa kata yang digunakan kurang difahami oleh pelajar-pelajar bukan Melayu. Mereka mengetahui maksudnya dalam bahasa Cina tetapi tidak tahu kosa katanya dalam bahasa Melayu
Antaranya seperti :
sumbang mahram/muhrim
mat rempit
Rakan Muda
Wawasan
pembasmian -- kalau guna kosa kata menghapuskan(pelajar lebih memahami)
gigolo -- kalau gunakan kosa kata bapa ayam mungkin mereka memahaminya
memboloskan diri --melarikan diri
No comments:
Post a Comment