Wednesday, July 1, 2009

Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa

Sudah dua hari saya mengikuti siri rakaman video di youtube tentang pembelajaran dan pengajaran bahasa oleh Steve Kaufmann seorang linguist yang boleh menguasai 10 bahasa seperti Rusia, Korea, Mandarin, Perancis, Inggeris, Kantonis, Sepanyol. Anda boleh saksikan temu ramah yang dijalankan dalam bahasa Mandarin, Korea dan lain-lain. Dalam blog iaitu thelanguagelearningblog.com, ada disenaraikan 25 tips pembelajaran bahasa.

Pada pendapat Steve, untuk belajar bahasa kita perlu banyak membaca dan mendengar. Pendapat ini selaras dengan Comprehensible or Input Hypothesis yang dikemukakan oleh Stephen Krashen.

Input hypothesis merupakan percubaan Krashen untuk menerangkan bagaimana seseorang itu belajar untuk memperoleh bahasa kedua. Bagaimana pemerolehan bahasa kedua berlaku. Input hypothesis hanya menitik beratkan "pemerolehan" bukan "pembealjaran"'. Menurut hipotesis ini, seseorang pelajar bertambah baik dan maju dengan menggunakan "natural order" apabila menerima input bahasa kedua yang melebihi satu tahap kecekapan linguistiknya. Sebagai contoh, jika seseorang itu pada tahap i , pemerolehan berlaku apabila seseorang itu didedahkan kepada 'Comprehensible Input' tahap 'i + 1'. Memandangkan bukan semua pelajar boleh berada pada tahap kecekapan linguistik yang sama, Krashen mencadangkan "input komunikasi semula jadi (natural ocmmunication input) adalah kunci dalam mereka bentuk sukatan, memastikan bahawa dengan cara ini setiap pelajar akan menerima beberapa 'i + 1' input yang sesuai dengan tahap kecekapan linguistiknya.

No comments:

Post a Comment