Baru-baru ini saya mendapat panggilan daripada kakak saya meminta saya mencari maklumat tentang pusat pemulihan akhlak untuk seorang pelajar tingkatan empat di kampung saya. Emaknya sudah tidak tahu bagaimana hendak mendidik anak perempuannya. Anaknya tidak dapat dikawal, sering bergaul dengan sekumpulan lelaki dan jarang balik ke rumah. Apabila ditegur, budak perempuan ini mengugut untuk melarikan diri. Emaknya bingung dan tidak tahu apa lagi yang mampu dilakukannya.
Saya membantunya untuk mendapatkan khidmat nasihat kaunselor dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Hingga kini tiada lagi berita tentang hasil perbincangannya dengan kaunselor dan keadaan anak perempuannya yang sudah berminggu-minggu tinggal di rumah rakannya.
Mengapa anak muda sekarang begitu berani, bebas dan liar. Tidak tahu batas dan terlalu dimanjakan oleh ibu bapa? Saya rasa kita semua sedar dan nampak dengan jelas akan apa yang sedang berlaku pada anak-anak muda sekarang, cara mereka berkomunikasi, bertutur, rambut, pakaian dan perangai. Masing-masing dengan telefon bimbit, berkomunikasi tanpa memandang mata pihak lawan, asyik dengan menekan kekunci pada telefon bimbit. Rambut berwarna-warni, pakaian seksi dengan fesyen terkini, aksesori yang keterlaluan. Suka menarik perhatian orang ramai dengan cara berpakaian, bersolek secara pelik dan macam-macam lagi.
Tapi, apakah usaha yang sedang dan telah dijalankan untuk membawa remaja ini balik ke alam nyata, belajar untuk bersyukur dan berterima kasih atas apa yang dimiliki, tidak terlalu materialistik ?
No comments:
Post a Comment