Tuesday, July 21, 2009

Pendidikan Abad Ke-21

Banyak perubahan telah berlaku dalam sistem pendidikan di seluruh dunia ekoran daripada perkembangan teknologi ICT yang begitu pesat. Dulu kita memberikan tumpuan kepada guru kepada pengajaran; guru perlu mengajar pelajar; peranan utama dalam sistem pendidikan ialah guru; guru yang menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar; pengajaran begitu penting. Kemudian peranan itu telah diberikan kepada pelajar, pelajarlah yang menjadi fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran ekoran daripada teori konstruktivisme yang menekankan pelajar yang perlu berperanan aktif dalam pembelajaran dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator.

Jadi daripada KLSM kita merombak sistem pendidikan kita kepada KBSM. Sudah hampir 30 tahun KBSM dilaksanakan. Kajian perlu dilakukan tentang hasil pelaksanaan KBSM dan keperluan sistem pendidikan pada abad ke-21, sama ada KBSM masih relevan?

Sistem pendidikan pada abad ke-21, lebih bertumpu pada pembelajaran, kepada rangkaian(network). Banyak kita perkatakan tentang e-pembelajaran, pembelajaran jarak jauh, pembelajaran 24/7 dan lain-lain. Hal ini kerana teori pembelajaran yang menunjangi perubahan ini ialah teori connectivism yang dikemukakan oleh George Siemes.

Proses pengajaran dan pembelajaran tidak lagi berfokus kepada sama ada guru atau pelajar, tetapi kepada pembelajaran. Akibat daripada ledakan maklumat yang terdapat dalam tapak sesawang, kita perlu tahu memilih, menapis dan memproses maklumat tersebut. Oleh sebab itu, guru bukan sebagai pengajar tetapi pembimbing dan sebagai pelajar juga. Guru juga berperanan sebagai pelajar belajar cara untuk menggunakan maklumat yang ada dan mendidik pelajar kemahiran untuk memilih, menapis dan memproses maklumat yang diterima. Jadi, fokus dan sasaran adalah pada pembelajaran!

No comments:

Post a Comment