Daripada pengalaman mengajar, saya mendapati pelajar tidak begitu minat untuk menulis karangan kerana masalah penguasaan kemahiran menulis, masalah untuk mengembangkan isi dan kurang mengambil tahu isu semasa yang berlaku. Pelajar lebih bertumpu kepada apa yang boleh dipelajari daripada buku teks atau yang terkandung dalam sukatan pelajaran dan apa yang diajar oleh guru-guru.
Pelajar seharusnya didedahkan kepada teknik mencari maklumat dan menggunakan maklumat yang begitu kaya dalam tapak sesawang. Pelbagaikan cara penulisan karangan seperti dengan menggunakan word processing, grafik dan blogs. Dengan itu, penulisan karangan akan menjadi aktiviti yang menarik tidak hanya dalam bentuk perkataan tetapi pelajar boleh memasukkan elemen grafik, carta dan gambar untuk menjadikan penulisan mereka lebih menarik.
Apa yang lebih penting adalah komen daripada guru dan rakan sebaya tentang penulisan mereka, maklum balas ini dapat memotivasikan pelajar untuk menulis dengan lebih kerap serta membuat refleksi terhadap apa yang telah ditulis oleh mereka.
Pelajar memang berminat untuk melihat komen yang diberikan oleh guru, setiap kali saya pulangkan buku karangan kepada pelajar, saya dapat melihat pelajar-pelajar akan membuka buku karangan masing-masing untuk melihat apa komen yang telah tulis pada buku mereka.
No comments:
Post a Comment