Monday, February 16, 2009

Burung-burung

Semalam, saya cuba membuat kek coklat basah, buah tangan daripada seorang rakan Melayu, Yatie namanya. Setelah siap, saya mendapati dapur saya didatangi burung-burung pipit. Mula-mulanya 3 ekor, kemudian 4 ekor, 5 ekor hinggalah 6 ekor yang hinggap kat grill pintu ke belakang rumah. Adakah disebabkan masakan saya itu begitu wangi sekali sehingga burung-burung ini tercium akan keharumannya? Jiran kata mengikut kepercayaan orang-orang tua masyarakat Cina, itu tandanya bilangan anak that you are going to have. Terkejut saya mendengarnya, 6 orang. Tertanya-tanya mungkinkah ada interprestasi yang lain tak? Sebab ini merupakan kali kedua femonena seperti ini berlaku.

3 ekor
4 ekor

5 ekor

5 ekor burung dengan pelbagai ragam

6 ekor
Mungkinkah burung-burung ini ialah burung yang saya beli daripada kedai dan lepaskan di belakang rumah saya tu, dah banyak burung yang saya beli dan lepaskan sejak 2004 hingga sekarang, lebih kurang 30-40 ekor.

No comments:

Post a Comment