Tuesday, February 17, 2009

Pendekatan Baharu dalam Penulisan Karangan

Di sekolah, penulisan karangan lebih bertumpu dan fokus kepada peperiksaan. Kreativiti pelajar dalam penulisan tidak digalakkan dan tidak dipupuk. Kebanyakan tajuk karangan yang diberi merupakan tajuk-tajuk yang bersifat fakta dan memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan tentang sesuatu tajuk atau topik. Contohnya, jika pelajar-pelajar diminta untuk menulis tentang Wawasan 2020, didapati ramai pelajar pernah mendengar istilah ini tetapi mereka tidak mempunyai pengetahuan dan maklumat yang mencukupi untuk menghasilkan karangan ini. Apatah lagi, pelajar-pelajar bukan Melayu yang jarang menulis, membaca dan menggunakan Bahasa Melayu. Konsep Wawasan 2020 amat asing bagi mereka.

Daripada pembacaan yang dibuat, didapati blog dikatakan boleh mendorong pelajar untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu topik dan merancang penulisan mereka dengan lebih teliti. Mereka akan lebih berhati-hati dengan ejaan, kosa kata, ayat yang digunakan.

No comments:

Post a Comment