Berbincang kembali masalah penulisan dalam kalangan pelajar bukan Melayu, sebenarnya banyak faktor yang mengakibatkan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu. Selalunya minat, motivasi, efikasi, dan sikap menjadi tumpuan kajian untuk mengenal pasti masalah pembelajaran bahasa.
Sebenarnya, tidak mustahil untuk seseorang itu menguasai bahasa kedua seperti penutur bahasa pertama. Soalnya mahu atau tidak mahu mempelajarinya. Pelajar mungkin tidak nampak apa gunanya sesuatu bahasa itu dipelajari walaupun sudah dijelaskan berulang kali. Pihak sekolah dan guru-guru, selalu mengingatkan pelajar bahawa mendapat kelulusan dalam Bahasa Melayu menjadi syarat untuk mendapatkan sijil SPM. Rata-ratanya, pelajar akan menyedari kepentingannya apabila keputusan SPM diperoleh.
Sebagai guru, seharusnya kita mengajar bahasa dengan menggunakan bahasa itu dalam keadaan sebenarnya dalam kehidupan pelajar. Misalnya, mewujudkan keadaan yang memaksa pelajar menggunakan bahasa untuk berkomunikasi atau untuk melaksanakan sesuatu tugasan. Contohnya, meminta pelajar merakamkan perbualan atau wawancara mereka dengan rakan sedarjah tentang sesuatu isu. Meminta kumpulan pelajar berbincang dan menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan untuk mengadu masalah yang dihadapi oleh penduduk, atau menulis kepada pengerusi PIBG, untuk meminta bantuan kewangan untuk aktiviti atau projek yang ingin dijalankan oleh pelajar
No comments:
Post a Comment