Wednesday, July 29, 2009

Langkah Pencegahan Influenza A H1N1

10 Perkara yang perlu diberi perhatian semasa menjalani kuarantin di rumah


1. Anda perlu berada di rumah sepanjang tempoh kuarantin yang ditetapkan(seboleh-bolehnya duduk dalam bilik berasingan daripada ahli keluarga yang lain

2. Amalkan kebersihan diri

a. tutup mulut dan hidung dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin.

b. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah

c. Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin

d. Basuh tangan selepas menyentuh hidung, mulut dan mata anda

e. Elakkan berkongsi tandas, peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain

f. Pastikan pengudaraan yang baik di rumah

3. Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar oleh cecair hidung atau mulut perlu dibersihkan. Gunakan bahan cucian berasaskan klorin(misalnya chlorox –campurkan 1 bahagian chlorox dengan 49 bahagian air

4. Jika anda deman / batuk dan mengalami gejala-gejala selesema dan perlu berhubung dengan orang lain gunakan penutup mulut dan hidung(mask)

5. Kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara dan elakkan dari hadir di tempat awam

6. Pantau suhu badan(demam) dan tanda-tanda jangkitan setiap hari sepanjang tempoh kuarantin

7. Dapatkan bantuan saudara mara atau rakan bagi memperoleh keperluan harian jika tinggi bersendirian

8. Catatkan nama, nombor telefon dan alamat saudara mara / rakan atau mereka yang mengunjungi rumah anda

9. Segera hubungi Pegawai Kesihatan Daerah berdekatan sekiranya mengalami demam atau gejala-gejala penyakit lain

10. Ikuti perkembangan semasa mengenai penyakit ini dari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia, radio, TV dan akhbar

No comments:

Post a Comment