Terdapat dua mazhab yang bercanggah pendapat tentang pembelajaran dan pengajaran bahasa terutama dalam isu pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua (SLA)
Ada pihak yang berpendapat bahawa penguasaan bahasa kedua perlu melalui proses pemerolehan bahasa seperti bahasa pertama, bukan secara pembelajaran secara sedar. Tidak melalui pembelajaran rumus tatabahasa yang dikatakan tidak membantu dalam pembelajaran bahasa kedua. Contohnya, seperti kanak-kanak apabila mempelajari bahasa pertama tidak diajar tentang rumus tatabahasa. Apa yang penting ialah pendengaran, mendengar dengan banyak. Apabila sudah tiba masa untuk bertutur dalam bahasa pertama, kanak-kanak itu akan mengujarkan apa yang pernah didengarinya berulang-ulang kali. Jadi, mendengar dan membaca merupakan langkah awal dalam pembelajaran bahasa.
Satu pihak lagi menyokong penguasaan bahasa secara sedar iaitu melalui pembelajaran bukan pemerolehan. Belajar tentang rumus tatabahasa dan membina kosa kata bahasa kedua. Pembelajaran mengutamakan latih tubi dan mempraktikkan penggunaan bahasa kedua dalam pelbagai situasi.
Pendekatan terbaharu adalah menggabungkan kedua-dua cara iaitu pemerolehan bahasa dan pembelajaran bahasa. Pendekatan Pemerolehan bahasa kedua dilakukan pada peringkat awal semasa seseorang itu mula didedahkan kepada bahasa kedua dan pembelajaran bahasa secara sedar apabila memperoleh bahasa kedua. Pembelajaran bahasa kedua adalah untuk mengukuhan pemerolehan bahasa.
No comments:
Post a Comment