Sunday, November 11, 2012

Latihan 1: Imbuhan 12.11.12


C.Beri Imbuhan yang sesuai

1.Rumput di padang yang subur____itu menjadi kegemaran kambing-kambing [hijau]
2.Ah Chai bercadang untuk_____sebuah lagu di majlis perpisahan itu [dendang]
3. Kerja-kerja ______songket mestilah dilakukan dengan penuh kesabaran [tenun]
4.Jamiah sakit perut dan muntah-muntah kerana_____makanan beracun [makan]
5.Sebelum_____tahun satu, adik saya belajar di tadika [masuk]
6. Untuk _____karangan yang baik mestilah menggunakan tatabahasa yang betul [hasil]
7. Penyanyi remaja itulah yang ______irama rap di negara kita [pelopor]
8. Setiap______mestilah disertai dengan wang pendahuluan [mohon]
9. Setiap kali tibanya Hari Raya Aidifitri, ramai umat Islam____tanah perkuburan [kunjung]
10.Kita janganlah mudah____dengan pesta jualan murah yang diadakan [pedaya]

Berikan Imbuhan yang sesuai pada kata-kata yang diberi
1.    ____beliau sebagai presiden parti itu tidak akan terjejas [duduk]
2.    ____itu telah memberikan derma sebanyak RM 10 000 kepada pertubuhan tersebut. [harta]
3.    ____Dataran Merdeka di Kuala Lumpur hampir siap [bina]
4.    Kami akan mengatur pelbagai___untuk anggota-anggota persatuan [giat]
5.    Kanak-kanak harus diberi_____yang baik oleh ibu bapa [asuh]
6.    Ada beberapa ratus ekor ayam ____Encik Amat mati akibat penyakit. [ternak]
7.    _____harus memberikan fakta-fakta yang benar dalam laporan mereka [warta]
8.    Beberapa pusat _____di negara ini akan dilawati oleh rombongan itu. [angin]
9.    _____untuk acara 400 meter itu handal-handal belaka [serta]
10. Filem-filem lakonan______P. Ramlee masih diminati [seni]

1.    Kamu harus_______masalah ini sebaik-baiknya[atas]
2.    Kami akan_______beberapa buah buku yang bermutu untuk para pelajar[terbit]
3.    Mengapakah kamu tidak_____panggilan kami tadi?[sahut]
4.    Anda mesti______borang permohonan ini dengan teliti[isi]
5.    Kerajaan bercadang untuk___sumber ekonomi negara[pelbagai]
6.    Budak-budak nakal itu_____apabila disergah oleh penjaga lombong tersebut[tempiar]
7.    Beliau____________kepada penduduk kampung supaya menerima arus pembangunan[seru]
8.    Kami percaya bahawa ada kuasa asing yang__pemberontak-pemberontak itu [senjata]
9.    Anggota-anggota tentera telah______________bantuan makanan kepada mangsa-mangsa banjir itu [terbang]
10. Tidak seorang pun yang______________pendapat yang dikemukakan oleh Sek Gan [setuju]


1.      _________________songket itu sangat halus(sulam)
2.      ______Zainal dengan Ju Lian tidak direstui oleh ibu bapa mereka(kahwin)
3.      Aman mendapat tempat pertama dalam_____itu(lumba)
4.      Kawasan________di Sabah dan Sarawak dipenuhi hutan(dalam)
5.      Para______Sekolah Menengah Indera sedang berbaris di padang(ajar)
6.      Beberapa orang tercedera dalam _____pagi tadi(malang)
7.      Banyak orang yang mati kelaparan semasa_______________________Jepun(perintah)
8.      Alat_________________________hawa di bilik itu rosak(dingin)
9.      Calon yang mempunyai _______dalam bidang kejuruteraan layak memohon jawatan itu(alam)
10.  Haji Dawan seorang hartawan yang ____________(murah)
11.  Aziz menghadiahi__________nya sebentuk cincin berlian(kasih)
12.  __________yang mencerobohi rumah itu sudah ditangkap(curi)
13.  Para pelancong terpikat oleh____pemandangan di Pulau Langkawi(indah)
14.  _______Rahman dalam bidang politik tidak disukai isterinya(libat)
15.  Para_______pasukan itu terlonjak-lonjak kesukaan(sokong)
16.  Kmai senantiasa nasihat-menasihati untuk________bersama(baik)
17.  Dia terpegun apabila ____________itu tersenyum kepadanya(jelita)
18.  _________itu memperagakan baju kebaya sulaman songket(raga)
19.  Para_________berlari-lari keluar dari kilang yang terbakar itu(kerja)
20.  Rohani melihat-lihat____________yang hendak dibelinya(pakai)

9 comments:

  1. selepas dah buat latihan ni,
    bagaimana tau jawapannya??

    ReplyDelete
  2. Jawapan drpd Yaya
    C:
    1.menghijau
    2.mendendangkan
    3.menenun
    4.memakan
    5.memasuki
    6.menghasilkan
    7.mempelopori
    8.memohon
    9.mengunjungi
    10.memperdayakan


    1.Kedudukan
    2.Hartawan
    3.Binaan
    4.Kegiatan
    5.asuhan
    6.ternakan
    7.Wartawan
    8.peranginan
    9.Peserta
    10.seniman


    1.mengatasi
    2.menerbit
    3.menyahut
    4.mengisikan
    5.mempelbagaikan
    6.bertempiar
    7.menyeru
    8.bersenjata
    9.menerbangkan
    10.mempersetujui

    1.Sulaman
    2.Perkahwinan
    3.perlumbaan
    4.dalaman
    5.pengajar
    6.kemalangan
    7.perintahan
    8.pendingin
    9.pengalaman
    10.pemurah
    11.kekasih
    12.Pencuri
    13.keindahan
    14.Penglibatan
    15.penyokong
    16.berbaik
    17.jelitawan
    18.pekerja
    19.Peraga
    20.pakaian

    Sila cikgu menyemakkan jawapan tersebut..
    jika terdapat kesalahan,
    saya akan membuat pembetulan...

    Terima kasih cikgu ya..:)

    ReplyDelete
  3. harap bersabar dulu, cikgu sedang sibuk berpindah rumah. Cikgu akan semak kemudian, terima kasih kerana menyiapkan latihan dengan cepat.

    ReplyDelete
  4. ok.tak ada masalah..
    ckgu sibuk berpindah rumah dulu...
    nanti semak latihan tersebut...

    :)

    ReplyDelete
  5. Ada apa kelainan antara mesti dan mestilah?

    ReplyDelete
  6. Soalan 10 {pedaya} ada kesalahan tak?

    ReplyDelete
  7. mestilah -lah sebagai kata penegas dalam ayat, maksudnya 强调 mesti 这个字。

    Ber- imbuhan yang membentuk kata kerja tak transitif contohnya :berjalan ke..., bermain dengan...

    MeN- imbuhan yang membentuk kata kerja transitif contohnya, membasuh baju, menjalankan aktiviti, memainkan peranan....

    soalan 10 ,pedaya (tiada kesalahan)

    ReplyDelete