Sunday, March 29, 2009

Ledakan Maklumat

Maklumat, Ilmu ada di mana-mana sahaja, jika ada talian internet, pada bila-bila masa, di mana jua, kita bisa memperoleh maklumat dengan mudah tanpa membawa buku yang setebal buku panduan telefon. Tapak sesawang ini kurang dimanfaatkan oleh pelajar kita. Ramai yang mengetahui bahawa mereka boleh memperoleh maklumat dalam laman web tetapi acapkali apabila melayari internet, yang dicari gossip, berita hiburan, artis, permainan internet, chat, friendster, facebook, tidak kurang juga laman web yang lucah yang menjadi pilihan.
Maklumat yang bermanfaat yang berkait dengan pembelajaran kurang dilayari. Adakah disebabkan mereka tidak mengetahui cara untuk memperoleh maklumat seperti ini yang boleh membantu mereka dalam penulisan karangan, membuat projek sains, menjadi kreatif.
Patutlah sekolah mengadakan pertandingan reka cipta , reka bentuk sama ada bahasa(puisi, drama, pantun, pidato, poster, elektronik, dan design kotak ke, botol ke, atau apa jua barangan supaya pelajar lebih mengaplikasikan apa yang dipelajari dan cuba menggunakan sumber internet dalam membantu mereka membuat rekaan dan ciptaan. Bukankah itu lebih menyeronokkan?
Banyak lagi sekolah yang terikat dan terlalu mementingkan pencapaian akademik, sehinggakan kita lupa bahawa bukan semua pelajar mampu memperoleh kejayaan dalam bidang akademik, ada yang mempunyai kecerdasan dalam bidang lain yang bukan akademik.

2 comments:

  1. Betul Lee. Semua orang ada kepintarannya yang tersendiri. Projek-projek yang dinyatakan di atas akan menjai lebih menarik jika pencarian maklumat dibuat melalui internet. Teruskan dengan idea-idea anda yang bernas.

    ReplyDelete
  2. Betul, betul...sebagai guru kita jangan terlalu terikat kepada kurikulum. Kita perlu berani mencuba pendekatan baru agar dapat mengasah minda pelajar kita. Saya rasa pelajar kita perlu diberi peluang meluahkan idea mereka secara bebas dalam rekaan dan ciptaan. Kita pasti akan tergamam dengan apa yang mampu mereka lakukan.

    ReplyDelete