Wednesday, July 29, 2009

Penularan Wabak H1N1

Rasanya semua IPTA sudah ditutup kerana influenza A H1N1. Apakah sebenarnya langkah yang proaktif dan lebih menyeluruh dalam menyekat penularan wabak ini? Tidak perlu ke kampus untuk minggu ini, semua kuliah dan kelas telah dibatalkan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Rasanya langkah pencegahan perlu ditingkatkan lagi agar memastikan kuarantin yang dijalankan adalah berkesan untuk mencegah wabak ini. Pemakaian topeng(mask) harus dikuatkuasakan dan langkah pembasmian virus dan kerja pembersihan yang menyeluruh harus dijalankan.

Kita harus sedar bahawa wabak ini makin merebak dan semua harus berhati-hati dan mempunyai rasa tanggungjawab membantu pencegahan wabak ini.

No comments:

Post a Comment