Bab
28: Koi-bito (kekasih)- lovers, lifelong partners
Cerita bermula dengan Nek Kiah
menyusun sirih di atas cembul. Dahlia bertanya kepada Nek Kiah tentang adat
pertunangan, cara menyusun tepak sirih, isi yang perlu ada seperti gambir,
kapur, tembakau, cengkih, sirih dan kacip. Nek Kiah memberitahu bahawa kalau
beradat, biar betul-betul, semasa majlis perkahwinan anak Iman Deraman, bukan
sahaja cara meletak salah malah isi tepak sirih tidak lengkap. Nek Kiah mahu
buat betul-betul untuk cucunya. Perkataan ‘cucu’ yang diujarkan oleh Nek Kiah
membuat Lia terharu, Tuhan telah kembalikan neneknya, jika dulu hendak ke rumah
nenek sangat susah, tetapi sekarang sehari, sampai 2 kali nenek datang ke rumah
, malah kadang-kadang tidur di rumahnya. Dahlia berasa amat bahagia. Nek Kiah
juga menerangkan makna setiap benda yang diletakkan dalam tepak sirih kepada
Lia. Lia gelak ketawa bersama neneknya. Aminah (adik emaknya) dari Melaka
menegur Lia yang ketawa dengan membuka lebar mulutnya. Kata Aminah, nanti bakal
suami Lia lari.
Lia berasa sedih kerana pada petang
itu dia akan ke Kuala Lumpur dan esok memulakan hidup baharu selama 6 bulan
sebagai warga kota. Sudah sejam Lia bersiap, sekadar bersolek dan bertudung
serta baju kurung merah jambu daripada kain satin, bukan susah untuk bersiap
tidak perlu bantuan orang lain. Nek Kiah memberitahu bahawa tetamu sudah ramai
tetapi Azhari masih tidak sampai lagi.Nek Kiah menutup pintu bilik, menyeluk
kocek bajunya, dikeluarkan gumpalan kain. Nek Kiah berkata Lia akan pergi jauh,
dia tidak ada apa-apa untuk diberikan kepada Lia, Lia bersyukur kerana Nek Kiah
sudi datang ke majlisnya, itu sudah cukup. Nek Kiah memberikan Lia gelang
pusaka, disuruh simpan sebagai bekal jika berlaku kesempitan wang. Lia
menggeleng, Nek Kiah memberitahu gelang itu sudah dipakainya sekian lama,
harganya mungkin lebih RM 2000.00. Nek Kiah menyuruhnya mengambil gelang itu
dan jangan memberitahu sesiapa tentangnya. Nek Kiah mengatakan bahawa Lia
satu-satu cucunya yang sebenar-benarnya. Lia terharu mendengar kata neneknya.
Memikirkan tidak mahu mengecilkan hati neneknya, Lia mengambil gelang itu. Nek
Kiah tersenyum lalu keluar.
Lia terkenang pula peristiwa membeli
cincin dengan Az. Cincin yang hendak dibeli oleh Az terlalu mahal, Lia meminta
Az membeli cincin yang harganya seratus dua, Az memberitahu bahwa tidak salah
kalau membeli cincin berharga seribu lebih kerana duit sudah disediakan, jika
kahwin, dia akan belikan Lia rantai. Lia takut dikatakan orang , jika ada duit,
lebih baik melabur di ASB. Az mengakui kata-kata Lia itu betul, calon isterinya
tahu berjimat, tetapi cincin mahal ini akan dibeli juga kerana merupakan hajat
emaknya.
Mawar menolak pintu dan memberitahu
Lia kawannya datang. Lia teringat akan Kavita dan Siti Wangi yang
dikhabarkannya melaui kad. Kavita memberitahu bahawa dia datang bersama cikgu
Hisyam dan mengucapkan tahniah kepada Lia kerana terpilih ke Jepun, malah cikgu
Hisyam pun sudah tahu hal itu. Mereka gelak ketawa, Nek Kiah mengetuk dinding
meminta anak dara di dalam bilik senyap kerana tetamu sudah ramai, tetapi
rombongan yang ditunggu masih tidak sampai. Bas Lia akan bertolak pada pukul
5pm, sekarang sudah pukul 3. 45pm. Az berjanji datang selepas Zuhur, paling
lewat pukul 2pm. Asar sudah pun hampir tetapi yang ditunggu belum tiba juga.
Cadangan diawalkan sehari hari pertunangan ditolak kerana kedua-dua pihak sudah
memberitahu saudara mara. Kalau tidak sempat, Lia akan meninggalkan majlis,
tanpanya majlis boleh dijalankan walaupun kurang manis. Upacara menyarungkan
cincin hanyalah adat, tidak menjadi kesalahan jika dia tidak ada. Embong
meminta Lia bersiap kerana risau Lia akan ketinggalan bas begitu juga Haji
Sulaiman. Untunglah Lia sudah bersiap awal tidak terkial-kial lagi. Lia ke
bawah, dia sedih kerana yang ditunggu tidak sampai. Lia bersalam dengan
adik-adiknya dan ibu bapanya. Tauke Lim pula berpesan agar Lia rajin belajar,
jangan lupa balik kampung setelah pandai. Cikgu Hisyam mengucapkan tahniah dan
memberitahu Lia bahawa kebanggaan yang tidak akan dilupakannya. Embong mengingatkan
Lia jangan lupa akan Tuhan, dan di mana-mana Lia berada, ingat bahawa dia orang
Melayu. Lia meminta Bakar menjaga rumah. Setelah melambai, Dahlia dan Hj
Sulaiman dihantar ke jalan kampung tempat keretanya diletakkan. Dahlia masuk ke
kereta Haji Sulaiman, tanpa berbicara, kepiluan menghiris kalbunya. Haji
Sulaiam menyerahkan satu sampul surat di dalamnya ada RM 500.00, sumbangan
orang kampung, Tauke Lim sendiri memberi RM 300.00. Haji Sulaiman mengatakan
bahawa pungutan derma memang dah lama diamalkan. Kereta bergerak lambat, tetapi
Lia terasa begitu cepat. Dia mahu menunduk tetapi dia juga mahu tahu
kalau-kalau berselisih dengan rombongan yang dinantinya.
Akhirnya, Lia sampai ke stesen bas
Bandar Penggaram setelah bergerak 17km dari kampung halaman. 2 beg dijinjitnya
untuk dibawa masuk ke bas yang sedang menanti. Dilihatnya jam, tepat masanya.
“Dahlia”,
Lia mencari suara itu, “Dahlia”, Lia menoleh ke kiri, Azhari, lelaki itu segera
keluar dari kereta dan bergegas menuju ke arah Lia. Haji Sulaiman hanya
melihat. Lia bertanyakan sebab Az lambat, Az memberitahu bahawa pakcik yang
menjadi jurucakap lambat sampai, Az minta ditinggalkan sahaja, tetapi mereka
hendak menunggu. Lia bergerak menaiki bas apabila dipanggil oleh lelaki berbaju
biru. Az membantu mengangkat sebuah beg ke bas Satria. Tiket diperiksa dan
Dahlia melangkah masuk. Azhari mengingatkan Lia untuk menulis surat. Lia
mengangguk, kesebakan tidak berbendung. Az luahkan “Koi-bito”, kemudian
melangkah turun. Apakah maksud kalimat itu, bunyi seperti bahasa Jepun, Lia
berasa semakin pilu menghadapi perpisahan. Dahlia melambai Azhari yang tercegat
di kereta dan Haji Sulaiman. Bas terus bergerak, tiba-tiba Lia terlihat
sekeping kad daripada Najib yang disampaikan oleh Kavita. Kad itu diselitkan di
kocek beg. Diambil kad itu lalu dibacanya. Najib mengucapkan tahniah dan
menumpang bahagia yang dikecapi Dahlia. Kad dimasukkan semula ke dalam kocek
beg. Wajah Azhari pula terbayang, teringat hadiah daripada Az sempena
keberangkatannya. Az membelikan Lia songket, hadiah kejayaan Lia terpilih
mengikuti krusus. Apabila ditanya sebab Az membeli songket untuknya, Az
memberitahu bahwa mereka tetap Melayu, selebihnya Lia fikirkan sendiri. Lia
membuka zip beg lalu mengeluarkan songket merah berbenang emas. Ditenung benang
emas yang halus, dipandang kampung halaman yang dilalui, terbayang wajah ibu
bapanya, adik-adik. Lia mengucapkan terima kasih atas pengertiaan Azhari. Diri
Lia seperti terapung, dia menahan sesuatu, kepiluan kian menggunung. Tidak
semena-mena air matanya mengalir di pipi jatuh ke songket berbenang emas.
Dahlia mengatakan bahawa dia tetap orang Melayu, tetap orang Malaysia.